networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, April 24, 2016

@SPADChannel Buka Cawangan Baru Di Seremban Memudahkan Urusan Penduduk Negeri Sembilan!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuka satu lagi Pejabat SPAD di Cawangan Seremban..pembukaan tersebut amat baik memandangkan populasi penduduk di kawasan Seremban semakin bertambah..ramai masyarakat menganggap Seremban tempat strategik untuk membeli rumah terutamanya yang bekerja di Kuala Lumpur..

Seremban dan Kuala Lumpur bukan tidaklah jauh mana memandangkan kemudahan lebuh raya PLUS kini semakin baik dengan mempunyai lima lorong..tambahan pula kemudahan Bas antara bandar Seremban - Kuala Lumpur yang diperkenalkan SPAD telah menggalakkan penempatan penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur..ditambah pula diskaun 30% yang telah diberi SPAD menggalakkan penguna menggunakan pengangkutan awam..

Tambahan pula, kini bandar Seremban sudah berkembang dengan wujudnya bandar baru Seremban 2 dan Seremban 3...jadi pembukaan cawangan baru SPAD di Seremban amatlah bertepatan memandangkan keperluan penduduk di sini terhadap pengangkutan awam amat menggalakkan..

Semasa pembukaan operasi 18 April 2016 lalu, seramai 20 orang pelanggan terawal dan bertuah telah menerima cenderamata dari pihak SPAD..Antara wakil-wakil persatuan yang hadir pada hari tersebut adalah Naib Pengerusi Persatuan Kereta Sewa (En Mohamad), Bendahari Persatuan Kereta Sewa (En Silvaraja), dan Setiausaha Persatuan Bas Sekolah Seremban (En Mahadi)...

Bagi yang ingin membuat sebarang urusan di pejabat cawangan SPAD Seremban, anda boleh ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Cawangan Seremban, Lot 1-06, Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato Muda Linggi, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel No : 06 - 761 6936 Faks : 06 - 761 6937
Waktu Operasi Isnin - Khamis (8.00 pg - 1.00 ptg) & (2.00 ptg - 5.00 ptg), Jumaat (8.00 pg - 12.15 tgh hr) & (2.45 ptg - 5.00 ptg)

Waktu Nombor Terakhir
Isnin - Khamis (4.00 ptg)
Jumaat (12.15 tgh hr) & (4.00 ptg)




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA