networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, April 8, 2016

@SPADChannel Selaras Semula Laluan BAS Henti-Henti #DemiRakyat!!!


Sepertimana yang telah dijanjikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mana mahu meningkatkan kualiti perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR), kelmarin SPAD mengumumkan penyusunan semula perkhidmatan Bas empat laluan bas koridor Sungai Besi...

Langkah ini diambil bagi menggantikan pengendali bas Metrobus yang sebelum ini menjalankan perkhidmatan di koridor ini gagal mematuhi piawaian minimun..Jadi apa yang dilakukan oleh SPAD ialah menukar pengendali bas yang lebih baik..biarpun ia nampak drastik demi rakyat ianya perlu dilakukan segera bagi mempastikan penambahbaikkan BNR sentiasa dilakukan..

Penambahbaikkan BNR ini melibatkan :


Dalam pada itu, SPAD turut menyelaras semula laluan 502 dari Putrajaya Sentral dan 541 dari LRT Kinrara BK5..

Laluan 502 akan dinamakan dengan laluan 501 yang mana akan beroperasi dari Putrajaya Sentral-KTM Serdang-HAB Lebuh Pudu..Laluan bas ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra bermula jam 6.00 pagi hingga 11 malam..

Bagi laluan 541 dari LRT Kinrara pula, SPAD telah menambah laluan LRT Kinrara BK5 untuk laluan tambahan yang sebelum ini hanya laluan Pangsapuri Enggang-Bandar Putra Permai - KTM sedang..bagi laluan ini, pengendali RapidKL akan mengambil alih dengan tempoh operasi bermula 6.00 pagi hingga 11 malam...

Jangan terkejut dengan kenyataan BNR yang sentiasa menambahbaik laluan..ia semua dilakukan demi rakyat..tidak sesekali mahu menyusahkan rakyat..keutamaan sebenar SPAD ialah rakyat..sebab itulah SPAD amat menitik beratkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam..

Apa yang menajadi garis ukuran SPAD ialah pengendali perlulah mempastikan KPI tercapai iaitu kekerapan penggunaan bas meliputi tahap yang ditetapkan dan kapasiti bas mampu menampung penumpang..perubahan ini berkuatkuasa semalam 7 April 2016..

SPAD akan pastikan setiap perkhidmatan awam perlu mematuhi KPI yang telah ditetapkan.jika tidak memenuhi piawaian, SPAD tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan termasuk menggugurkan kontrak..syabas SPAD!!!

Sebarang aduan boleh hubungi SPAD di talian 1-800-88-7723, atau email kepada aduan@spad.gov.my atau mengubungi mereka melalui media sosial www.facebook.com/SPAD.my  dan  Twitter  -  @aduanSPAD  dan  @SPADchannel...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA