networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, March 13, 2016

Ekslusif : Pendedahan Pembuatan Nugget Di Kilang Pembekal Makanan McDonald's Yang Perlu Anda Tahu!!!


Sebut mengenai nugget sahaja, ada sesetengah individu mendakwa nugget diperbuat daripada sisa-sisa ayam seperti usus, pedal dan sedikit isi yang tidak digunakan lagi lalu diproses menjadi nugget..ia sama sekali meleset..pada entry kali ini, kami ingin kongsikan bagaimana McNuggets yang dihidangkan di Restoran McDonald's dihasilkan...

Perkara pokok yang kami ingin kongsikan di sini ialah, McNugget yang anda makan di restoran jenama McDonald's amatlah selamat, sihat dan bersih dari segi penghasilannya dari awal...cakap-cakap nakal mengenai pembuatan Nugget di pasaran dihasilkan daripada sisa ayam tidak sama sekali berlaku di McDonald's..

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, MacFood Services ialah pembekal utama makanan yang disediakan di McDonald's..pasti anda tertanya-tanya apakah yang specialnya di MacFood sehingga mampu membekalkan makanan ke restoran McDonald's Malaysia..ia telah kami ceritakan sebelum ini di entry lalu..boleh rujuk di SINI dan SINI..MacFood telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM mengenai status halal dan McDonald's melantik dua penasihat syariah bagi memastikan kualiti halal terpelihara untuk menjalankan peranan sebagai Audit Halal dalaman McDonald's..

Untuk masuk ke kilang pemprosesan MacFood Services ini bukan boleh suka-suka seperti masuk ke restoran makanan..anda perlu melalui beberapa tapisan ketat sebelum dibenarkan masuk..setiap pelawat yang hendak masuk ke kilang perlulah bebas daripada sebarang penyakit berjangkit..

Umpamanya, suhu badan setiap pelawat perlu diambil..jikalau suhu badan anda melebihi 37.5 C maka pelawat tidak akan dibenarkan masuk..selepas saringan pemeriksaan kesihatan, pelawat akan mendengar taklimat ringkas daripada pegawai bertugas tentang etika ketika berada di kilang berkenaan..sebarang alat komunikasi mahupun pen turut tidak dibenarkan dibawa masuk ke kedalam kilang...barangan logam tidak dibenarkan dibawa masuk bagi mengelakkan terdapat bendasing masuk ke dalam kilang bekenaan..

Ini antara tatacara untuk masuk ke dalam kilang MacFood Services..tak hairanlah mengapa MacFood Services mendapat kepercayaan membekalkan makanan halal ke rangkaian McDonald's..di bawah ini kami kongsikan beberapa keping gambar di kilang pemprosesan McNugget di MacFood Services..
Ayam segar digunakan.bukannya usus seperti didakwa sesetengah pihak..


Daging dihancurkan 



Pakaian petugas bebas bakteria bagi menjamin kualiti makanan


bungkusan makanan yang telah siap untuk diedarkan ke rangkaian McDonald's
Diharapkan gambar-gambar ini dapat menceritakan kepada anda bagaimana proses penghasilan nugget di hasilkan di MacFood...sungguh bersih suci dan halal!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA