networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, March 23, 2016

WOW! Anda Kini Boleh Beli Makanan Tanpa Wang Di Restoran McDonald's Dengan Transaksi Debit Atau Kad Kredit..


McDonald's  melangkah setapak lagi dalam perniagaan mereka apabila telah memperkenalkan satu lagi kaedah pembayaran untuk membeli makanan..sekarang ini kita perlu membayar makanan yang ditempah dengan menggunakan wang apabila berurusniaga di kaunter..

Untuk langkah permulaan ini McDonald's telah memperkenalkan sistem pembayaran Debit atau Kad Kredit di 20 rangkaian restoran iaitu di Mid Valley (LG floor), Mid Valley (3rd floor), Sunway Pyramid, Bukit Bintang, Batu Caves, Titiwangsa, Seksyen 3 Shah Alam, TTDI, KLIA, Genting, Jalan Silang, Jalan Tun Perak, Berjaya Times Square, SOGO, 1 Utama, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Mont Kiara, Petronas Taman Melati dan Menara MARA.

Ini adalah projek perintis..pada masa hadapan berkemungkinan semua rangkaian McDonald's akan menjalankan transaksi pembayaran Debit atau Kad Kredit..sistem seperti ini telah popular di negara kita apabila semua pasar raya mempunyai sistem pembayaran tanpa kredit ini..ia memudahkan urusan kita tanpa perlu menggunakan duit untuk membuat pembayaran...

Siapa tahu suatu masa nanti, segala tempahan McDelivery hanya boleh dilakukan didepan aplikasi android sahaja..tempah..bayar menggunakan online dan makanan akan sampai di depan pintu rumah anda kurang 30 minit dari masa tempahan...



Ini merupakan projek perintis McDonald's bersama Maybank untuk menggalakkan lagi masyarakat menggunakan urusan tanpa wang..selain Maybank, kad debit atau kad kredit American Express, JCB, MasterCard, Visa dan kad Visa payWave diterima di 20 rangkaian McDonald's perintis tersebut..

Jikalau anda membuat pembayaran tanpa wang melebihi RM 10 pada bulan ini, anda layak menerima 'Sundae Cone' secara percuma untuk tempoh promosi sahaja...pastinya dengan pelaksanaan ini anda tidak perlu runsing bila casher tanya 'ada syiling tak encik' atau 'ada duit kecil tak encik' kerana semua pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad..

Pesanan kami, pastikan kad debit anda mempunyai wang secukupnya untuk membuat pembayaran tanpa wang..jika menggunakan kad kredit pastikan kad itu boleh digunakan..

I'M LOVIN' IT...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA