networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, March 29, 2016

Kerana UBER & GRAB Car, Pemandu Teksi Jadikan Bukit Bintang Gelanggang Sarkas...


Aku serius heran dengan apa yang dilakukan oleh pemandu Teksi nih..dia nak tunjuk perasaan kononnya SPAD tak bela mereka...bila hak mereka tak diperjuangkan bukan main lagi mereka memberontak..kalau masih ingat bulan yang sama tahun 2015, SPAD telah diasak hebat kerana menaikkan tambang teksi..tapi pemandu teksi ketika itu tiada pun mempertahankan tindakan SPAD yang menunaikan hasrat mereka...adilkah itu?

Mengenai UBER dan Grab Car ni, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar tetap pada undang-undang jikalau pemandu Uber dan Grab Car tidak mempunyai lesen PSV kenderaan awam ia bermakna kereta UBER dan GRAB car itu haram..

Isunya pemandu teksi rasa berang?rasa teraniaya ka sebab perlu bersaing dengan UBER dan Grab Car...belajarlah hidup bersaing sihat..isu pemandu teksi rasa dianiaya ni bukan perkara baru..dulu pun masa SPAD perkenalkan teksi airport..mereka bising..katanya menyekat periuk nasi mereka..pemandu teksi ni agaknya mereka akan puas bila di Malaysia tak de pengangkutan awam lain selain teksi..baru puas hati mereka agaknya.,,

Mungkin bagi mereka bas, train, keretapi, lrt, kapal terbang juga menutup periuk nasi mereka...

Berkenaan status UBER dan GRAB CAR...aku kata Malaysia belum bersedia untuk halalkan perkhidmatan awam bertaraf dunia..banyak kekurangan tentang UBER dan GRAB Car..jika tidak masakan bekas kakitangan penerbangan MAS memilih menjadi pemandu teksi daripada UBER...

Sebab apa aku kata Malaysia tak bersedia?sebabnya belum ada undang-undang dan akta menyebut tentang status UBER dan Grab Car..akta tidak dipinda lagi..mekanisma nak daftarkan UBER dan GRAB CAR dengan pemberian lesen PSV pun belum diselaraskan..

Menteri pun keliru pemberian lesen PSV ni bawah SPAD atau JPJ atau MOT...masing-masing nak tuduh satu sama lain...konon nak tunjukan diri tu bagus..pro masalah rakyat..walhal jawatannya hanya Timbalan Menteri saja...

Tugas SPAD hanya mendaftarkan dan menjaga Teksi dan pengangkutan awam lain...

Berkenaan UBER dan GRAB CAR ni buat masa ni janganlah jadi jaguh kampung...selaraskan undang2 mengenai Uber dulu baru boleh cakap supaya Uber diiktiraf..

Masa ni sure pemandu teksi kata menutup periuk nasi mereka...haha!bila ada rezeki ambil kesempatan..lesen teksi di sewakan kepada mat bangla...ada meter kau tipu..paw menumpang tambang lebih..ambil kesempatan...lepas tu demo kata tak dibela...memalukan pemandu teksi yang lain saja...masyarakat akan nampak pemandu teksi ni suka memberontak..kesianlah kat pemandu teksi lain yang baik woi!

Dalam keadaan macam ni yang unttung PEMANDU UBER DAN GRAB CAR juga kenyang...dalam diam beroperasi..haha...hentikanlah persembahan Sarkas ni pemandu teksi oi!


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA