networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, March 10, 2016

Syabas SPAD & Pengusaha Bas Perak Transit Atas Sumbangan BAS Kepada Sekolah Menengah Agama Al Wosto!!!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bekerjasama dengan pihak Perak Transit bagi menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menyumbangkan sebuah bas untuk kegunaan Sekolah Menengah Agama Al Wosto, Temerloh, Pahang.

Sumbangan Bas tersebut telah diberi oleh Perak Transit bagi memudahkan pergerakan pelajar Sekolah Menengah Agama berkenaan..SMA kini mendapat perhatian pemimpin-pemimpin untuk memberi bantuan..ini bermakna pihak kerajaan tidak sama sekali meminggirkan sekolah jenis SMA berbanding SMK harian biasa..

Pada majlis berkenaan juga, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), TS Dr Syed Hamid Albar, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah dan rombongan dari SPAD telah hadir ke SMA Al Wosto, Temerloh, Pahang..

Selain penyerahan bas tersebut, lawatan tersebut bertujuan untuk melaksanakan Program Sejenak Bersama Tokoh Negara..

Kami mengucapkan tahniah kepada Syarikat Pengusaha Bas Perak Transit atas inisiatif memberi bantuan sumbangan bas ke Sekolah Menengah Agama Al Wosto..harapan kami, lebih banyak syarikat pengendali bas akan tampil membuat perkara yang sama menyampaikan derma bas kepada sekolah-sekolah lain di seluruh negara sebagai salah satu tanggungjawab sosial koperat...

Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang lawatan berkenaan...






No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA