networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, April 18, 2016

McDonald's Ambil Pelajar Putus Kaki Sebagai Anak Angkat #RMHC...


Masihkah anda ingat seorang pelajar putus kedua-dua belah kakinya akibat terlibat dalam satu kemalangan bulan Januari lalu?setelah 3 bulan berlalu, adik Siti Nuraisyah Syahrin atau nama timanggannya Ecah kini telahpun sambung persekolahan setelah bercuti sakit..

Sejak tragedi hitam yang menimpa dirinya, masyarakat sekitar telah memberi sokongan moral kepada adik Ecah untuk tabah menghadapi dugaan hidup.tak ketinggalan, sekolah Ecah, SMK Bagan Terap tempat adik Ecah sekolah turut memjalankan pembinaan beberapa unit kemudahan bagi memudahkan pergerakan adik Ecah seharian di sekolah..kelas tingkatan 1 di mana adik Ecah belajar turut dipindahkan ke tingkah bawah..

Selepas sebulan bersekolah, adik Ecah menerima khabar pengubat duka apabila restoran makanan segera McDonald's Malaysia telah bersetuju membantu adik Ecah..McDonald's merupakan sebuah organisasi yang bukan hanya menumpukan bidang perniagaan tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat...

Dalam artikel kami sebelum ini, kami telah kongsikan bagaimana McDonald's Malaysia membantu kanak-kanak sumbing, autisme, biasiswa pelajaran dan membina rumah kebajikan Ronald McDonald's (RMHC)..melihat akan kesusahan yang dihadapi oleh adik Ecah, McDonald's Malaysia telah berbesar hati untuk mengambil adik Ecah sebagai anak angkat McDonald's..

Pengambilan anak angkat ini bertujuan memberi dorongan kepada adik Ecah untuk menghadapi dugaan hidup selepas mengalami mimpi ngeri dalam hidupnya..antara bantuan yang telah diberikan McDonald's Malaysia ialah memberi biasiswa berjumlah RM 5,000 untuk membiayai pembelajarannya dari tingkatan satu hingga lima..

Selain itu, McDonald's Malaysia turut menyumbang wang tunai berjumlah RM 2,000, buku-buku rujukan dan ulang kaji bernilai RM 300 serta baucar tunai McDonald's untuk setahun bernilai RM 400...

Memang tujuan McDonald's memberikan senyuman kepada kanak-kanak terpilih yang bernasib malang dalam kehidupan mereka...kami mengharapkan pemberian ini akan memberi motivasi dan memberi rangsangan buat adik Ecah dalam menghadapi ujian dalam kehidupannya..

Berikut kami kongsikan sumbangan McDonald's kepada masyarakat dalam artikel-artikel kami yang lalu..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA