networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, March 6, 2016

Tindakan Tun M Sudah Dijangka & Tidak Memeranjatkan - Jelas @WeeKaSiong #RespectMyPM


Deklarasi yang dimeterai oleh pemimpin pinggiran UMNO bersama pemimpin pakatan pembangkang telah menjatuhkan maruah pemimpin UMNO terbabit yang selama ini hangat mengkritik kepimpinan pakatan dalam apa jua bahan kempen mereka...

Amat elok dan tepat keputusan yang dibuat oleh ahli MT UMNO apabila menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin...keputusan meletakkan jawatan sebagai MB Kedah memang tepat dan tindakan susulan oleh Mukhriz sudah dijangka..jika sebelum ini, Mukhriz seakan tidak mahu ambil pot tentang kerenah politik nyanyuk Tun M, tetapi sebaik sahaja melepas jawatan sebagai Menteri Besar, akhirnya Mukhriz menunjukkan siapa dirinya sebenarnya..

Sebelum ini, Mukhriz seakan cuba mengelak tetapi tidak sekarang apabila dengan lantang bersekongkol dengan pemimpin kanan pembangang lebih-lebih lagi pemimpin veteren seperti Lim Kit Siang...

Ia diibaratkan sebagai "Kaduk Naik Junjung", tidak semena-mena Kit Siang mendapat pakej lengkap percuma menjatuhkan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang selama ini memang asas perjuangan mereka..

Yang menghairankan kita, apabila pemimpin-pemimpin UMNO yang tak sedar diri ini boleh mengatakan kerjasama ini hanya untuk menjatuhkan Najib dan bukannya BN...mereka mendakwa, pembangkang pun mahu Najib dijatuhkan dan bukannya BN...

Memang layaklah mereka dipinggirkan dari UMNO kerana fahaman mereka ini lebih rendah dari rakyat bawahan yang hanya sembang kedai kopi..mana ada pakatan pembangkang mahu menjatuhkan Najib sahaja tanpa merampas kuasa kerajaan..janganlah kerana isu yang telah dijawab, mereka menjatuhkan maruah sehina begini...


Berkenaan dengan hal peletakan Tun mahadir dari UMNO, ia bukanlah perkara sensasi yang baru..ia hanya kitaran gameplan situa kutuk ini untuk mendesak kepimpinan UMNO..tak lebih dari itu...bak kat Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, beliau tidak terperanjat dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu kerana tindak tanduk sebelum ini pun Tun lantang mengktirik kepimpinan sedia ada...
"Sebelum ini pun beliau tidak setuju dengan Pak Lah (perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga mengutuknya dan keluar parti. Kali ini dengan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula. Saya tidak terperanjat. 
"Apa sekalipun, kita kena hormati keputusannya. Kita kena lihat perkara ini dari sudut bagaimana Barisan Nasional (BN) perlu menghadapi apa-apa impak selepas ini dan terus bergerak ke hadapan demi pembangunan dan agenda rakyat," katanya.
Cuma apa yang dilakukan Tun sekarang ini, terlalu obses sehingga sangguh menjadi petualang berkomplot denga musuh UMNO yang selama ini dalam perjuangannya..ini menjukkan betapa Tun lebih utamakan matlamat peribadi mendahului kepentingan parti...tidak guna memimpin 22 tahun tetapi tidak mempunya sentimental value untuk UMNO..sanggup tinggalkan UMNO dan berpaling tadah..

Dalam hal ini..pemimpin pakatan Pembangkang tak semena-mena ibarat Kaduk Naik Junjung...diangkat dalam sekelip mata...apakah Tun dan pemimpin UMNO tersebut tidak nampak akan perbuatan hina mereka...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA