networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, April 21, 2016

Jika Pemandu TEKSI Pandu UBER Pasti Rosak Imej UBER!!!!


Seringkali kita mendengar keluhan pemandu-pemandu teksi di Malaysia yang mendakwa tidak mendapat layanan baik oleh kerajaan..tak lupa juga mereka mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia (SPAD) sentiasa menganggu periuk nasi mereka...ibarat apa sahaja perubahan yang dilakukan SPAD untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia adalah keputusan negatif oleh kelompok pemandu teksi..

Sejak kebelakangan ini perkhidmatan teksi UBER dan Grabcar menjadi viral..dipihak SPAD, Tan Sri Syed pernah menegaskan bahawa UBER atau apa sahaja pengangkutan awam darat di Malaysia perlu mengikut undang-undang..perlu mempunyai lesen Memandu Perkhidmatan Awam (PSV)...

Tetapi pemandu teksi terus mendesak SPAD untuk mengharamkan UBER dan Grabcar...pernahkah pemandu teksi cermin diri mereka sendiri..mengapa mereka sering diabaikan pengguna pengangkutan awam?mengapa mereka takut kepada persaingan?jika hendak kata teksi perlu membayar itu ini sewa dan servis...apakah kenderaan UBER tidak melakukan perkara yang sama?kadang kenderaan UBER jauh lebih mahal daripada teksi di Malaysia...

Entry ini akan menjawab mengapa masyarakat lebih gemar memilih UBER..semuanya berkaitan dengan servis dan harga...kualiti perkhidmatan yang baik dan harganya berpatutan..sebab itulah UBER lebih mendapat permintaan..

Bercakap tanpa bukti mungkin akan menjadi fitnah..kali ini kami ingin kongsikan pengalaman langsung seorang pengguna UBER di Johor Bahru baru-baru ini yang membayar perkhidmatan UBER hanya RM 4.90 berbanding teksi yang meminta bayaran RM 15-RM 20 untuk laluan yang sama...



Anda sendiri boleh bayangkan bagaimana UBER berani menawarkan perkhidmatan yang murah walaupun menggunakan jenis kenderaan yang mahal..perngakuan ini dikongsikan oleh seorang pemuda, Encik Hakim Ishraf di laman Facebook..



Menurut Ishraf, dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hendak pulang ke rumah di Johor Bahru..dia turun di Skudai Parade dan mahu mencari teksi untuk pulang ke rumah..lihatlah..pada mulanya Ishraf memilih TEKSI tetapi setelah bertanya rata-rata pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dan memberi tawaran harga yang mahal iaitu RM 15-RM20...

Tidak berputus asa, Ishraf cuba pula bertanya kepada kenderaan UBER..alangkah terperanjatnya dia apabila UBER menawarkan harga RM 4.90 jauh lebih murah daripada teksi..kami yakin jika teksi menawarkan harga serupa sudah tentu Teksi menjadi pilihan Ishraf..

Inilah mentaliti buruk segelintir pemandu teksi di Malaysia...melanggar undang-undang tidak menggunakan meter dan 'cekik darah'..langsung tak mengutamakan permintaan pelanggan...dekat atau jauh bukan alasannya.keutamaan perlulah diberikan kepada pelanggan...

Pemandu teksi ni mahu cari pelanggan sedikit tapi nak PAW harga mahal...macam ni bila pemandu teksi mahu maju?jika sikap ini ada pada pemandu UBER pasti situasi yang sama akan berlaku..kita akan anggap pemandu UBER juga mengada-ngada...

Fikir-fikirkan...

1 comment:

Anonymous said...

Pemandu teksi tidak guna meter dan menenakan harga mahal melampau juga dikategorikan makan rezeki haram tak gitu?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA