networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, March 18, 2016

@LiowTiongLai Hasrat Tambah 20,000 Tempat Duduk Penerbangan Ke India Menjadi 40,000 Seminggu. #Malaysia #India #ASEAN

Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai bersama
Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju, Menteri Penerbangan Awam India

Malaysia berhasrat menambah jumlah penerbangan ke India bagi membangunkan sektor penerbangan awam negara..perkara ini dijelaskan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai ketika menghadiri Pameran & Persidangan Antarabangsa Penerbangan Awam (Penerbanga India 2016) ke-5 semalam..

Hasrat ini disampaikan sendiri kepada Menteri Penerbangan Awam India, Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju..

Ketika ini, di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara, Malaysia diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat penerbangan seminggu ke India..melalui jalinan kerjasama ini, Liow mengharapkan jumlah kerusi penerbangan ditambah 20,000 lagi menjadi jumlah seminggu penerbangan Malaysia-India kepada 40,000...Selain mengharapkan jumlah kerusi penerbangan ditambah, Liow turut berharap penerbangan dari Malaysia akan menambah destinasi baru penerbangan di India sebanyak lapan bandar lagi iaitu Coimbatore, Madurai, Pune, Vijayawada, Mangalore, Surat, Chandigarh dan Srinagar.

Sebab apa India?

India merupakan destinasi yang bagus untuk mengembangkan industri penerbangan negara, ini kerana India mempunyai potensi besar sebagai pasaran penerbangan awam ke-9 terbesar di dunia dan nilai dianggarkan sebanyak USD 16 billion..India mempunyai sasaran tersendiri bahawa akan menyasarkan pasaran penerbangan awam ketiga terbesar di dunia menjelang 2020..

Untuk rekod, setakat ini syarikat penerbangan Malaysia yang membuat penerbangan ke India ialah Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia, AirAsia X dan Malindo..sebanyak 24 destinasi dituju di seluruh India..jika perbincangan ini mencpai kata sepakat, jumlah destinasi akan ditambah lapan menjadi jumlah keseluruhan destinasi pesawat Malaysia mendarat ke India sebanyak 32 destinasi..

Penerbangan Malaysia-India mempunyai permintaan yang banyak..sebab itu, Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk mengembangkan jumlah penerbangan dan destinasi ke India..Bagi kami tindakan ini amat bertepatan memandangkan syarikat penerbangan Malaysia mempunyai kemampuan untuk membuat penerbangan ke sana..

Pasti ianya tidak akan menjadi isu kerana ramai tidak menghiraukan hal ini..cuba kalau Malaysia mahu menambahkan jumlah penerbangan ke Bangladesh, sudah tentu bermacam-macam tanggapan buruk akan diberikan kepada kerajaan..walhal setiap keputusan yang dibuat negara bukan melihat kepada negara..tetapi peluang yang mendatangkan keuntungan untuk mengembangkan sektor penerbangan awam yang  perlu diutamakan...

Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Delegasi DS Liow Tiong Lai..Satu perkara yang membuatkan kita bangga ialah Malaysia tmengetuai Rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-India yang bertujuan mencapai perjanjian langit terbuka bersama India.

DS Liow turut mengalu-alukan Perjanjian Perkhidmatan Udara Serantau Kumpulan Kerja ASEAN-India yang bakal diadakan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Pengangkutan udara ASEAN-India (IA-ATA).

1 comment:

Anonymous said...

Tambah penerbangan ke Arab lebih molek

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA