networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, April 20, 2016

ADUN Pembangkang DAP Tak Guna!Tiada Apa-Apa Perubahan Dibuat Yang Tahu Hanya Pertikai Usaha BN...


ADUN DAP Johor boleh dianggap derhaka apabila mempertikaikan keupayaan MB Johor DS Khaled Nordin berkenaan isu bas muafakat...DAP mengkritik BN kerana tidak meluaskan kawasan Bas Muafakat Johor..

Baranhkali mereka terlupa projek bas berkenaan dilakukan secara berperingkat...bawah ini cerita panjang...

Beberapa hari lepas ADUN pembangkang yang diketuai ADUN DAP cuba membuat publisiti murahan dengan mendesak MB dan kerajaan negeri Johor supaya meluaskan perkhidmatan Bas Muafakat Johor ke seluruh negeri Johor.

Admin sebagai rakyat Johor berasa sangat marah kerana tindakkan ini dilihat sengaja untuk memburukkan imej MB Johor Dato Khaled Nordin. Ini semua cuma tindakan terdesak ADUN DAP yang ke tandusan idea kerana kerajaan pimpinan MB Khaked adalah yang terbaik.

ADUN pembangkang ini juga boleh dianggap ingkar titah Sultan kerana sebelum ini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim telah menzahirkan kepercayaan kepada kerajaan pimpinan MB Khaled. Tuanku Sultan juga bertitah supaya jangan ada musuh dalam selimut didalam Dewan Undangan Negeri Johor kerana kerajaan sedia ada berada dilandasan yang betul.

Mereka kelihatan seperti kehabisan idea kerana desakan supaya perkhidmatan Bas Percuma Muafakat Johor diperluaskan ke seluruh Johor adalah matlamat asal program itu. Cuma sekarang ini ianya dilakukan secara berperingkat supaya tidak berlaku ketirisan dan menepati matlamat awalnya.

Dan perkara ini sememangya sudah di suarakan awal-awal lagi oleh pemimpin UMNO setiap bahagian agar semua rakyat dapat merasai perkhidmatan ini. Dan MB Khaled Nordin telah memberi jaminan ianya akan dilaksanakan mengikut keperluaan tempat tersebut.

Sepertimana kita semua tahu bahawa negeri Johor telah banyak membangun dan banyak membantu rakyat dibawah pimpinan MB Khaled. ADUN pembangkang sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajan UMNO Johor khususnya MB Khaled dalam berkhidmat untuk rakyat dan bukannya hanya pandai mempertikaikan apa yang sudah kerajaan Johor lakukan.

Dengan ini admin menyeru semua rakyat Johor bersama-sama pertahankan apa yang kerajaan Johor dibawah pimpinan MB Khaled Nordin telah lakukan untuk rakyat Johor. Dan kita tolak sekeras-kerasnya pakatan pembangkang yang dibawa oleh DAP ke negeri ini 'Demi Bangsa Johor'.

TQ GM

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA