networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, April 13, 2016

Permit VEP Akan Dilaksanakan Tahun Ini!!Satu Langkah Memerangi Sindiket Kereta Klon & Saman Kenderaan Asing..


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa Permit Masuk Kenderaan bagi kenderaan luar negara akan dilaksanakan pada tahun ini..Ia merupakan satu petanda baik untuk memastikan beberapa masalah kenderaan asing di negara kita dapat diselesaikan..

Sekarang ini apa yang kita tahu, banyak kes sindiket kereta Klon berlaku di negara kita..kenderaan yang berlainan tetapi no plat yang sama..masalah ini berlaku ekoran kenderaan luar tidak mendaftar di Malaysia..sebab itulah kita tengok kenderaan asing umpanya daripada Singapura memandu sesuka hati di lebuh raya kita..

Mereka tahu tidak ada tindakan bakal dikenakan sekiranya mereka tidak membayar saman yang dikenakan..jikalau pelaksanaan VEP dilaksanakan maka setiap kenderaan yang masuk ke Malaysia akan didaftarkan dan sebarang saman akan direkodkan..ini merupakan satu langkah baik yang dilakukan kerajaan bagi membasmi masalah tidak bertamadun pemandu negara luar..

Dalam pada itu, kerajaan negeri Johor dan Singapura menyambut baik cadangan mengenakan VEP ini..

Liow berkata "Masih terdapat beberapa isu dengan ia, tetapi mendakwa bahawa ia akan "pasti" datang pada tahun ini. Saya tidak mahu mengumumkan tarikh sebenar untuk pelaksanaan VEP, tetapi ia pasti akan menjadi tahun ini. Kami juga telah mendapat sokongan yang baik daripada Singapura mengenai isu ini"

Kerajaan negeri Johor memalumkan paling cepat siste VEP ini dapat dilaksanakan pada Jun tahun ini..pelaksanaan VEP ini perlu dilaksanakan segera memandangkan cadangan ini sudah banyak kali tertangguh..ia memberi kebaikan kepada negara bagi membasmi kesalahan jalan raya oleh kenderaan negara luar..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA