networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, April 23, 2016

El Nino - Ayam Ternakan McDonald's Tiada Masalah Kerana Diternak Guna Teknologi Canggih!!


Sejak kebelakangan ini negara menghadapi fenomena panas melampau El Nino..bekalan air sesetengah tempat sudah mula dicatu ekoran air empangan semakin di beberapa kawasan semakin berkurangan...

Lihat di dada akhbar kita berisiko diserangan strok haba dan dihidrasi jikalau terdedah dibawah terik matahari dan kekurangan minum air...haiwan seperti ular pula kepanasan sehingga masuk ke kawasan perumahan..akibat cuaca panas dua orang pelajar telah menjadi mangsa serangan ular..kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Nuri Nadirah Ruslan, murid tahun 1 SK Dato Hashim 1 Kota Bharu..

Beberapa hari lepas semasa persidangan Dewan Negara, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata haiwan ternakan seperti ayam turut tidak terkecuali daripada berdepan El Nino..

Menurut Shabery, cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami 'stress' yang mana akan menyebabkan proses pebesaran ayam terbantut..

Perkara ini memang tidak dinafikan akan berlaku kepada ayam tetapi ianya hanya berlaku bagi penternak yang menggunakan kaedah reban cara lama iaitu reban terbuka..ayam yang mengidap stress akan mengalami masalah pebesaran terbantut..contohnya ayam sedia untuk disembelih selepas 40 hari namun akibat stress ia menjadi 45 hari..tempoh tambahan renggang masa ini menyebabkan pengusaha mengalami kerugian..itu tidak termasuk ayam yang mati ketika waktu panas seperti sekarang...


Apa yang hendak kami katakan di sini ialah, pusat penternakan ayam yang membekalkan ayam kepada restoran McDonald's seluruh negara langsung tidak terjejas dengan keadaan El Nino..ini kerana, pusat penternakan yang dikendalikan oleh Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) menggunakan teknologi canggih dalam penternakan mereka...

Dalam artikel kami sebelum ini kami telah kongsikan banyak perkara mengenai pusat penternakan ini anda boleh rujuk di SINI


Pusat DPDC ini dilengkap kipas gergasi di reban moden mereka bagi mengawal suhu dalam antara 25-29 darjah celcius..bukan itu sahaja, setiap inci kawasan ini dikawal rapi sehinggakan pelawat yang hendak masuk ke reban moden ini perlu melalui saringan beberapa kali sebelum diluluskan masuk ke reban moden milik DPDC ini..

Ini semua dilakukan bagi mempastikan kualiti ayam yang dibekalkan adalah mematuhi syarak dan mengikuti piawaian antarabangsa..bagi penggemar ayam McDonald's anda tidak perlu rasa was-was dengan kualiti ayam yang disajikan..kualiti produk McDonald's yang disajikan amat dijaga rapi daripada proses telur sehingga ke mulut anda..

Anda tidak perlu khuatir akan status halal kerana pihak Jabatan Agama Islam Perak kerap mengadakan lawatan mengejut ke kilang pembekal penternakan ayam Dinding Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) dan pusat penyempelihan ayam Dinding Poultry Processing (DPP) bagi mempastikan operasi mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan...

Untuk info, Kilang tenakan DPDC dan pusat proses ayam DPP ini dibawah kumpulan Malayan Flour Mills Berhad (MFM)...rangkaian MFM ini bertanggungjawab menyediakan daging segar untuk McDonald's...selain MFM, McDonald's turut mempunyai pembekal seperti MacFood (Daging Proses) dan Aryzrta Malaysia Sdn Bhd yang mana menyediakan roti untuk McDonald's...

Lihatlah betapa rumitnya proses dilakukan untuk membekalkan makanan kepada McDonald's bagi menjamin kualiti dan status halal..namun ia masih tidak difahami oleh segelintir masyarakat yang telah menanamkan persepsi buruk kepada McDonald's kononnya dari Yahudi...

Dengan apa yang telah kami kongsikan diharapkan ia akan membantu pembaca untuk mengetahui status kualiti McDonald's...mencari halal itu fardhu...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA