networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, April 30, 2016

Harga Minyak Mei 2016 Tiada Perubahan...

0 comments

Teka-teki mengenai harga minyak untuk bulan Mei 2016 terjawab apabila tiada kenaikan atau penurunan harga minyak...

Terima kasih kerajaan Barisan Nasional...

Fuel prices for the month of May 2016 have been announced. Surprise, surprise, there’s no change compared to April, as both petrol and diesel prices stay the same as before.

As such, for May 2016, RON 95 will be priced at RM1.70 per litre (unchanged), RON 97 at RM2.05 per litre (unchanged), diesel at RM1.55 per litre (unchanged) and Euro 5 diesel at RM1.65 (unchanged).

Shell V-Power Racing is priced at RM2.55 per litre (unchanged), a RM0.50 premium over RON 97. As for RON 100 Petron Blaze 100, it is still priced at RM2.60 per litre (unchanged).

No need to rush the petrol stations tonight, folks.-paultan

Wednesday, April 27, 2016

PANAS!!!Pengerusi @SPADChannel Dedah Strategi Pemandu Teksi Lawan UBER..@AduanSPAD

0 comments

UBER, rata-rata pemandu teksi bila ditanya tentang perkhidmatan ini pasti mereka mengatakan ia mengganggu periuk nasi mereka..antara alasan sinonim pemandu teksi ialah, UBER tidak membayar sewa itu ini..tiada lesen PSV..SPAD tidak bertindak dan macam-macam lagi persepsi negatif...

Sebenarnya alasan ini hanya nak tutup kelemahan mereka sendiri..mereka fikir dengan menyalahkan pemandu UBER maka dapat menutup segala kelemahan dalam diri mereka...buat pemandu-pemandu teksi tahukah anda, masyarakat mula memandang serong terhadap anda?

Bukan kerana UBER..tetapi sikap anda sendiri menyebabkan masyarakat memilih teksi sebagai pilihan terakhir untuk menaiki kenderaan awam..masyarakat mula membenci anda kerana melakukan demonstrasi ditengah-tengah ibu kota semata-mata mahu luahkan perasaan..apakah anda tidak memikir perasaan pengguna jalan raya yang lain?

Antara kes yang kerap dilakukan pemandu teksi ialah tidak mengguna meter..memanipulasi meter..mengenakan cas melampau kepada pelancong..kenderaan berbau rokok..pakaian pemandu teksi tidak kemas..mengutuk dasar-dasar kerajaan seolah-olah anda saja yang betul..

Apalagi pemandu teksi mahu?bantuan tayar sudah diberi..tambang sudah dinaikkan tetapi masih lagi kedengaran kes pemandu seleweng penggunaan meter..ini bukan saya cakap..tetapi bukti daripada hasil operasi penyamaran yang dilakukan SPAD..pemandu UBER juga ada ditangkap kerana tidak mempunyai lesen PSV...

Tinjauan online yang dilakukan SPAD mendapati 80 peratus orang awam lebih suka menggunakan perkhidmatan UBER dan GrabCar, berbanding dengan teksi..isu pemandu teksi meroyan ini sudah lama dalam pengetahuan Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar..

Tan Sri berkata ketika Syarahan Umum Akademi SPAD (PLS) pada Isnin lalu "Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,” 

Menurut Tan Sri Syed, "terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,"

Respon Pengerusi SPAD jelas, UBER tidak menjanjikan keselamatan dan tiada daftar pemandu..malah SPAD juga ada membuat operasi mengesan pemandu-pemandu UBER..ini menunjukkan pendirian SPAD terhadap UBER..semua ini masih dalam peringkat perbincangan samada mahu menjadikan UBER didaftar mengikut undang-undang atau sebeliknya...

Belum apa-apa keputusan keluar lagi, pemandu teksi sudah mendakwa SPAD membela UBER..jika inilah minda pemandu teksi eloklah penumpang berfikiran menggunakan teksi sebagai pengangkutan terakhir..ubahlah sikap pemandu teksi oi!!!

Tahniah!!!Datuk Muhammad Ibrahim Dilantik Gabenor Bank Negara Malaysia!!!

0 comments

Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Muhammad Ibrahim yang telah dilantik menjadi Gabenor bank yang baru mulai 1 Mei ini...

Pelantikan Datuk Ibrahim ini adalah mengantikan Tan Sri Zetu Akhtar Aziz yang akan tamat kontrak pada akhir bulan ini...

Datuk Ibrahim sebelum ini mengalas jawatan Timbalan Gabenor sejak Jun 2010

Najib mengulas mengenai pelantikan ini:

“Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara, serta mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” 

Tuesday, April 26, 2016

Facebook @SPADChannel Aktif Interaksi Dengan Pengguna.. @AduanSPAD..cc @NajibRazak

0 comments

Facebook Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)SINI antara laman sosial facebook popular dan aktif berinteraksi dengan pengguna..kami dapati page facebook ini antara page agensi kerajaan yang aktif..

Barisan redaksi page SPAD bukan sahaja mengemaskini informasi terkini mengenai perkhidmatan pengangkutan awam, malah turut kerap melayani dan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pengguna mengenai pengangkutan awam..

Bukan mudah untuk mengedalikan sebuah page dengan aktif melayani pengguna..ia berjaya dilakukan oleh admin page tersebut..jumlah pengguna yang LIKE page tersebut ialah 34,366 setakat jam 12.39 pagi 25 April 2016..menariknya di sini tidak ada satu pun posting yang dilakukan dibayar menggunakan khidmat "sponsored" untuk memastikan setiap posting mendapat sambutan...

Kami mengalu-alukan semua pengguna media sosial untuk LIKE page tersebut bagi memudahkan anda mendapat segala informasi berkenaan jaringan pengangkutan awam SPAD...ini antara platfom yang ada untuk anda membuat aduan jikalau anda menjadi mangsa penipuan pemandu teksi umpanya...

Selain menggunakan platfom Facebook..anda juga boleh menggunakan aplikasi twitter tweethandle @SPADChannel dan @AduanSPAD untuk mendapatkan informasi terkini atau membuat sebarang pertanyaan dan aduan..selain itu anda juga boleh melayari laman sesawang SPAD di link http://www.spad.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini dan apa juga berkenaan pengangkutan awam...

Platfom seperti inipenting bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia...bukannya demonstrasi sepertimana yang dilakukan pemandu teksi yang tak bertamadun di Bukit Bintang!

Bawah ini kami kongsikan beberapa respon yang telah dilakukan oleh admin-admin page SPAD...syabas kami ucapkan!





SYABAS SPAD!!!

#PRNSarawak : DAP PKR PAS Mereput Sesama Sendiri...PAN Hanya Parasit Dalam Pakatan Harapan...

0 comments
TAK SAMPAI SETENGAH TAHUN, PAKATAN HARAPAN SUDAH HANCUR?



9 Januari 2016 bertempat di Shah Alam telah menyaksikan satu Perjanjian Pakatan Harapan ditandatangani antara PKR, DAP dan PAN.

Dalam Fasal 1: Keputusan Bersama:

1.2 Segala keputusan bersama adalah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Jika keputusan bersama secara konsensus telah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti. Sebarang pelanggaran kepada keputusan itu boleh disifatkan sebagai pelanggaran perjanjian ini yang perlu diputuskan mengikut kaedah yang dihuraikan di dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan. 

Dalam FASAL 5: Piliharaya telah menyatakan bahawa:

5.2: Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat. Calon tersebut akan dipilih oleh parti masing-masing yang diberi kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam pilihanraya tersebut.

5.4 Sebuah Jawatankuasa Pilihanraya bertanggungjawab merundingkan agihan kerusi bagi setiap pilihanraya di antara ketiga-tiga parti bagi membantu Majlis Presiden membuat
keputusan seperti di dalam Fasal 5.3. Jawatankuasa Pilihanraya dianggotai oleh Pengarah Pilihanraya dari setiap parti dan wakil-wakil lain yang dilantik oleh parti masing-masing mengikut jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Presiden. 

5.5 Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.

5.6 Sebarang pertikaian mengenai pembahagian kerusi di mana-mana peringkat di bawah Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya akan dibincangkan dan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden.

Dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan pula menyatakan bahawa:

7.2 Sekiranya tindakan yang dibuat oleh satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara di dalam Perjanjian Pakatan Harapan ini dan keputusan bahawa tindakan itu melanggar Perjanjian Pakatan Harapan telah dipersetujui secara bersama
oleh kesemua parti yang lain di dalam Pakatan Harapan, kesemua parti lain itu secara sebulat suara berhak membuat keputusan untuk menggugurkan keanggotaan parti yang membuat tindakan yang melanggar Perjanjian Pakatan Harapan itu dari Pakatan
Harapan.

7.3 Status Pakatan Harapan sebagai sebuah muafakat politik di antara parti-parti hanya boleh diumumkan oleh Majlis Presiden.

Penamaan calon di Sarawak pada hari ini jelas telah menunjukkan bahawa terdapat percanggahan antara parti politik di dalam Pakatan Harapan. Majlis Presiden yang kononnya menentukan pembahagian kerusi untuk Pilihanraya jelas gagal untuk membahagikan kerusi dengan baik sehinggakan terdapat 9 kerusi DAP bertembung dengan PKR iaitu di:

1. N19 Mambong - DAP vs PKR
2. N21 Tebedu - DAP vs PKR
3. N23 Bukit Simunja - DAP vs PKR
4. N32 Simanggang - DAP vs PKR
5. N49 Ngemah - DAP vs PKR
6. N66 Murum - DAP vs PKR
7. N70 Samalaju - DAP vs PAS
8. N75 Senadin - DAP vs PKR
9. N78 Mulu - DAP vs PKR

Kebebalan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan pengagihan kerusi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 ini secara langsung menunjukkan bahawa dokumen perjanjian mereka ini langsung tidak dihormati dan langsung tidak mencerminkan perdirian mereka yang kononnya mereka berjuang untuk rakyat.

Menurut Fasal 7.2 pula jelas menyatakan bahawa jika terdapat satu parti secara jelas telah melanggar MANA-MANA perkara di dalam Perjanjian 'Sampah' Pakatan Harapan maka parti tersebut boleh digugurkan keahlian di dalam Pakatan Harapan.

Sekarang ini, pertikaian 9 kerusi antara DAP dan PKR telah menunjukkan bahawa kedua-dua parti ini secara tidak langsung telah melanggar perjanjian mereka sendiri dan perlu digugurkan keahlian di dalam Pakatan Harapan.

Apabila persetujuan gagal diperoleh Majlis Presiden dalam menentukan apa-apa jua keputusan, maka Pakatan Harapan sudahpun terkubur!

Monday, April 25, 2016

Timbalan Menteri Pengangkutan Mahu UBER & GrabCar Diberi Hak Sama Rata Dengan Teksi..

0 comments

Apa kata anda bilamana Timbalan Menteri Pengangkutan mahu UBER dan Grabcar diberi hak samarata dengan teksi di Malaysia...syaratnya UBER perlu mempunyai lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV)...

Mengulas lanjut, Aziz Kaprawi berkata ini langkah terbaik untuk mewujudkan persaingan sihat antara pemain pengangkutan awam di Malaysia..

"Kami akan mengkaji semula dan akan mengenakan syarat Uber dan Grabcar sama seperti Teksi yang di bawah kendalia Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)"

Selain lesen PSV, pemandu UBER dan Grabcar akan memperolehi insurans yang sama seperti Teksi..setakat ini SPAD tidak duduk dia, mereka ada melakukan penyamaran untuk menangkap pemandu UBER yang tiada lesen dan pemandu teksi yang cekik darah tidak menggunakan meter...

Apapun cadangan Timbalan Menteri Pengangkutan ini, ia tertakluk kepada SPAD juga untuk menerima UBER dan Grabcar sebagai pemain industri pengangkutan awam di Malaysia ataupun tidak...ini kerana UBER dan Grabcar tertakluk kepad sebahagian daripada pengangkutan awam...

Pastinya pemandu teksi panas hati mendengar kenyataan Timbalan Menteri tersebut...nak salahkan kerajaan?sendiri tak pandai jaga imej pemandu teksi nak salahkan SPAD..walhal mereka sendiri yang tabur pasir di periuk nasi sendiri tak guna meter, mogok besar-besaran...para pelancong pun dah risau nak naik teksi kalau tahu pemandu teksi di Malaysia teruk perangai..

Kami kasihan dengan nasib pemandu teksi yang ikhlas mencari rezeki..tak pasal-pasal mereka terpalit dalam hal ini...bertabahlah...

Berita lanjut :
KUALA LUMPUR, April 23 ― Uber and GrabCar drivers will be required to obtain licences as the government aims to regulate the ride-sharing services like taxis, the Transport Ministry said. 
Deputy Transport Minister Datuk Ab Aziz Kaprawi told Malay-language daily Sinar Harian that Uber and GrabCar drivers would be required to get the Public Service Vehicle (PSV) licence. 
“We will review, and we will impose similar conditions to Uber and GrabCar as the ones on taxis by the Land Public Transport Commission (SPAD),” he was quoted saying. 
“At the same time, this will also provide health competition to taxis aside from Uber and GrabCar being able to operate according to SPAD rules,” he added. 
Abdul Aziz said last January that ride-sharing services would soon be required to purchase the same commercial insurance as regular taxis, but that this would only be implemented later in the year once SPAD obtains public feedback .
Several taxi groups have accused SPAD of failing to act against the two ride-sharing services, which they insist have been operating illegally. 
The acrimony has resulted in occasionally violent altercations involving irate taxi drivers and Uber and GrabCar drivers. 
Uber and GrabCar are competing firms that operate ride-sharing services in which private vehicle owners may offer transport services for hire without the permits and licences needed to operate a commercial taxi.  
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/putrajaya-to-impose-licenses-for-uber-grabcar#sthash.iKv8QYCt.dpuf

Sunday, April 24, 2016

Impian Adik Asyraf Kanak-Kanak Mengidap Sakit Hati Ditunaikan @NajibRazak...

0 comments

Sebelum ini kami ada postkan niat seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit hati ingin bertemu Perdana Menteri, DS Najib Razak di entry kami di SINI...siang tadi DS Najib telah hadir ke rumah kanak-kanak tersebut untuk menunaikan hasrat adik ASyraf...


Tahniah kami ucapkan kepada YAB DS Najib Razak kerana terlalu sporting untuk menunaikan hasrat sikecil ini..semoga dengan pertemuan ini memberi semangat baru kepada adik Asyraf untuk melawan penyakitnya..

Insya'allah...


@SPADChannel Buka Cawangan Baru Di Seremban Memudahkan Urusan Penduduk Negeri Sembilan!

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuka satu lagi Pejabat SPAD di Cawangan Seremban..pembukaan tersebut amat baik memandangkan populasi penduduk di kawasan Seremban semakin bertambah..ramai masyarakat menganggap Seremban tempat strategik untuk membeli rumah terutamanya yang bekerja di Kuala Lumpur..

Seremban dan Kuala Lumpur bukan tidaklah jauh mana memandangkan kemudahan lebuh raya PLUS kini semakin baik dengan mempunyai lima lorong..tambahan pula kemudahan Bas antara bandar Seremban - Kuala Lumpur yang diperkenalkan SPAD telah menggalakkan penempatan penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur..ditambah pula diskaun 30% yang telah diberi SPAD menggalakkan penguna menggunakan pengangkutan awam..

Tambahan pula, kini bandar Seremban sudah berkembang dengan wujudnya bandar baru Seremban 2 dan Seremban 3...jadi pembukaan cawangan baru SPAD di Seremban amatlah bertepatan memandangkan keperluan penduduk di sini terhadap pengangkutan awam amat menggalakkan..

Semasa pembukaan operasi 18 April 2016 lalu, seramai 20 orang pelanggan terawal dan bertuah telah menerima cenderamata dari pihak SPAD..Antara wakil-wakil persatuan yang hadir pada hari tersebut adalah Naib Pengerusi Persatuan Kereta Sewa (En Mohamad), Bendahari Persatuan Kereta Sewa (En Silvaraja), dan Setiausaha Persatuan Bas Sekolah Seremban (En Mahadi)...

Bagi yang ingin membuat sebarang urusan di pejabat cawangan SPAD Seremban, anda boleh ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Cawangan Seremban, Lot 1-06, Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato Muda Linggi, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel No : 06 - 761 6936 Faks : 06 - 761 6937
Waktu Operasi Isnin - Khamis (8.00 pg - 1.00 ptg) & (2.00 ptg - 5.00 ptg), Jumaat (8.00 pg - 12.15 tgh hr) & (2.45 ptg - 5.00 ptg)

Waktu Nombor Terakhir
Isnin - Khamis (4.00 ptg)
Jumaat (12.15 tgh hr) & (4.00 ptg)




JDT Tetap Mantap!Mario Gomez Dedah Faktor JDT Beraksi Hambar...

0 comments

Bola sepak Malaysia, bila JDT menang sahaja ramai akan berkata memang patut menang kerana pelaburan besar..namun bilamana JDT hanya mampu seri bertemu Kedah, wartawan akhbar tempatan memainkan sentimen seolah-olah JDT dikalahkan...

Mereka tidak tahu betapa JDT terpaksa mengharungi jadual yang padat...dengan perlu mengharungi 3 perlawanan seminggu...bayangkan malam semalam JDT telah beraksi di Kedah..hari ini mereka berehat dan esok perlu meneruskan perjalanan ke Myanmar untuk aksi Piala AFC...

Selepas bertemu pasukan dari Myanmar..JDT perlu bergegas balik ke JDT untuk saingan Suku Akhir kedua pada hari Sabtu...kitapun dapat bayangkan betapa letihnya pemain-pemain...dan Mario Gomez mengakui masalah ini..kitapun bila terlalu penat..sukar untuk beraksi lebih kreatif...jika Kedah perlu beraksi seperti JDT..kami percaya mereka akan hadapi masalah lebih teruk..untuk melawan JDT sahaja Kedah terpaksa beraksi longlai untuk dibelasah 4 gol...tu belum beraksi lebih dari sepuluh perlawanan sebulan...

Kita penyokonh hanya tahu mengecap..bayar mahal-mahal tapi main teruk..pakai Mustang tapi aksi macam kereta buruk...macam-macam tohmahan diberikan..tapi bagi kami penyokong setia kami memahami keadaan ini...

Di bawah kongsikan kenyataan Jurulatih JDT berkenaan masalah kurang kreativiti pemain JDT...

Kita dapat lihat betapa berbezanya pasukan kita disebabkan jadual yang begitu padat. Pasukan lain di Malaysia hanya bermain 5 atau 6 permainan dalam sebulan, manakala kami harus bermain 9 atau 10. Itu adalah terlalu banyak untuk mana-mana pasukan dalam dunia ini. Sedangkan Barcelona pun tidak bermain 10 perlawanan dalam satu bulan. Sekarang kami dapat berehat untuk satu hari dan esok pula kami perlu berada di Myanmar. Pemain adalah manusia. Mereka bukannya mesin. Sains telah membuktikan bahawa apabila seorang manusia letih dan kurang oksigen dalam otak mereka, mereka tidak dapat berfikir atau mempamerkan prestasi yang baik berbanding ketika mereka segar dan berehat sepenuhnya. Anda boleh melihat dalam liga tempatan, di mana kita adalah satu-satunya kelab di negara ini yang bersaing dalam 3 kejohanan dan bermain setiap 3 hari. Kita cuma perlu bersabar dan meneruskannya satu persatu.

Saturday, April 23, 2016

El Nino - Ayam Ternakan McDonald's Tiada Masalah Kerana Diternak Guna Teknologi Canggih!!

0 comments

Sejak kebelakangan ini negara menghadapi fenomena panas melampau El Nino..bekalan air sesetengah tempat sudah mula dicatu ekoran air empangan semakin di beberapa kawasan semakin berkurangan...

Lihat di dada akhbar kita berisiko diserangan strok haba dan dihidrasi jikalau terdedah dibawah terik matahari dan kekurangan minum air...haiwan seperti ular pula kepanasan sehingga masuk ke kawasan perumahan..akibat cuaca panas dua orang pelajar telah menjadi mangsa serangan ular..kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Nuri Nadirah Ruslan, murid tahun 1 SK Dato Hashim 1 Kota Bharu..

Beberapa hari lepas semasa persidangan Dewan Negara, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata haiwan ternakan seperti ayam turut tidak terkecuali daripada berdepan El Nino..

Menurut Shabery, cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami 'stress' yang mana akan menyebabkan proses pebesaran ayam terbantut..

Perkara ini memang tidak dinafikan akan berlaku kepada ayam tetapi ianya hanya berlaku bagi penternak yang menggunakan kaedah reban cara lama iaitu reban terbuka..ayam yang mengidap stress akan mengalami masalah pebesaran terbantut..contohnya ayam sedia untuk disembelih selepas 40 hari namun akibat stress ia menjadi 45 hari..tempoh tambahan renggang masa ini menyebabkan pengusaha mengalami kerugian..itu tidak termasuk ayam yang mati ketika waktu panas seperti sekarang...


Apa yang hendak kami katakan di sini ialah, pusat penternakan ayam yang membekalkan ayam kepada restoran McDonald's seluruh negara langsung tidak terjejas dengan keadaan El Nino..ini kerana, pusat penternakan yang dikendalikan oleh Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) menggunakan teknologi canggih dalam penternakan mereka...

Dalam artikel kami sebelum ini kami telah kongsikan banyak perkara mengenai pusat penternakan ini anda boleh rujuk di SINI


Pusat DPDC ini dilengkap kipas gergasi di reban moden mereka bagi mengawal suhu dalam antara 25-29 darjah celcius..bukan itu sahaja, setiap inci kawasan ini dikawal rapi sehinggakan pelawat yang hendak masuk ke reban moden ini perlu melalui saringan beberapa kali sebelum diluluskan masuk ke reban moden milik DPDC ini..

Ini semua dilakukan bagi mempastikan kualiti ayam yang dibekalkan adalah mematuhi syarak dan mengikuti piawaian antarabangsa..bagi penggemar ayam McDonald's anda tidak perlu rasa was-was dengan kualiti ayam yang disajikan..kualiti produk McDonald's yang disajikan amat dijaga rapi daripada proses telur sehingga ke mulut anda..

Anda tidak perlu khuatir akan status halal kerana pihak Jabatan Agama Islam Perak kerap mengadakan lawatan mengejut ke kilang pembekal penternakan ayam Dinding Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) dan pusat penyempelihan ayam Dinding Poultry Processing (DPP) bagi mempastikan operasi mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan...

Untuk info, Kilang tenakan DPDC dan pusat proses ayam DPP ini dibawah kumpulan Malayan Flour Mills Berhad (MFM)...rangkaian MFM ini bertanggungjawab menyediakan daging segar untuk McDonald's...selain MFM, McDonald's turut mempunyai pembekal seperti MacFood (Daging Proses) dan Aryzrta Malaysia Sdn Bhd yang mana menyediakan roti untuk McDonald's...

Lihatlah betapa rumitnya proses dilakukan untuk membekalkan makanan kepada McDonald's bagi menjamin kualiti dan status halal..namun ia masih tidak difahami oleh segelintir masyarakat yang telah menanamkan persepsi buruk kepada McDonald's kononnya dari Yahudi...

Dengan apa yang telah kami kongsikan diharapkan ia akan membantu pembaca untuk mengetahui status kualiti McDonald's...mencari halal itu fardhu...

Thursday, April 21, 2016

Jika Pemandu TEKSI Pandu UBER Pasti Rosak Imej UBER!!!!

1 comments

Seringkali kita mendengar keluhan pemandu-pemandu teksi di Malaysia yang mendakwa tidak mendapat layanan baik oleh kerajaan..tak lupa juga mereka mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia (SPAD) sentiasa menganggu periuk nasi mereka...ibarat apa sahaja perubahan yang dilakukan SPAD untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia adalah keputusan negatif oleh kelompok pemandu teksi..

Sejak kebelakangan ini perkhidmatan teksi UBER dan Grabcar menjadi viral..dipihak SPAD, Tan Sri Syed pernah menegaskan bahawa UBER atau apa sahaja pengangkutan awam darat di Malaysia perlu mengikut undang-undang..perlu mempunyai lesen Memandu Perkhidmatan Awam (PSV)...

Tetapi pemandu teksi terus mendesak SPAD untuk mengharamkan UBER dan Grabcar...pernahkah pemandu teksi cermin diri mereka sendiri..mengapa mereka sering diabaikan pengguna pengangkutan awam?mengapa mereka takut kepada persaingan?jika hendak kata teksi perlu membayar itu ini sewa dan servis...apakah kenderaan UBER tidak melakukan perkara yang sama?kadang kenderaan UBER jauh lebih mahal daripada teksi di Malaysia...

Entry ini akan menjawab mengapa masyarakat lebih gemar memilih UBER..semuanya berkaitan dengan servis dan harga...kualiti perkhidmatan yang baik dan harganya berpatutan..sebab itulah UBER lebih mendapat permintaan..

Bercakap tanpa bukti mungkin akan menjadi fitnah..kali ini kami ingin kongsikan pengalaman langsung seorang pengguna UBER di Johor Bahru baru-baru ini yang membayar perkhidmatan UBER hanya RM 4.90 berbanding teksi yang meminta bayaran RM 15-RM 20 untuk laluan yang sama...



Anda sendiri boleh bayangkan bagaimana UBER berani menawarkan perkhidmatan yang murah walaupun menggunakan jenis kenderaan yang mahal..perngakuan ini dikongsikan oleh seorang pemuda, Encik Hakim Ishraf di laman Facebook..



Menurut Ishraf, dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hendak pulang ke rumah di Johor Bahru..dia turun di Skudai Parade dan mahu mencari teksi untuk pulang ke rumah..lihatlah..pada mulanya Ishraf memilih TEKSI tetapi setelah bertanya rata-rata pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dan memberi tawaran harga yang mahal iaitu RM 15-RM20...

Tidak berputus asa, Ishraf cuba pula bertanya kepada kenderaan UBER..alangkah terperanjatnya dia apabila UBER menawarkan harga RM 4.90 jauh lebih murah daripada teksi..kami yakin jika teksi menawarkan harga serupa sudah tentu Teksi menjadi pilihan Ishraf..

Inilah mentaliti buruk segelintir pemandu teksi di Malaysia...melanggar undang-undang tidak menggunakan meter dan 'cekik darah'..langsung tak mengutamakan permintaan pelanggan...dekat atau jauh bukan alasannya.keutamaan perlulah diberikan kepada pelanggan...

Pemandu teksi ni mahu cari pelanggan sedikit tapi nak PAW harga mahal...macam ni bila pemandu teksi mahu maju?jika sikap ini ada pada pemandu UBER pasti situasi yang sama akan berlaku..kita akan anggap pemandu UBER juga mengada-ngada...

Fikir-fikirkan...

Wednesday, April 20, 2016

ADUN Pembangkang DAP Tak Guna!Tiada Apa-Apa Perubahan Dibuat Yang Tahu Hanya Pertikai Usaha BN...

0 comments

ADUN DAP Johor boleh dianggap derhaka apabila mempertikaikan keupayaan MB Johor DS Khaled Nordin berkenaan isu bas muafakat...DAP mengkritik BN kerana tidak meluaskan kawasan Bas Muafakat Johor..

Baranhkali mereka terlupa projek bas berkenaan dilakukan secara berperingkat...bawah ini cerita panjang...

Beberapa hari lepas ADUN pembangkang yang diketuai ADUN DAP cuba membuat publisiti murahan dengan mendesak MB dan kerajaan negeri Johor supaya meluaskan perkhidmatan Bas Muafakat Johor ke seluruh negeri Johor.

Admin sebagai rakyat Johor berasa sangat marah kerana tindakkan ini dilihat sengaja untuk memburukkan imej MB Johor Dato Khaled Nordin. Ini semua cuma tindakan terdesak ADUN DAP yang ke tandusan idea kerana kerajaan pimpinan MB Khaked adalah yang terbaik.

ADUN pembangkang ini juga boleh dianggap ingkar titah Sultan kerana sebelum ini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim telah menzahirkan kepercayaan kepada kerajaan pimpinan MB Khaled. Tuanku Sultan juga bertitah supaya jangan ada musuh dalam selimut didalam Dewan Undangan Negeri Johor kerana kerajaan sedia ada berada dilandasan yang betul.

Mereka kelihatan seperti kehabisan idea kerana desakan supaya perkhidmatan Bas Percuma Muafakat Johor diperluaskan ke seluruh Johor adalah matlamat asal program itu. Cuma sekarang ini ianya dilakukan secara berperingkat supaya tidak berlaku ketirisan dan menepati matlamat awalnya.

Dan perkara ini sememangya sudah di suarakan awal-awal lagi oleh pemimpin UMNO setiap bahagian agar semua rakyat dapat merasai perkhidmatan ini. Dan MB Khaled Nordin telah memberi jaminan ianya akan dilaksanakan mengikut keperluaan tempat tersebut.

Sepertimana kita semua tahu bahawa negeri Johor telah banyak membangun dan banyak membantu rakyat dibawah pimpinan MB Khaled. ADUN pembangkang sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajan UMNO Johor khususnya MB Khaled dalam berkhidmat untuk rakyat dan bukannya hanya pandai mempertikaikan apa yang sudah kerajaan Johor lakukan.

Dengan ini admin menyeru semua rakyat Johor bersama-sama pertahankan apa yang kerajaan Johor dibawah pimpinan MB Khaled Nordin telah lakukan untuk rakyat Johor. Dan kita tolak sekeras-kerasnya pakatan pembangkang yang dibawa oleh DAP ke negeri ini 'Demi Bangsa Johor'.

TQ GM

Tuesday, April 19, 2016

Kanak-Kanak Mengidap Penyakit Hati Ingin Berjumpa PM @NajibRazak Walaupun Sekejap..

0 comments

Seorang kanak-kanak yang menghidap sejenis penyakit hati menyuarakan hasratnya ingin berjumpa Perdana Menteri DS Najib Razak walaupun sekejap..

Kami mengharapkan impian kanak-kanak ini dapat ditunaikan oleh YAB PM...kanak-kanak tidak pandai menipu..mereka tahu siapa pemimpin yang mampu membawa negara ke arah lebih cemerlang..

@LiowTiongLai Nyatakan 4 Langkah Kawal Kemalangan & Gesa Pemandu Tingkatkan Pemanduan Secara Berhemah..

0 comments

Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa kerajaan bertegas dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya...


Beliau berkata selepas bermesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Zahid Hamidi dan

memaklumkan keputusan mesyuarat bahawa kerajaan bersetuju dengan langkah mengurangkan kadar kemalangan seperti berikut :
  1. Pelaksanaan Automated Awareness Safety System (AwAS) dan Sistem Mata Demerit KEJARA.
  2. Pelarasan had berat kenderaan perdagangan.
  3. Penilaian keselamatan jalan raya dan penyiasatan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 dan cadangan penambahbaikan.
  4. Pelaksanaan International Road Safety Assesment Programme (iRAP) di Malaysia dan implementasi pelan tindakan.
Perkata seperti mencari jalan penyelesaian mengurangkan kadar kemalangan bukan keputusan yang boleh dibuat secara melulu.ia memerlukan data dan keputusan penyelesaian..kami hairan mengapa orang di Malaysia terlalu takut dengan pelaksanaan kamera AES..sudah mengetahui yang had laju lebuh raya ialah 110 KM/j tetapi bila kerajaan nak memasang AES bagi memastikan pengguna mematuhi undang-undang ramai pula mempertikaikan cadangan berkenaan..

Mungkin kita tak merasakan betap kerajaan mengalami kerugian akibat kemalangan jalan raya...pertamanya kehilangan nyawa negara rugi modal insan..dan keduanya kerugian ekonomi seperti insuran dan kos membaiki kerosakan akibat kemalangan...

Untuk data kami kongsikan, Malaysia mencatatkan 489,606 kemalangan jalan raya dan 6,706 kematian disebabkan kemalangan bagi tahun 2015. Ini merupakan kenaikan dari tahun 2014 dan kerugian ekonomi yang ditanggung adalah dianggarkan melebihi RM8 billion...

Kerajaan telah melaksanakan langkah untuk mengawal kemalangan jalan raya..jadi pengguna jalan raya perlu patuh undang-undang dan memandu secara berhemah..orang Malaysia ni payah nak cakap..dengan undang-undang dituduhnya kerajaan tak ada duit asyik nak saman..bila tak disaman...lorong kecemasan mereka guna..lampu isyarat dilanggar...Harap dengan kaedah yang baru diumumkan ini akan memberi petanda positif dengan kadar kemalangan menurun untuk tahun 2016 nanti...

Monday, April 18, 2016

Kerajaan Seperti Ditipu - @WeeKaSiongMP Gesa Kerajaan Kaji Semula Pembekuan Pekerja Asing...

0 comments

Ekoran pembekuan pengambilan pekerja asing oleh kerajaan, industri perabot, pertanian dan pekerjaan dalam bidang eksport menghadapi masalah kekurang pekerja akibat keputusan kerajaan untuk menangguhkan pengambilan pekerja asing..

Kerajaan Malaysia diserang bertubi-tubi apabila keputusan kerajaan sebelum ini yang telah menandatangani MoU dengan Bangladesh yang akan mengambil sebanyk 1.5 juta pekerja dalam tempoh tiga tahun..akibat desakan kononnya kerajaan tidak mengutamakan pekerja tempatan untuk memenuhi sektor yang selama ini dimonopoli pekerja asing maka kerajaan memutuskan untuk membekukan pengambilan pekerja asing..

Baru dua bulan pembekuan ini dibuat, bermacam-macam masalah telah dihadapi..bagi kami, kerajaan telah ditipu oleh rakyat yang kononnya berjanji mahu memenuhi sektor yang diisi oleh pekerja asing..tetapi janji itu hanya omong-omong kosong...kerajaan juga perlu berhadapan dengan masalah akibat kekurangan pekerja asing...

Melihat akan masalah ini, Menteri di Jabaatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyeru kerajaan agar mengkaji semula pembekuan pekerja asing yang telah diumumkan baru-baru ini..kami fikir eloklah kerajaan menarik semula pembekuan pekerja asing..ini kerana kerajaan seperti telah ditipu kononnya rakyat akan mengisi kekosongan pekerjaan tetapi haprak!!!

Bukan kerajaan sahaja ditipu tetapi sektor industri turut menjadi mangsa..sudahlah membatalkan pengambilan pekerja dengan harapan ia akan diisi pekerja tempatan tetapi impian itu hanya omong-omong kosong...baru dua bulan pembekuan macam-macam masalah kekurangan pekerja sudah timbul...

Keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun ini apabila permit lima tahun bagi pekerja mahir di bawah program pengampunan 6P tamat dan pekerja dihantar pulang...masalah ini didengar sendiri oleh Dr Wee Ka Siong yang dibangkitkan oleh persatuan buah-buahan dan petani KL dan Selangor...

Menurut Dr Wee para petani menghadapi kekurangan 30% tenaga kerja dan dijangka akan menjadi lebih teruk..ini kerana pekerja mahir yang telah biasa dengan kerja ini perlu dihantar pulang...bidang yang ditinggalkan dalam sektor buah-buahan yang perlu dikendalikan dengan cermat..dan pembungkusan juga perlu dilakukan dengan teliti..

Namun pekerja tempatan pula berlagak untuk mengisi kekosongan itu..ini menyebabkan kekurangan pekerjaan di sektor tersebut...Dr Wee mengharapkan ianya mendapat pertimbangan wajar daripada TPM, Zahid Hamidi..ini kerana Malaysia terlalu bergantung kepada import makanan.,

McDonald's Ambil Pelajar Putus Kaki Sebagai Anak Angkat #RMHC...

0 comments

Masihkah anda ingat seorang pelajar putus kedua-dua belah kakinya akibat terlibat dalam satu kemalangan bulan Januari lalu?setelah 3 bulan berlalu, adik Siti Nuraisyah Syahrin atau nama timanggannya Ecah kini telahpun sambung persekolahan setelah bercuti sakit..

Sejak tragedi hitam yang menimpa dirinya, masyarakat sekitar telah memberi sokongan moral kepada adik Ecah untuk tabah menghadapi dugaan hidup.tak ketinggalan, sekolah Ecah, SMK Bagan Terap tempat adik Ecah sekolah turut memjalankan pembinaan beberapa unit kemudahan bagi memudahkan pergerakan adik Ecah seharian di sekolah..kelas tingkatan 1 di mana adik Ecah belajar turut dipindahkan ke tingkah bawah..

Selepas sebulan bersekolah, adik Ecah menerima khabar pengubat duka apabila restoran makanan segera McDonald's Malaysia telah bersetuju membantu adik Ecah..McDonald's merupakan sebuah organisasi yang bukan hanya menumpukan bidang perniagaan tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat...

Dalam artikel kami sebelum ini, kami telah kongsikan bagaimana McDonald's Malaysia membantu kanak-kanak sumbing, autisme, biasiswa pelajaran dan membina rumah kebajikan Ronald McDonald's (RMHC)..melihat akan kesusahan yang dihadapi oleh adik Ecah, McDonald's Malaysia telah berbesar hati untuk mengambil adik Ecah sebagai anak angkat McDonald's..

Pengambilan anak angkat ini bertujuan memberi dorongan kepada adik Ecah untuk menghadapi dugaan hidup selepas mengalami mimpi ngeri dalam hidupnya..antara bantuan yang telah diberikan McDonald's Malaysia ialah memberi biasiswa berjumlah RM 5,000 untuk membiayai pembelajarannya dari tingkatan satu hingga lima..

Selain itu, McDonald's Malaysia turut menyumbang wang tunai berjumlah RM 2,000, buku-buku rujukan dan ulang kaji bernilai RM 300 serta baucar tunai McDonald's untuk setahun bernilai RM 400...

Memang tujuan McDonald's memberikan senyuman kepada kanak-kanak terpilih yang bernasib malang dalam kehidupan mereka...kami mengharapkan pemberian ini akan memberi motivasi dan memberi rangsangan buat adik Ecah dalam menghadapi ujian dalam kehidupannya..

Berikut kami kongsikan sumbangan McDonald's kepada masyarakat dalam artikel-artikel kami yang lalu..

Gempak Keluarga FELDA Sajikan Banyak Acara Kemasyarakatan!

0 comments

Pada 16 April lalu, Program bersiri Gempak Keluaga Felda (GKF) telah dianjurkan untuk kali ke-9 yang mana telah berlangsung di Felda Lok Heng Barat, Wilayah Johor Bahru..

Turut hadir pada majlis berkenaan, pemimpin tempatan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Ehsanuddin Haji Harun Narashid bersama pemimpin dari FELDA, Dato' Zakaria Arshad, Presiden dan Ketua Pegawai EksekutIf FGV..

Program seperti ini bertujuan mendekati golongan peneroka antara pemimpin dan agensi berkaitan disamping mempromosikan produk keluaran FELDA...

Selain itu, banyak aktiviti disajikan bagi memeriahkan suasana antaranya acara sukan, santapan rohani bersama penceraman jemputan dan jemputan artis bagi memeriahkan suasana..

Program seperti ini bagus kerana dapat mendekatkan masyarakat FELDA bersama pemimpin dalam FELDA dan ianya turut dinantikan oleh masyarakat peneroka untuk acara meriah ini dilangsungkan di kawasan mereka..berikut kami sajikan beberapa keping gambar sepanjang GKF..







Sunday, April 17, 2016

SAME Bantu 50 Syarikat Tempatan Luaskan Produk Makanan Halal Ke China..

0 comments

Kerajaan akan memberi bantuan kepada 50 syarikat tempatan yang akan meneroka pasaran Halal di China..kita lihat pentadbiran DS Najib Razak amat menggalakkan usahawan tempatan memasarkan produk dalam industri makanan dan minuman halal ke negara China memandangkan peluang pulangan yang amat besar sehingga mencecah berbillion ringgit...

Usaha ini telah diamanahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong yang mana telah melancarkan Program perintis dalam membawa 50 syarikat Malaysia meneroka pasaran Halal di China..

Kesemua galakan 50 syarikat ini dilaksanakan dibawah program Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME), iaitu sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri..apa yang menariknya di sini, kesemua 50 usahawan industri kecil sederhana ini akan meneroka pasaran halal yan mempunyai potensi sebanyak 26 juta penduduk Islam di negara tersebut...

Menurut Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong "Misi dagangan 10 hari ke Xian, Mongolia dan Qing Hai itu dibuat selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara SAME, Perbadanan Pembangunan Halal dan Bank China untuk membangunkan perdagangan halal dengan China"

"Malaysia dalam kedudukan baik untuk memanfaarkan statusnya sebagai perintis dalam pembangunan standard halal di seluruh dunia"katanya lagi..

Pemilihan produk makanan halal untuk di pasarkan ke negara China adalah pilihan yang amat tepat memandangkan banyak peluang pasaran di China dengan jumlah permintaan sebanyak 26 juta orang iaitu jumlah itu hampir sama dengan populasi penduduk di Malaysia..

Itu masyarakat Islam sahaja..peluang pemasaran lebih besar daripada di negara kita sendiri...peluang ini seharusnya dimanfaatkam sebaiknya oleh syarikat-syarikat terlibat..kerajaan dah beri bantuan banyak..syarikat-syarikat terlibat tidak perlu mencari sendiri peluang pasaran..semuanya dibantu...

Lihatlah betapa prihatinnya kerajan kita membantu syarikat meluaskan pasaran perniagaan..

Saturday, April 16, 2016

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Pengusaha Bas Terhadap @SPADChannel & Sebuah Syarikat Pengendali Tiket..

0 comments

Niat sekumpulan pengusaha bas untuk menyaman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sebuah syarikat yang mengendali sistem pembelian tiket berpusat (CTS) tidak berjaya apabila Mahkamah Tinggi memutuskan penjualan tiket berpusat tidak melanggar Seksyen 15 dan 16 Akta SPAD 2010...

Entah apa yang tak kena dengan pelaksanaan CTS di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehinggakan lapan pengusaha bas berkenaan mahu membawa isu berkenaan ke mahkamah..hasilnya, Hakim Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan tindakan SPAD dan Syarikat Maju Tmas Sdn Bhd tidak menyalahi undang-undang..

Inilah akibatnya bila bertindak melulu, pihak mahkamah pula memutus plaintif, sekumpulan pengusaha bas berkenaan untuk membayar kos sejumlah RM 10,000 kepada dua defenden, Maju Tmas Sdn Bhd dan SPAD..tak memasal kena keluar duit...

Jika dibuat tinjauan rawak pasti semua bersetuju dengan kaedah penjualan tiket yang beroperasi di TBS..apa tidaknya, semua kaunter ada menjual pelbagai tiket..kita tidak perlu tertumpu kepada satu kaunter untuk dapatkan mana-mana tiket pengusaha bas..ia lebih memudahkan semua..

Tambahan pula, sekarang ini banyak kaedah telah diperkenalkan untuk membeli tiket...selain sistem pembelian tiket berpusat (CTS), pengguna juga boleh mendapatkan tiket di kiosk tiket dengan memasukkan duit di mesin berkenaan..selain itu, pengguna juga boleh membeli tiket melalui online yang boleh dirujuk di link SINI...


Untuk rekod, penggunaan kaedah CTS ini telah diperkenalkan di TBS pada 1 Mac 2011 lagi...itu pun nak kata kaedah ini melanggar Akta Persaingan 2010..Sebanyak 87 syarikat bas ekspress menjalankan operasi di TBS..daripada jumlah itu 79 syarikat menyertai sistem CTS..hanya 8 buah syarikat sahaja memilih untuk tidak menggunakan sistem ini..ia bukan paksaan..tetapi untuk menolak sistem yang memudahkan pengguna adalah satu tindakan yang tidak masuk akal..

Berkenaan CTS ini, maklumat peribadi kita seperti nama dan kad pengenalan akan tercatit pada tiket berkenaan..jikalau kita terlupa..petugas kaunter akan memanggil nama kita untuk mengingatkan bas akan berlepas...adakah ini tidak bagus?dah macam kat airport bukan sistem ini..tersusun dan smart..

Syabas SPAD dan syarikat Tmas Sdn Bhd yang telah menjalankan operasi CTS dengan baik..mengikut pengalaman kami.ia menyenangkan semua pihak..tahniah!!!

Friday, April 15, 2016

Pak Arab Sahkan Derma 2.6 Billion..Soalnya Mampukah SYAITAN DIKENALI Percaya Cerita Ini?

2 comments

Menteri Luar Arab saudi telah mengesahkan yang Arab ada memberi sumbangan berjumlah 2.6 billion TANPA BALASAN kepada DS Najib Razak...dengan kenyataan ini, ia telah berjaya menutup pemfitnah ahli neraka yang selama ini Najib memberi alasan derma darinArab bagi menutup duit yang disonglap dari 1MDB..

Nah!ini Pak Arab sudah mengaku..pastinya syaitan dikenali tetap akan terus memfitnah DS Najib kononnya bersalah dalam isu 1MDB...

Ini rakaman videonya :

video

Nah berita di bawah!

ISTANBUL: Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama. - BERNAMA

Datuk Jamal Dilarang Masuk Sarawak Bukti Kerajaan Adil Dan Saksama.. #PRNSarawak

0 comments

Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunus yang sarat dengan kontroversi melibatkan serangan provokasi terhadap pembangang dihalang daripada masuk ke Sarawak bagi membantu kempen Pilihan Raya BN di Sarawak..terbaru serangan menurunkan billboard Anar Ibrahim di Selangor

Jamal dihalang masuk ke negeri itu sebaik sahaj tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 11.30 pagi tadi..beliau dan tiga rakannya dihalang masuk ke Sarawak atas menjaga ketenteraman awam di semasa kempen Pilihan Raya berlangsung..

Sebelum ini pembangkang mendakwa kerajaan bertindak zalim ke atas mereka kerana melarang pemimpin mereka menjejakkan kaki ke Sarawak..antara pemimpin pembangkang yang dikenakan tindakan tidak dibenarkan masuk Sarawak ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin..

Syabas pihak Polis kerana bertindak menjaga keamana Sarawak..Sorry Datuk Jamal...You boleh berehat di rumah..






Kilang Pemprosesan Ayam McDonald's, Dindings Poultry Processing Sdn Bhd Guna Teknologi Canggih & Patuh Syariah!!

0 comments

Selepas mendengar cerita rakan blogger yang membuat lawatan ke kilang Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) beberapa hari lalu, kami tertarik ingin kongsikan pengalaman tersebut kepada pembaca..tidak sangka, McDonald's mempunyai kilang khas menternak dan memproses ayam sebelum dipasarkan ke restoran-restoran McDonald's di negara kita..Kilang DPP terletak di Sitiawan, Perak...

Apa yang menariknya di sini, kilang ini menggunakan teknologi moden sepenuh dari penternakan sehingga penyembelihan yang mana mematuhi hukum syarak dan halal..

Pusat ternakan di DPP ini dilengkap dengan teknologi canggih yang mana dinding-dinding bangunan mempunyai kipas bag memastikan suhu dalam reban kekal pada sekitar 25-29 darjah celcius. Udara di dalam pusat ternakan ini sentiasa ditukar ganti setiap masa...ia menunjukkan betapa telitinya DPP mempastikan setiap ekor ayam yang diternah sihat dengan sempurna..dibawah ini kami kongsikan gambar-gambar di pusat ternakan DPP..





Untuk memasuki kilang DPP, semua pelawat perlu meninggalkan barang-barang logam dan memakai pakaian yang dikhaskan..sebelum itu, pelawat perlu mencuci tangan..kesihatan pelawat turut dititik beratkan..jikalau pelawat sakit, dia tidak akan dbenarkan masuk..setiap pergerakan pelawat akan dipantau dengan ketat supaya pelawat sentiasa peka dengan  undang-undang yang telah ditetapkan...

Undang-undang terhadap pelawat adalah sama di tempat ternakan dan penyembelihan..suasana di tempat penyembelihan memang teramat bersih..rakan kami yang mengalami sendiri pengalaman langsung di DPP menceritakan dia tidak langsung bau ayam, darah mahupun najis ayam seperti mana yang kita selalu bau di kedai-kedai jual ayam sembelih..di DPP semuanya dipantau agar sentiasa bersih..


Dipusat penyembelihan ini (gambar atas), hanya 18 orang pekerja sahaja yang berkhidmat untuk menyembeli di kliang DPP ini.18 orang pekerja ini akan dipecahkan mengikut 5 orang satu kumpulan..setiap kumpulan bekerja akan menyembelih sekitar 3,500 ekor ayam..selepas selesai 3,500 ekor..mereka akan bertukar syif lima orang lagi untuk mengambil alih tugasan..setiap hari purata, 18 orang penyembelih ini akan menyembelih lingkungan 80,000-85,000 ekor ayam..betapa banyaknya ayam perlu diuruskan.jika tidak betul-betul, pasti akan menghadapi masalah baik dari segi kebersihan mahupun kelancaran operasi..

Setiap penyembelih bukan dipilih bekerja suka-suka..DPP perlu mempastikan mereka ini mempunyai kelayakan sijil untuk menyembelih yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri agar penyembelih mematuhi syarat penyebelihan mengikut syarak...

Menariknya, Jabatan Agama Islam negeri kerap melakukan pemeriksaan mengejut untuk memantau operasi penyediaan ayam mentah ini..bagus juga langkah yang diambil Jabatan Agama Islam ni..tidak memberi tahu tiba-tiba lakukan spodcheck..jika operasi tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pasti sudah lama Kilang DPP ini akan menghadapi masalah untuk beroperasi..

Untuk pengetahuan pembaca, pisau yang digunakan oleh penyembelih juga akan diganti setiap enam bulan bagi mengawal kualiti pisau yang digunakan..dari, ternah hingga penyedia semuanya dilakukan dengan terkawal dan dipantau rapi..jika beginilah operasi kilang Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP), tidak hairanlah mengapa kilang ini diberi kepercayaan sejak 2012 lagi untuk menguruskan ayam segar...

Al-Fatihah - Ketua Kluster Gula FGV Kembali Ke Rahmatullah..

0 comments

Satu berita dukacita diterima atas pemergian seorang tokoh koperate Melayu yang berkhidmat di Felda GLobal Ventures Holding Berhad..Allahyarham Dato' Dr Sheikh Awab Abod telah meninggal dunia tengah hari tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur..

Allahyarham menjawat jawatan sebagai Ketua Kluster Gula FGV Holdings Berhad dan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM)..

Allahyarham terkenal dengan sikap yang mesra..pemergian Arwah amat dirasai seluruh warga FGV..al-fatihah

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA