networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, April 3, 2016

Anak Jati FELDA Dipilih Jadi CEO FGV!Selamat Bertugas Datuk Zakaria!!!

CEO FGV, DAtuk Zakaria Arshad
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) baru-baru ini mengumumkan CEO baru bagi mengaantikan Datuk Emir Mavani yang telah tamat kontrak perkhidmatannya bersama FGV..Lebih istimewanya orang yang mengantikan posisi Datuk Emir ialah individu yang dilahirkan dalam keluarga peneroka

Individu yang dimaksudkan itu ialah Datuk Zakaria Arshad, 56 tahun..Datuk Zakaria merupakan seorang anak peneroka FELDA yang berasal dari FELDA Palong 1, Negeri Sembilan..Beliau berlatar belakang pendidikan dalam Ijazah Sains Sosial (Ekonomi) daripada Universiti Sains Malaysia dan telah menghadiri kursus perniagaan eksekutif Harvard Business School dan Pembroke College, Cambridge University..

Dari segi pengalaman, memang tidak boleh dinafikan kebolehan yang ada pada Datuk Zakaria..beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam Kumpulan FELDA hampir 32 tahun sejak 1984..antara anak syarikat FELDA yang pernah beliau tabur bakti ialah FELDA Rubber Industries Sdn Bhd, Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn Bhd, FELDA Rubber Products Sdn Bhd dan FELDA Marketing Services Sdn Bhd..

Selain bergiat aktif dalam kumpulan FELDA, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan-persatuan industri dimana beliau juga turut mempunyai jawatan penting sebagai Felo Persatuan Antarabangsa Nanosains University Of Cambridge. Beliau juga pernah menjawat jawatan Naib Pengerusi Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM) serta Lembaga Pemegang Amanah, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)..

Pemilihan Datuk Zakaria ini amat sesuai memandangkan FGV sekarang ini sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain agro bisnes terkemuka dunia..Ia juga satu pengiktirafan buat anak jati FELDA sendiri untuk memimpin sebuah organisasi mega FGV...ia membuktikan bahawa anak FELDA turut boleh berjaya menjadi pelopor agensi bertaraf antarabangsa...

Biarlah apa orang hendak kata tentang FELDA yang penting FELDA tidak pernah sekali mengabaikan kewajipan mereka terhadap para peneroka yang berusah payah mengerah kudrat ketika di zaman ayahanda Perdana Menteri Tun Abdul Razak lagi..siapa tahu akan datang struktur anak-anak syarikat FELDA semua dipegang oleh anak-anak peneroka..ia tidak mustahil jikalau anak-anak FELDA mempunyai keupayaan..pelantikan Datuk Zakaria ini umpanya..apa yang penting di sini anak-anak FELDA perlu penuhkan ilmu bagi menghadapai cabaran dan permintaan FELDA pada masa akan datang..

Kami kata tak mustahil seruan "Dari FELDA untuk FELDA akan direalisasi kelak"!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA