networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, March 27, 2016

#PLKN2.0 : Apa Kelainan Yang Dilaksanakan?


Selepas setahun penangguhan PLKN berikutan langkah penjimatan peruntukan kewangan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengambil kesempatan ini untuk melakukan penambahbaikkan keseluruhan modul pengisian..

Beberapa bulan lepas, PLKN 2.0 telah diuji dalam program perintis bertempat di Sepang..melihat akan kesesuaian modul yang disediakan..semalam merupakan detik bersejarah buat PLKN apabila bakal dilaksanakan semula dengan fasa 2.0...Majlis pelancaram PLKN 2.0 semalam telah dirasmikan oleh, Pengerusi MLKN, Datuk Ehsanuddin Hj Harun Narrashid di Malacca International Trade Centre (MITC)..

Apa bezanya PLKN sebelum ini dengan PLKN 2.0..bagi kami PLKN 2.0 ini lebih menjimatkan masa dan memberi peluang pelatih mempunyai masa depan yang cerah...

Dahulu PLKN mengambil masa 3 bulan untuk menghabiskan sesuatu sesi namun selepas transformasi PLKN..ianya hanya mengambil masa 8 minggu yang mana lebih energetik dan lebih segar mengikut peredaran masa...

Modul baru yang diperkenalkan dalam PLKN 2.0 ini lebih menerapkan tentang pembangunan nilai-nilai murni seperti Cinta Negara, Perpaduan dan Kesukarelaan dibentuk melalui aktiviti-aktiviti kerohanian, Servis Learning, i-Upgrade, Tech + Talk, Malaysiaku, Fit4Lifr dab Be Safe, Be Alert manakala bagi menyediakan masa depan  lebih baik..

Inilah elemen baru yang terdapat dalam modul..pelatih ini akan terus mendapat kemahiran bagi mempastikan mereka mempunyai masa depan..setidak-tidaknya dengan penyertaan mereka dalam PLKN membolehkan mereka menyertai kuraus vokasional untuk menambahkan ilmu...

PLKN turut memberi penerangan kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka melalui program Parents Indulgence Programme...

Syabas kami ucapkan kepada JLKN dan PLKN yang berani melakukan transformasi dalam prpgram tersebut...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA