networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, March 18, 2016

SPAD & ECERDC Lakukan Tinjauan Penglibatan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur...


Projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) merupakan projek keretapi pantai timur yang masih dalam perancangan awal..ECRL ini merupakan salah satu projek mega dibawah Rancangan Malaysia ke-11 di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing Johor..

Mengikut perancangan, Projek landasan keretapi Pantai Timur (ECRL) akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang  dengan Kuantan, Pahang hingga ke Tumpat, Kelantan..

Oleh sebab itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk mengesan kebolehupayaan pasaran East Coast Rail Line (ECRL)..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPAD, Suruhanjaya itu bersama ECERDC sedang menganalisis peluang-peluang perniagaan, model terkini. strategi pemerolehan dan alternatif bagi pelaksanaan Rail Line Pantai Timur.

Rangka rancangan ini bertujuan ingin mendapatkan Maklumat Permintaan (RFI) untuk perancangan pembangunan ECRL ini...pada masa yang sama, kajian turut dijalankan bagi mendapatkan pandangan dan mengumpul maklum balas pasaran..

Maklum balas ini penting bagi melihat perkembangan prasaranan yang bakal dibangunkan kelak..ini perkara rutin bagi sebelum sesebuah projek mega Wilayah Ekonomi Pantai Timur dilaksanankan..ia penting bagi mendapatkan makluman holistik semua pihak tidak kira penumpang mahupun pemain industri ini bagi tujuan perancangan pembangunan Rail Line Pantai Timur ini..

Bagi yang berminat untuk menjadi pemain bagi membangunkan projek pengangkutan awam ECRL, tawaran terbuka dalam bidang reka bentuk ECRL keretapi, pembiayaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan di seluruh ruang liputan projek ini..tarikh akhir penyerahan penglibatan RFI adalah 15 Mei 2016 sebelum 12:00..

Projek keretapi ECRL ini merupakan satu lagi pembangunan infrastruktur kemudahan awam yang bakal dilaksanakan di negara kita melalui pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur..pastinya, perkembangan ECRL ini amat penting direalisasikan kerana ia merupakan nadi penggerak ECER..

Berikut kami kongsikan kenyataan media berkenaan ECRL : 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA