networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, April 18, 2016

Kerajaan Seperti Ditipu - @WeeKaSiongMP Gesa Kerajaan Kaji Semula Pembekuan Pekerja Asing...


Ekoran pembekuan pengambilan pekerja asing oleh kerajaan, industri perabot, pertanian dan pekerjaan dalam bidang eksport menghadapi masalah kekurang pekerja akibat keputusan kerajaan untuk menangguhkan pengambilan pekerja asing..

Kerajaan Malaysia diserang bertubi-tubi apabila keputusan kerajaan sebelum ini yang telah menandatangani MoU dengan Bangladesh yang akan mengambil sebanyk 1.5 juta pekerja dalam tempoh tiga tahun..akibat desakan kononnya kerajaan tidak mengutamakan pekerja tempatan untuk memenuhi sektor yang selama ini dimonopoli pekerja asing maka kerajaan memutuskan untuk membekukan pengambilan pekerja asing..

Baru dua bulan pembekuan ini dibuat, bermacam-macam masalah telah dihadapi..bagi kami, kerajaan telah ditipu oleh rakyat yang kononnya berjanji mahu memenuhi sektor yang diisi oleh pekerja asing..tetapi janji itu hanya omong-omong kosong...kerajaan juga perlu berhadapan dengan masalah akibat kekurangan pekerja asing...

Melihat akan masalah ini, Menteri di Jabaatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyeru kerajaan agar mengkaji semula pembekuan pekerja asing yang telah diumumkan baru-baru ini..kami fikir eloklah kerajaan menarik semula pembekuan pekerja asing..ini kerana kerajaan seperti telah ditipu kononnya rakyat akan mengisi kekosongan pekerjaan tetapi haprak!!!

Bukan kerajaan sahaja ditipu tetapi sektor industri turut menjadi mangsa..sudahlah membatalkan pengambilan pekerja dengan harapan ia akan diisi pekerja tempatan tetapi impian itu hanya omong-omong kosong...baru dua bulan pembekuan macam-macam masalah kekurangan pekerja sudah timbul...

Keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun ini apabila permit lima tahun bagi pekerja mahir di bawah program pengampunan 6P tamat dan pekerja dihantar pulang...masalah ini didengar sendiri oleh Dr Wee Ka Siong yang dibangkitkan oleh persatuan buah-buahan dan petani KL dan Selangor...

Menurut Dr Wee para petani menghadapi kekurangan 30% tenaga kerja dan dijangka akan menjadi lebih teruk..ini kerana pekerja mahir yang telah biasa dengan kerja ini perlu dihantar pulang...bidang yang ditinggalkan dalam sektor buah-buahan yang perlu dikendalikan dengan cermat..dan pembungkusan juga perlu dilakukan dengan teliti..

Namun pekerja tempatan pula berlagak untuk mengisi kekosongan itu..ini menyebabkan kekurangan pekerjaan di sektor tersebut...Dr Wee mengharapkan ianya mendapat pertimbangan wajar daripada TPM, Zahid Hamidi..ini kerana Malaysia terlalu bergantung kepada import makanan.,

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA