networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, April 13, 2016

Isu Mok Cek Kejohanan Basikal Junior Jadi Cerita Sensasi..Tak Semena-mena Orang Mula Ambil Tahu Projek RM 30 Juta Lorong Basikal Di Penang...


Tidak perlu modal yang banyak untuk pengiklanan bagi mempromosikan kejohanan sukan Junior Cycling Malaysia (JCM)..cukup sekadar menempah mok cek berharga RM 30 untuk Johan RM 20 dan RM 10..orang mula peka dengan wujudnya kejohanan berbasikal junior ini..

Orang lebih sibuk dengan harga hadiah RM 30 berbanding projek lorong basikal di Pulau Pinang yang mencekik perbelanjaan sebanyak RM 30 Juta...projek jutaan ringgit tetapi banyak masalah..cat tercabut...terpaksa berkongsi laluan dengan lorong pejalan kaki yang mana jaraknya hanya 12 KM sahaja...

Bila hal mok cek semua orang nak ambil tahu...tang projek jutaan ringgit tak nak pula ambil tahu..

KJ JAWAB ISU MOCK CHEQUE JCM

Terima kasih atas segala pandangan yang diberi tentang program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN). JCM adalah program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor. Sirkit JCM akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini. 

Walaupun saya banyak promosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiah disebarkan secara viral. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10. 

Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan. 

We want them to grow up with the right values and attitude. Yes, money is important and if they do well in sports, they will be financially rewarded later on but let's not spoil them from when they are young. Let them want to win for the sake of winning, to be the best not because of money but because of determination and honour. 

Lagi pun, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata parents yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal. And they were happily there supporting their kids. 

Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak. 

JCM creates a pathway for champions. Who want to win because of honour. For more information please check out www.jcm.my

Khairy Jamaluddin

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA