networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, March 17, 2016

MRT Laluan Ke-2 Diteruskan Biarpun Negara Berhadapan Cabaran Ekonomi Global...#RespectMyPM!


Projek pembinaan Jajaran Kedua Transit Aliran Masa (MRT) tetap diteruskan biarpun negara menghadapi cabaran ekonomi global..demikian seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan pembinaan MRT dilaksanakan..

Pembinaan MRT laluan ke-2 ini perlu dilaksanakan bagi mengatasi kesesakan di ibu kota akibat pertambahan populasi penduduk di ibu negara..bila siap kelak, projek mega ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan jalanraya di sekitar Sungai Buluh - Serdang - Putrajaya..



Pembinaan MRT 2 ini dijangka bermula pada suku kedua tahun 2016 dan dijangka siap suku kedua tahun 2022..bila siap kelak, ia akan memberi manfaat buat 500 ribu penumpang..

Apa yang istimewanya MRT 2 ini ialah meliputi jarak sejauh 52.2km dengan 13.5km laluan bawah tanah..sebanyak 36 buah stesen baru sepanjang perjalanan dengan 11 stesen di bawah tanah..


Jikalau siap projek mega ini, ia akan menjadi satu lagi mercu tanda baru pengangkutan awam di negara kita..keberanian Perdana Menteri untuk meneruskan projek ini menunjukkan betapa beliau sangat mengutamakan pembangunan rakyat walaupun berhadapan risiko keadaan ekonomi yang tidak menentu..

Najib berkata, kerajaan akan mengutamakan rancangan pembangunan dan projek-projek yang berteraskan kepentingan rakyat antaranya infrastruktur dan pengangkutan..pembangunan ini penting bagi memenuhi keperluan penduduk bandar..

Di bawah ini kami kongsikan pelan rancangan MRT kedua..


Dibawah ini pula plot pembinaan projek MRT Laluan Kedua sejak awal hinhha tamat..



Orang tak nampak apa yang Najib telah usahakan untuk rakyat bandar..yang selalu dicanangkan PM perlu ditukar kerana fitnah RM 2.6 billion biarpun Arul Kanda telah menceritakan segala-galanya tidak ada kena mengena dengan dana 1MDB...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA