networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, April 10, 2016

Rayani Tidak Boleh Gantung Sendiri Operasi & Perlu Fahami Makna Patuh Syariah!


Syarikat penerbangan Rayani Air yang menggunakan slogan Patuh Syariah terpaksa berhadapan saat paling sukar apabila terpaksa menggantung operasi mereka dengan alasan memberi laluan penstrukturan semula syarikat itu..

Syarikat penerbangan tambang murah Rayani Air hanya berusia 110 hari tetapi menghadapi berbagai masalah kerana terpaksa menangguh dan membatalkan penerbangan mereka..klimaks daripada insiden demi insiden pembatalan penerbangan, juruterbang syarikat itu melancarkan mogok tidak mahu membuat penerbangan menyebabkan Rayani Air terpaksa mengantjng operasi mereka..

Hasil penelitian kami, punca juruterbang mogok kerana Syarikat berkenaan gagal membayar gaji mereka seperti ditetapkan..berkenaan insiden ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar surat penggantungan operasi sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air pada esok (Isnin).

Pengantungan ini ekoran kegagalan Rayani Air memenuhi syarat DCA..Rayani tidak dibenarkan untuk menggantung perkhidmatan mereka sendiri tanpa sebarang permohonan..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan rasa kesal dengan syarikat Rayani yang menggantung operasi mereka sendiri tanpa permohonan kepada DCA..

Liow turut kesal kerana kegagalan Rayani untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat..apa tidaknya, iklan punyalah gah tetapi operasi kerap kali tangguh..ini tidak baik untuk syarikat penerbanhan yang baru berusia setahun jagung..

Apapun bagi kami, perjalanan Rayani Air masih panjang..kami memuji tagline Rayani Air iaitu patuh syariah dari aspek pakaian, makanan dan tanpa alkohol namin skop pemahaman patuh syariah bukan setakat itu sahaja.,pengertian patuh syariah lebih luar yang mana perlh mematuhi masa..mematuhi janji..bekerja secara efektif...dan perlu memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada penumpang..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA