networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, March 7, 2016

WSJ Kantoi Cubaan Fitnah FGV Kes Pekerja Bangladesh...

Artikel penuh tuduhan terhdap FELDA di SINI
Felda menafikan satu dakwaan palsu yang dikeluarkan portal berita Wall Street Journal mengenai seorang pekerja perladangan miliknya tidak mendapat pembelaan sebagai seorang buruh selayaknya..

Dalam dakwaan yang bertarikh 26 Julai 2015 yang ditulis oleh Syed Zain Al-Mahmood di WSJ, mengeluarkan kenyataan seorang pekerja peladangan yang bernama Mohammad Rubel, 22 tahun kerakyatan Bangladesh..dalam entry berkenaan, pekerja dari Bangladesh itu mendakwa telah dipaksa bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti, tidak menerima sebarang bayaan atas alasan pendatang asing tanpa izin..

Kata Rubel lagi, dia dipaksa bersesak dalam sebuah bot selama 3 minggu dengan makanan dan menuman tidak mencukup..Rubel mendakwa ada rakan lain yang dilihatnya kepenatan dan dipukul..

Antara dakwaan lain ialah, Rubel tinggal di dalam hutan dan jauh dari pekan terpaksa membeli makanan dengan harga yang sangat tinggi dan penyelia menzalimi mereka dengan mengambil kira-kira 30% daripada gajinya setiap minggu kerana menunaikan solat Jumaat...

Malah had gaji minimum RM 900 turut tidak dipatuhi menurut portal WSJ berkenaan...

Apa yang kami ingin katakan ialah itu semua fitnah..umum telah mengetahui bahawa WSJ merupakan media luar yang sekarang ini kerap menjalankan propaganda memburukkan negara..sudah tentu cerita tersebut sengaja direka..dakwaan pekerja peladangan Felda tanpa mempunyai pasport amatlah lucu sama sekali..

Jika dikebun milik persendirian itu mungkin betul..tapi untuk FELDA menggaji pekerja asing tanpa izin adalah amat mustahil!

Sejurus dakwaan berunsur fitnah yang dilemparkan WSJ, FGV tidak berdiam diri...mereka segera mengambil langkah pantas untuk menafikan tuduhan tersebut..FGV menganggaonitu adalahntuduhan liar oleh WSJ...

FGV telah menyiasat kes ini diladang yang didakwa oleh kakitanhan kanan FGV, dan penglibatan pihak kerajaan dan NGO...satu pasukan penyiasat bebas Wild Asia relah dilantik untuk menyiasat kes ini..ininpenting bagi menjaga reputasi FELDA yang unggul...

CEO FGV, Dato Emir Mavani berkata "Berdasarkan penemuan bebas, tiada kes pemerdagangan manusia atau upeti atas tiga ladang yang didakwa,"

Dato 'Emir bertegas bahawa FGV terus meningkatkan kualiti FGV sebagai pemain perladangan untuk memastikan amalan yang dilaksanakan di seluruh rantaian dan sedang mengetatkan dasar kemampanan di seluruh Kumpulan dan tumpuan akan diberikan secara khusus kepada meningkatkan penglibatan dengan pihak berkepentingan serta mempastikan langkah penambahbaikkan dilaksanakan dengan teliti dan dipantau.

Bawah ini kami kongsikan hasil siasatan laporan Wild Asia:

"Hasil temu bual petugas kami tidak menemui sebarang kes 'pemerdagangan manusia' (sebagaimana dilaporkan media) atau dapat merumuskan wujudnya 'buruh paksa' (sebagaimana dinyatakan oleh SA8000)," kata laporan itu.

Hasil laporan Wild Asia ini membuktikan bahawa The Wall Street Journal sengaja mahu menyerang FELDA demi kepentingan pihak tertentu. Modus Operandi The Wall Street Journal ini sama seperti cara mereka menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib B Tun Abdul Razak dalam isu 1MDB dan isu derma dari keluarga diraja Arab Saudi. Walaupun sudah terbukti segala fitnah yang dibawa oleh WSJ ini tidak benar, namun akhbar yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini tetap mengulangi "recycle" tuduhan - tuduhan palsu mereka.

Tuduhan WSJ ini amat berat dan amat patut FGV untuk mengambil tindakan terhadap WSJ yang secara terang memfitnah agensi itu...untuk merujuk kenyataan rasmi FGV berkenaan kes ini, anda boleh rujuk di SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA