networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, April 24, 2016

JDT Tetap Mantap!Mario Gomez Dedah Faktor JDT Beraksi Hambar...


Bola sepak Malaysia, bila JDT menang sahaja ramai akan berkata memang patut menang kerana pelaburan besar..namun bilamana JDT hanya mampu seri bertemu Kedah, wartawan akhbar tempatan memainkan sentimen seolah-olah JDT dikalahkan...

Mereka tidak tahu betapa JDT terpaksa mengharungi jadual yang padat...dengan perlu mengharungi 3 perlawanan seminggu...bayangkan malam semalam JDT telah beraksi di Kedah..hari ini mereka berehat dan esok perlu meneruskan perjalanan ke Myanmar untuk aksi Piala AFC...

Selepas bertemu pasukan dari Myanmar..JDT perlu bergegas balik ke JDT untuk saingan Suku Akhir kedua pada hari Sabtu...kitapun dapat bayangkan betapa letihnya pemain-pemain...dan Mario Gomez mengakui masalah ini..kitapun bila terlalu penat..sukar untuk beraksi lebih kreatif...jika Kedah perlu beraksi seperti JDT..kami percaya mereka akan hadapi masalah lebih teruk..untuk melawan JDT sahaja Kedah terpaksa beraksi longlai untuk dibelasah 4 gol...tu belum beraksi lebih dari sepuluh perlawanan sebulan...

Kita penyokonh hanya tahu mengecap..bayar mahal-mahal tapi main teruk..pakai Mustang tapi aksi macam kereta buruk...macam-macam tohmahan diberikan..tapi bagi kami penyokong setia kami memahami keadaan ini...

Di bawah kongsikan kenyataan Jurulatih JDT berkenaan masalah kurang kreativiti pemain JDT...

Kita dapat lihat betapa berbezanya pasukan kita disebabkan jadual yang begitu padat. Pasukan lain di Malaysia hanya bermain 5 atau 6 permainan dalam sebulan, manakala kami harus bermain 9 atau 10. Itu adalah terlalu banyak untuk mana-mana pasukan dalam dunia ini. Sedangkan Barcelona pun tidak bermain 10 perlawanan dalam satu bulan. Sekarang kami dapat berehat untuk satu hari dan esok pula kami perlu berada di Myanmar. Pemain adalah manusia. Mereka bukannya mesin. Sains telah membuktikan bahawa apabila seorang manusia letih dan kurang oksigen dalam otak mereka, mereka tidak dapat berfikir atau mempamerkan prestasi yang baik berbanding ketika mereka segar dan berehat sepenuhnya. Anda boleh melihat dalam liga tempatan, di mana kita adalah satu-satunya kelab di negara ini yang bersaing dalam 3 kejohanan dan bermain setiap 3 hari. Kita cuma perlu bersabar dan meneruskannya satu persatu.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA