networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, April 19, 2016

@LiowTiongLai Nyatakan 4 Langkah Kawal Kemalangan & Gesa Pemandu Tingkatkan Pemanduan Secara Berhemah..


Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa kerajaan bertegas dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya...


Beliau berkata selepas bermesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Zahid Hamidi dan

memaklumkan keputusan mesyuarat bahawa kerajaan bersetuju dengan langkah mengurangkan kadar kemalangan seperti berikut :
  1. Pelaksanaan Automated Awareness Safety System (AwAS) dan Sistem Mata Demerit KEJARA.
  2. Pelarasan had berat kenderaan perdagangan.
  3. Penilaian keselamatan jalan raya dan penyiasatan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 dan cadangan penambahbaikan.
  4. Pelaksanaan International Road Safety Assesment Programme (iRAP) di Malaysia dan implementasi pelan tindakan.
Perkata seperti mencari jalan penyelesaian mengurangkan kadar kemalangan bukan keputusan yang boleh dibuat secara melulu.ia memerlukan data dan keputusan penyelesaian..kami hairan mengapa orang di Malaysia terlalu takut dengan pelaksanaan kamera AES..sudah mengetahui yang had laju lebuh raya ialah 110 KM/j tetapi bila kerajaan nak memasang AES bagi memastikan pengguna mematuhi undang-undang ramai pula mempertikaikan cadangan berkenaan..

Mungkin kita tak merasakan betap kerajaan mengalami kerugian akibat kemalangan jalan raya...pertamanya kehilangan nyawa negara rugi modal insan..dan keduanya kerugian ekonomi seperti insuran dan kos membaiki kerosakan akibat kemalangan...

Untuk data kami kongsikan, Malaysia mencatatkan 489,606 kemalangan jalan raya dan 6,706 kematian disebabkan kemalangan bagi tahun 2015. Ini merupakan kenaikan dari tahun 2014 dan kerugian ekonomi yang ditanggung adalah dianggarkan melebihi RM8 billion...

Kerajaan telah melaksanakan langkah untuk mengawal kemalangan jalan raya..jadi pengguna jalan raya perlu patuh undang-undang dan memandu secara berhemah..orang Malaysia ni payah nak cakap..dengan undang-undang dituduhnya kerajaan tak ada duit asyik nak saman..bila tak disaman...lorong kecemasan mereka guna..lampu isyarat dilanggar...Harap dengan kaedah yang baru diumumkan ini akan memberi petanda positif dengan kadar kemalangan menurun untuk tahun 2016 nanti...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA