networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, April 26, 2016

#PRNSarawak : DAP PKR PAS Mereput Sesama Sendiri...PAN Hanya Parasit Dalam Pakatan Harapan...

TAK SAMPAI SETENGAH TAHUN, PAKATAN HARAPAN SUDAH HANCUR?



9 Januari 2016 bertempat di Shah Alam telah menyaksikan satu Perjanjian Pakatan Harapan ditandatangani antara PKR, DAP dan PAN.

Dalam Fasal 1: Keputusan Bersama:

1.2 Segala keputusan bersama adalah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Jika keputusan bersama secara konsensus telah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti. Sebarang pelanggaran kepada keputusan itu boleh disifatkan sebagai pelanggaran perjanjian ini yang perlu diputuskan mengikut kaedah yang dihuraikan di dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan. 

Dalam FASAL 5: Piliharaya telah menyatakan bahawa:

5.2: Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat. Calon tersebut akan dipilih oleh parti masing-masing yang diberi kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam pilihanraya tersebut.

5.4 Sebuah Jawatankuasa Pilihanraya bertanggungjawab merundingkan agihan kerusi bagi setiap pilihanraya di antara ketiga-tiga parti bagi membantu Majlis Presiden membuat
keputusan seperti di dalam Fasal 5.3. Jawatankuasa Pilihanraya dianggotai oleh Pengarah Pilihanraya dari setiap parti dan wakil-wakil lain yang dilantik oleh parti masing-masing mengikut jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Presiden. 

5.5 Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.

5.6 Sebarang pertikaian mengenai pembahagian kerusi di mana-mana peringkat di bawah Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya akan dibincangkan dan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden.

Dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan pula menyatakan bahawa:

7.2 Sekiranya tindakan yang dibuat oleh satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara di dalam Perjanjian Pakatan Harapan ini dan keputusan bahawa tindakan itu melanggar Perjanjian Pakatan Harapan telah dipersetujui secara bersama
oleh kesemua parti yang lain di dalam Pakatan Harapan, kesemua parti lain itu secara sebulat suara berhak membuat keputusan untuk menggugurkan keanggotaan parti yang membuat tindakan yang melanggar Perjanjian Pakatan Harapan itu dari Pakatan
Harapan.

7.3 Status Pakatan Harapan sebagai sebuah muafakat politik di antara parti-parti hanya boleh diumumkan oleh Majlis Presiden.

Penamaan calon di Sarawak pada hari ini jelas telah menunjukkan bahawa terdapat percanggahan antara parti politik di dalam Pakatan Harapan. Majlis Presiden yang kononnya menentukan pembahagian kerusi untuk Pilihanraya jelas gagal untuk membahagikan kerusi dengan baik sehinggakan terdapat 9 kerusi DAP bertembung dengan PKR iaitu di:

1. N19 Mambong - DAP vs PKR
2. N21 Tebedu - DAP vs PKR
3. N23 Bukit Simunja - DAP vs PKR
4. N32 Simanggang - DAP vs PKR
5. N49 Ngemah - DAP vs PKR
6. N66 Murum - DAP vs PKR
7. N70 Samalaju - DAP vs PAS
8. N75 Senadin - DAP vs PKR
9. N78 Mulu - DAP vs PKR

Kebebalan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan pengagihan kerusi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 ini secara langsung menunjukkan bahawa dokumen perjanjian mereka ini langsung tidak dihormati dan langsung tidak mencerminkan perdirian mereka yang kononnya mereka berjuang untuk rakyat.

Menurut Fasal 7.2 pula jelas menyatakan bahawa jika terdapat satu parti secara jelas telah melanggar MANA-MANA perkara di dalam Perjanjian 'Sampah' Pakatan Harapan maka parti tersebut boleh digugurkan keahlian di dalam Pakatan Harapan.

Sekarang ini, pertikaian 9 kerusi antara DAP dan PKR telah menunjukkan bahawa kedua-dua parti ini secara tidak langsung telah melanggar perjanjian mereka sendiri dan perlu digugurkan keahlian di dalam Pakatan Harapan.

Apabila persetujuan gagal diperoleh Majlis Presiden dalam menentukan apa-apa jua keputusan, maka Pakatan Harapan sudahpun terkubur!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA