networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, March 16, 2016

JDT Baham Toyota Lao Di Larkin!!!


JDT menamatkan perlawanan saringan pertama kumpulan AFC dengan bergaya apabila berjaya menewaskan jaguh Liga Laos, Lao Toyota 3 gol tanpa balas..

Perlawanan pada separuh masa pertama nampak buntu apabila tuan rumah tidak menemui sentuhan penyudah..melihat akan aksi buntu JDT, jurulatih JDT Mario Gomes memasukkan perancang sensasi Safiq Rahim dan penggempur sensasi Pereyre Diaz pada babak kedua..

Selepas kemasukan dua pemain ini, ternyata persembahan Lao kelihatan terencat dan kelam kabut.pada minit 60, JDT dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain lawan menampan bola tandukan Safee Sali dalam kotak penalti..pasukan pelawan beraksi 10 pemain apabila pemainnya dilayangkan kad merah..

Safiq tidak mensia-siakan peluang apabila berjaya menjaringkan gol penalti pada minit ke 60..beberapa minit selepas itu, Kunanlan dilayangkan kad merah apabila mengutip kad kuning kedua..pada minit ke 70 JDT mendapat satu lagi sepakan penalti apabila S Chanturu dibentes..Safiq sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti dengan bergaya apabila mengelirukan penjaga gol..

Pada babak akhir permainan, Amri Yahya menambah derita Lao apabila menyumbat masuk gol hasil jolokan Safiq..tamat perlawanan JDT 3 Toyota Lao 0...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA