networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, April 11, 2016

#YangKlasik #YangHangat #YangGempak Kempen Terbaru Burger McDonald's Tampil Keterujaan Tersendiri!!!!


Jenama McDonald's sudah tidap perlu diperkenalkan lagi, seluruh rakyat Malaysia mengetahui label jenama antarabangsa dengan hanya melihat logo berbentuk M sahaja..namun, McDonald's tidak pernah mengabaikan promosi mereka biarpun produk mereka sudah terkenal..inilah strategi pemasaran supaya jenamanya sentiasa relevan berbanding pesaing-pesaing yang lain...

Sebelum ini, McDonald's telah melakukan promosi memperkenalkan produk baru mereka McCafe yang menawarkan minuman kopi serta pan kek..ia ternyata mula mendapat tempat di hati pelanggan..mereka mengetahui untuk menembusi pasaran yang telah dimonopoli sesebuah syarikat bukannya perkara mudah..strategi pemasaran disamping penawaran produk yang lebih berbaloi mampu menyaingi pesaing yang selama ini memonopoli pasaran..umpamanya produk minuman kopi oleh Starbucks..ia bukan halangan dan ternyata McCafe kini mempu menyaingi kopi dengan selera yang tersendiri..

Baru-baru ini McDonald's Malaysia telah melancarkan kempen pemasaran untuk tiga jenama burger yang sebelum ini telah dikenali..Siapa tidak kenal burger McChicken, Chicken McDeluxe dan Grilled Chicken Burger...ianya tidak menghalang McDonald's untuk mempromosikan produk sedia ada agar ia kekal releven..

Menampilkan slogan tersendiri, McDonald's telah memperkenalkan kempen ‘Yang Klasik!’ – McChicken, ‘Yang Hangat!’ – Spicy Chicken McDeluxe dan ‘Yang Gempak!’ – Grilled Chicken Burger.

Ia dilancarkan dalam satu majlis penghargaan media..McDonald's mengiktiraf para penggiat media yang selama ini membantu mengukuhkan jenama mereka bertempat di McDonald Mutiara Damansara pada Selasa April 5, 2016..

McDonald's mempunyai 36,000 restoran dengan anggaran pelanggan sebanyak 69 juta pelanggan di 100 negara setiap hari..Di Malaysia, McDonald's telah bertapak sejak tahun 1982 lagi..jika dilihat daripada sejarah mereka, pengalaman memang amat luas bagi McDonald's untuk menyusur selok belok dunia perniagaan..

Berkenaan kempen Burger McDonald's yang terkini, kami kongsikan peneltian slogan ‘Yang Klasik!’, ‘Yang Hangat!’ dan ‘Yang Gempak!’

‘Yang Klasik’! 

McChicken diberi jolokan klasik kerana melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. Antara menu burger paling awal diperkenalkan, ia sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut, ditambah pula salad dan juga mayonis. 

‘Yang Hangat’! 

McDonald’s turut memiliki satu lagi koleksi burger ayam yang cukup popular, tak lain tak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe! Rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera! 

‘Yang Gempak’! 

Masih ingat dengan burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja, GCB? Peminat GCB jangan gusar lagi, GCB kini kembali dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald’s! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga!

Kami kongsikan gambar kemeriahan majlis melancarkan kempen burger terbaru oleh McDonald's baru-baru ini...


The models with the burgers ‘Yang Klasik’, ‘Yang Hangat’ and ‘Yang Gempak’

Melati Abdul Hai, Corporate and Marketing Senior Director, McDonald’s Malaysia and Azmir Jaafar, Managing Director, McDonald’s Malaysia with the models
Mini Gourmet Burgers

Dengan terlancarkan slogan baru McDonald's, ia akan lebih segar dihati peminat biarpun burger-burger tersebut telah sekian lama bertapak di Malaysia...

1 comment:

MBAH JAYA WARSITO said...









Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kem***-m*** tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN D*** GHOIB

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA