networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, April 1, 2016

Tok Pa Beri Pengiktirafan Terhadap McCafe Di #MIHAS2016


Bermula 30 Mac hingga esok 2 April, McDonald's Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2016 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur..

MIHAS ini dianjurkan bagi mengiktiraf produk halal tempatan yang mempunyai potensi besar untuk diketengahkan ke pasaran halal antarabangsa. Selain itu, ia juga menjadi wadah penggerak motivasi usahawan produk halal tempatan..mereka boleh melihat sendiri usaha syarikat luar dan dalam negara yang berjaya...

Penglibatan McDonald's dalam MIHAS ini merupakan satu pengiktirafan buat McDonald's yang dikenali amat mementingkan penjagaan status kualiti makanan yang halal..Pada MIHAS ini, McDonald's menampilkan produk mereka McCafe yang menawarkan produk minuman berasaskan kopi berkualiti dan pan kek..

Selama tiga hari MIHAS berlangsung, gerai McCafe mendapat sambutan hangat apabila telah dikunjungi pemimpin-pemimpin negara iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya Datuk Ahmad Maslan..Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi turut tidak ketinggalan melawat gerai McCafe...

Di bawah ini kami kongsikan gambar kunjungan orang ramai ke gerai McCafe..





Pendekatan McDonald's menampilkan produk McCafe telah membuka peluang permintaan pasaran memandangkan tidak semua Restoran McDonald's mempunya McCafe..McCafe ini amat istimewa kerana status halalnya tidak perlu diragui lagi..setiap biji kopi mendapat kelulusan dan pengiktirafan halal oleh JAKIM..

Di bawah ini kami sertakan salah satu bukti pengiktirafan Halal oleh Jakim terhadap produk McCafe.


Para pembaca boleh merujuk artikel kami yang lalu di SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai McCafe..rasai sendiri keunikan biji kopi asli di McCafe..anda pasti terpesona..tidak lengkap jika minum sahaja tanpa menikmati pan cake yang ditawarkan di McCafe...

Selamat berkunjung ke McCafe...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA