networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, April 16, 2016

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Pengusaha Bas Terhadap @SPADChannel & Sebuah Syarikat Pengendali Tiket..


Niat sekumpulan pengusaha bas untuk menyaman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sebuah syarikat yang mengendali sistem pembelian tiket berpusat (CTS) tidak berjaya apabila Mahkamah Tinggi memutuskan penjualan tiket berpusat tidak melanggar Seksyen 15 dan 16 Akta SPAD 2010...

Entah apa yang tak kena dengan pelaksanaan CTS di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehinggakan lapan pengusaha bas berkenaan mahu membawa isu berkenaan ke mahkamah..hasilnya, Hakim Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan tindakan SPAD dan Syarikat Maju Tmas Sdn Bhd tidak menyalahi undang-undang..

Inilah akibatnya bila bertindak melulu, pihak mahkamah pula memutus plaintif, sekumpulan pengusaha bas berkenaan untuk membayar kos sejumlah RM 10,000 kepada dua defenden, Maju Tmas Sdn Bhd dan SPAD..tak memasal kena keluar duit...

Jika dibuat tinjauan rawak pasti semua bersetuju dengan kaedah penjualan tiket yang beroperasi di TBS..apa tidaknya, semua kaunter ada menjual pelbagai tiket..kita tidak perlu tertumpu kepada satu kaunter untuk dapatkan mana-mana tiket pengusaha bas..ia lebih memudahkan semua..

Tambahan pula, sekarang ini banyak kaedah telah diperkenalkan untuk membeli tiket...selain sistem pembelian tiket berpusat (CTS), pengguna juga boleh mendapatkan tiket di kiosk tiket dengan memasukkan duit di mesin berkenaan..selain itu, pengguna juga boleh membeli tiket melalui online yang boleh dirujuk di link SINI...


Untuk rekod, penggunaan kaedah CTS ini telah diperkenalkan di TBS pada 1 Mac 2011 lagi...itu pun nak kata kaedah ini melanggar Akta Persaingan 2010..Sebanyak 87 syarikat bas ekspress menjalankan operasi di TBS..daripada jumlah itu 79 syarikat menyertai sistem CTS..hanya 8 buah syarikat sahaja memilih untuk tidak menggunakan sistem ini..ia bukan paksaan..tetapi untuk menolak sistem yang memudahkan pengguna adalah satu tindakan yang tidak masuk akal..

Berkenaan CTS ini, maklumat peribadi kita seperti nama dan kad pengenalan akan tercatit pada tiket berkenaan..jikalau kita terlupa..petugas kaunter akan memanggil nama kita untuk mengingatkan bas akan berlepas...adakah ini tidak bagus?dah macam kat airport bukan sistem ini..tersusun dan smart..

Syabas SPAD dan syarikat Tmas Sdn Bhd yang telah menjalankan operasi CTS dengan baik..mengikut pengalaman kami.ia menyenangkan semua pihak..tahniah!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA