networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, April 17, 2016

SAME Bantu 50 Syarikat Tempatan Luaskan Produk Makanan Halal Ke China..


Kerajaan akan memberi bantuan kepada 50 syarikat tempatan yang akan meneroka pasaran Halal di China..kita lihat pentadbiran DS Najib Razak amat menggalakkan usahawan tempatan memasarkan produk dalam industri makanan dan minuman halal ke negara China memandangkan peluang pulangan yang amat besar sehingga mencecah berbillion ringgit...

Usaha ini telah diamanahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong yang mana telah melancarkan Program perintis dalam membawa 50 syarikat Malaysia meneroka pasaran Halal di China..

Kesemua galakan 50 syarikat ini dilaksanakan dibawah program Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME), iaitu sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri..apa yang menariknya di sini, kesemua 50 usahawan industri kecil sederhana ini akan meneroka pasaran halal yan mempunyai potensi sebanyak 26 juta penduduk Islam di negara tersebut...

Menurut Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong "Misi dagangan 10 hari ke Xian, Mongolia dan Qing Hai itu dibuat selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara SAME, Perbadanan Pembangunan Halal dan Bank China untuk membangunkan perdagangan halal dengan China"

"Malaysia dalam kedudukan baik untuk memanfaarkan statusnya sebagai perintis dalam pembangunan standard halal di seluruh dunia"katanya lagi..

Pemilihan produk makanan halal untuk di pasarkan ke negara China adalah pilihan yang amat tepat memandangkan banyak peluang pasaran di China dengan jumlah permintaan sebanyak 26 juta orang iaitu jumlah itu hampir sama dengan populasi penduduk di Malaysia..

Itu masyarakat Islam sahaja..peluang pemasaran lebih besar daripada di negara kita sendiri...peluang ini seharusnya dimanfaatkam sebaiknya oleh syarikat-syarikat terlibat..kerajaan dah beri bantuan banyak..syarikat-syarikat terlibat tidak perlu mencari sendiri peluang pasaran..semuanya dibantu...

Lihatlah betapa prihatinnya kerajan kita membantu syarikat meluaskan pasaran perniagaan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA