networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, March 4, 2016

Penjimatan Hebat!!Diskaun 30% Untuk Perkhidmatan Bas Antara Bandar..


Kerajaan meneruskan pemberian diskaun 30% untuk pas bulanan perkhidmatan bas bagi pengguna yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Ibu Kota Kuala Lumpur..pemberian diskaun ini telah diumumkan pada 1 September 2015 lalu dan diteruskan 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016..

Pengumuman ini pasti memberi sedikit kelegaan kepada para pengguna yang menggunakan bas untuk bekerja setiap hari..langkah ini telah menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan perkhidmatan awam di samping dapat menjimatkan kos logististik yang ditanggung pengguna kerana bekerja jauh dari tempat tinggal...

Zaman sekarang, ramai rakyat yang terpaksa bersengkang mata sebelum matahari terbit untuk pergi kerja dan pulang selepas matahari terbenam..ia bukan perkara asing kerana ramai yang membeli rumah agak jauh dari tempat kerja kerana harga hartanah yang mengizinkan..ada pasangan yang hidup berasingan semata-mata mahu mencari rezeki..

Bagi kami langkah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan keizinan kerajaan memberi diskaun 30% telah meringankan beban rakyat..di bawah ini kami kongsikan rate harga mengikut lokasi yang ditawarkan...


Jikalau anda mahu mendapatkan pas bulanan bas ini, anda boleh terus berurusan kaunter-kaunter pengendali bas yang terlibat untuk mengisi borang..syaratnya, anda menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur..Banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat..dan ini hanya satu daripada banyak bantuan yang telah diberikan...

Kami mengharapkan pas bulanan ini tidak disalahguna dan diskaun ini perlu diteruskan pada masa akan datang!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA