networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, April 27, 2016

PANAS!!!Pengerusi @SPADChannel Dedah Strategi Pemandu Teksi Lawan UBER..@AduanSPAD


UBER, rata-rata pemandu teksi bila ditanya tentang perkhidmatan ini pasti mereka mengatakan ia mengganggu periuk nasi mereka..antara alasan sinonim pemandu teksi ialah, UBER tidak membayar sewa itu ini..tiada lesen PSV..SPAD tidak bertindak dan macam-macam lagi persepsi negatif...

Sebenarnya alasan ini hanya nak tutup kelemahan mereka sendiri..mereka fikir dengan menyalahkan pemandu UBER maka dapat menutup segala kelemahan dalam diri mereka...buat pemandu-pemandu teksi tahukah anda, masyarakat mula memandang serong terhadap anda?

Bukan kerana UBER..tetapi sikap anda sendiri menyebabkan masyarakat memilih teksi sebagai pilihan terakhir untuk menaiki kenderaan awam..masyarakat mula membenci anda kerana melakukan demonstrasi ditengah-tengah ibu kota semata-mata mahu luahkan perasaan..apakah anda tidak memikir perasaan pengguna jalan raya yang lain?

Antara kes yang kerap dilakukan pemandu teksi ialah tidak mengguna meter..memanipulasi meter..mengenakan cas melampau kepada pelancong..kenderaan berbau rokok..pakaian pemandu teksi tidak kemas..mengutuk dasar-dasar kerajaan seolah-olah anda saja yang betul..

Apalagi pemandu teksi mahu?bantuan tayar sudah diberi..tambang sudah dinaikkan tetapi masih lagi kedengaran kes pemandu seleweng penggunaan meter..ini bukan saya cakap..tetapi bukti daripada hasil operasi penyamaran yang dilakukan SPAD..pemandu UBER juga ada ditangkap kerana tidak mempunyai lesen PSV...

Tinjauan online yang dilakukan SPAD mendapati 80 peratus orang awam lebih suka menggunakan perkhidmatan UBER dan GrabCar, berbanding dengan teksi..isu pemandu teksi meroyan ini sudah lama dalam pengetahuan Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar..

Tan Sri berkata ketika Syarahan Umum Akademi SPAD (PLS) pada Isnin lalu "Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,” 

Menurut Tan Sri Syed, "terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,"

Respon Pengerusi SPAD jelas, UBER tidak menjanjikan keselamatan dan tiada daftar pemandu..malah SPAD juga ada membuat operasi mengesan pemandu-pemandu UBER..ini menunjukkan pendirian SPAD terhadap UBER..semua ini masih dalam peringkat perbincangan samada mahu menjadikan UBER didaftar mengikut undang-undang atau sebeliknya...

Belum apa-apa keputusan keluar lagi, pemandu teksi sudah mendakwa SPAD membela UBER..jika inilah minda pemandu teksi eloklah penumpang berfikiran menggunakan teksi sebagai pengangkutan terakhir..ubahlah sikap pemandu teksi oi!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA