networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, March 13, 2016

Isteri Mendiang P. Balasubramaniam Mohon Maaf Terfitnah @NajibRazak & Rosmah Mansor Bunuh Suaminya..Soalnya Siapa Yang Menghasut Santamil Selvi Menuduh Najib Bunuh Suaminya?


Terima kasih kami ucapkan kepada Santamil Selvi yang sudi memohon kemaafan kepada Najib dan Rosmah selepas menuduh mereka berdua membunuh suaminya..kami simpati dengan nasjib Santamil...pasti dia kecewa dengan kematian suaminya yang disebabkan masalah jantung..

Disebalik keinsafan itu, timbul satu persoalan mengapakah PKR berani berjanji akan membantu Santamil?bila wanita itu menuntut janji yang PKR mahu membantunya..PKR pula menyuruh Santamil berjumpa BN..sudah puas dihasutnya PKR suruh pula datang jumpa BN.itulah kerja kutuk PKR...

Bawah ini berita mengenai permohonan maaf Santamil kepada Perdana Menteri dan Isteri...

Isteri mendiang penyiasat persendirian (PI), P. Balasubramaniam hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduh kedua-duanya terlibat membunuh suaminya sebelum ini.

Isteri mendiang, Santamil Selvi berbuat demikian dalam satu sidang akhbar dengan membacakan permohonan maaf terhadap Perdana Menteri serta ahli keluarganya.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat terhadap Najib dan isterinya itu sebelum ini dilakukan berdasarkan kemarahan dan terlalu mengikut perasaan.

“Saya kecewa dengan kematiannya dan apabila terpengaruh dengan semua orang, saya menyalahkan Datin Seri Rosmah Mansor, saya terlampau dipengaruhi bahawa dia membunuh suami saya.

“Sebab itu saya ingin menarik balik apa yang saya katakan dan saya ingin meminta maaf kerana menyebabkan apa juga kesukaran,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal berita, The Star Online.

Balasubramaniam me­rupakan PI kepada penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang pernah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mendiang turut menjadi saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak yang didakwa membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28, kira-kira lapan tahun lalu.

Sebelum ini, Santamil dan tiga anaknya menuntut ganti rugi berjumlah RM840,000 terhadap Perdana Menteri dan isterinya termasuk tujuh yang lain atas dakwaan kehilangan pendapatan kerana terpaksa hidup dalam buangan di India.

Ditanya sama ada dia menarik balik samannya terhadap Perdana Menteri dan isteri, Santamil teragak-agak untuk menjawab.

“Saya di sini hanya untuk mendapatkan pembiayaan untuk pendidikan anak-anak saya, mereka yang menjanjikan wang dan banyak perkara lain, mereka tidak menepati janji mereka, sebab itu saya datang ke sini untuk meminta wang dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

“PKR janji akan memberi bantuan kewangan tetapi apabila saya pergi kepada mereka, saya diminta untuk berjumpa dengan Barisan Nasional (BN) sama ada mereka boleh memberi saya tawaran lebih baik, saya tidak mempunyai pilihan, jadi saya ke sini.

“Saya berjuang selama tiga tahun sejak suami saya meninggal dunia pada tahun 2013 dan sekarang saya bersetuju bahawa beliau telah meninggal dunia kerana masalah jantung dan tidak dibunuh,” ujarnya.

Namun apabila didesak sama ada dia akan menarik saman terhadap Perdana Menteri dan isterinya, Santamil kemudian tiba-tiba menarik balik permohonan maafnya dan kembali mendakwa Perdana Menteri dan isterinya mengakibatkan kematian suaminya.

Keadaan bertukar kecoh apabila Santamil dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (Minda), Ramesh Rao tiba-tiba bertengkar dalam bahasa Tamil.

Tidak lama selepas itu, Santamil berdiri dan menjerit sambil berkata, kehadirannya adalah semata-mata untuk mendapatkan dana untuk pendidikan anak-anaknya dan tidak ada kena mengena dengan Najib atau Rosmah sebelum bertindak meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, Ramesh pula menjelaskan, pihaknya hanya mahu membantu keluarga Santamil yang menjadi kenalan selama lebih 25 tahun.

“Saya sendiri tidak dapat menjelaskan mengapa Santamil bertindak sedemikian sehingga meminta maaf kepada Rosmah,” katanya. -Utusan

1 comment:

Anonymous said...

Ulaaaarr..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA