networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, March 5, 2016

@LiowTiongLai Gesa Tidak Mengaitkan Penemuan Serpihan Di Mozambique Dengan #MH370 Selagi Belum Disahkan!!!


Ekoran penemuan satu serpihan di pantai Mozambique, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesa semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian dengan penemuan tersebut. Laporan awal meramalkan serpihan itu milik Boeng 777 iaitu pesawat model yang sama dengan MH370 yang hilang..



Namun, Liow menegaskan bahawa tiada pengesahan dibuat selagi laporan penyiasatan dikeluarkan..Setakat ini, penyiasat daripada Austaralia telah menghantar pasukan penyiasatan ke Mozambique..Serpihan tersebut akan dianalisis di Australia..Pasukan dari Malaysia turut akan dihantar ke Mozambique yang terdiri darpada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), MAS dan Pasukan Penyuasatan Keselamtan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex13 Malaysia untuk MH370 dalam masa terdekat..

Julai tahun lalu, negara telah dikejutkan dengan penemuan serpihan Flaperon dipenuhi teritip di Pulau Reunion, Perancis..Penepuan serpihan di Mozambique bertepatan dengan aliran arus yang sedang dikaji dengan penemuan Flaperon..malah kebarangkalian lain yang membuatkan ia mempunyai persamaan ialah, serpihan tersebut datangnya dari pesawat Boeng 777 iaitu model yang sama dengan MH370..


Liow dalam kenyataan ringkasnya di laman Twitter, menggesa agar semua pihak tidak membuat andaian dan Malaysia akan menghantar pasukan penyiasat ke Mozambuque..menurut Liow lagi "Berdasarkan laporan awal, kemungkinan serpihan itu berpunca daripada B777 (model MH370), kami tidak dapat membuat kesimpulan sehingga laporan diperolehi"

Sumber NBC News memberitahu objek yang baru ditemui itu mempunyai tulisan 'NO STEP' dan mungkin bahagian penyambung antara sayap dengan ekor pesawat, pemeriksaan rapi akan dilakukan bagi mengesahkan ia benar-benar salah satu komponen MH370..

Jikalau objek itu disahkan milih MH370, pihak penyiasatan akan membuat penyiasatan lanjutan mengikut model aliran air yang diperolehi ketika melakukan siasatan terhadap serpihan Flaperon yang ditemui di Pulau Reunion tahun lalu..

Sehingga setakat ini, semua pihak dalam keadaan menunggu sehingga pengesahan dibuat daripada serpihan yang baru ditemui ini..Malaysia tidak pernah memberhentikan penyiasatan bagi menghurai tandatanya tragedi MH370..syabas kami ucapkan!


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA