networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, March 23, 2016

Pengerusi @SPADChannel Sudah Respon Mengapa Harga Tambang Tak Turun Walaupun Harga Minyak Rendah.. @RafiziRamli Bila Nak Respon Kenyataan Harga Barang Turun Jika Minyak Turun?


Biarpun harga minyak sekarang ini berada pada paras terendah, harga tambang bagi kenderaan awam tidak diturunkan..menjelaskan kenyataan tersebut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mempunyai rasional sendiri kerana tidak membuat keputusan menurunkan harga tambang..

Menurut Tan Sri Syed, "pengusaha bas tidak perlu menurunkan harga tiket walaupun harga minyak mentah dunia berada pada tahap terendah. Ini kerana perkhidmatan pengangkutan itu bukan hanya bergantung kepada harga bahan api semata-mata tetapi turut menanggung kos lain seperti Cukai Barang dan Perkhimatan (GST), kos penyelenggaraan dan skim perlindungan Insurans"

"Harga tiket sekarang rasional dan pengguna tidak kisah asalkan perjalanan mereka selamat, selesa dan terjamin," kata Syed lagi..

Rasionalisasi tambang kenderaan awam ini jika dikutkan harga pasaran minyak semasa ia akan menimbulkan banyak kecelaruan, baik di pihak pengendali kenderaan awam mahupun pengguna..seperti yang telah dikatakan Tan Sri Syed, penetapan harga tambang bukan bergantung kepada harga minyak semata-mata..pihak pengendali perlu menanggung kos operasi, baik pulih kenderaan bagi meamastikan kualiti terjamin..

Jika hendak ubah harga ia bukan tugas mudah, SPAD perlu mendapat makluman daripada pihak pengendali, persatuan-persatuan pemandu-pemandu teksi...bila telah diubah..harga minyak pula berada di paras seperti sebelum ini, sudah tentu penetapan akan dilakukan lagi untuk menaikkan harga tambang..

Bila hendak naikkan kembali harga pengangkutan awam, ia akan memberi reaksi kurang senang kepada pengguna..

Sekarang ini, teknologi pengangkutan awam seperti bas semakin berkembang, pengusaha bas perlu menaik taraf sistem keselamatan seperti memasang alat peranti sistem pemantau global (GPS)..waktu sebeginilah yang paling sesuai untuk pengusaha bas menaik taraf ekoran mempunyai keutungan lebih kerana harga minyak berada diparas terendah..

Tan Sri Syed sudah beri rasional mengapa harga tambang tidak turun..Rafizi Ramli pula bila mahu respon kenyataannya "UNTUK TURUN HARGA BARANG PERLU TURUN HARGA MINYAK"






2 comments:

Anonymous said...

Yang menjadi masaalah besar pengankutan awam bukannya hal tambang tetapi mutu perkhidmatan yang tak naik2. Adalah lebih baik Syed Hamid ni turun je Dari jawatannya tu dàn beri peluang Kat orang muda yg mempunyai banyak idea2 Baru. Duduk Kat rumah jaga cucu lagi baik...ada banyak masa nak pergi mengulang masjid Dan surau.

Anonymous said...

Dear Anon 5:45

You baru tak pernah guna pengangkutan awam ya?banyak penambahbaikkan telah dilakukan.teori mana you guna?pemandu tak jaga kualiti, Tan Sri pula didesak letak jawatan.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA