networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, May 31, 2016

Mukhtamar PAS : Pemimpin PAS Berpakaian Macam Nak Pergi NIKAH!!!

0 comments

Pemimpin-pemimpin PAS berjaya memecahkan tradisi PAS apabila berpakaian seakan mahu pergi menikah..mungkin ini yang sedang dirasakan oleh pemimpin PAS selepas bercerai dengan komponen Pakatan Pembangkang..

Pakaian seperti ini menunjukkan PAS semacam nak tunjukkan mereka lebih MELAYU daripada UMNO..apapun tahniah PAS kerana telah berubah bahawa pentingnya bangsa MELAYU dalam perjuangan anda!!!

Tak sabar nak tengok gaya PAN pula..adakah mahu memakai pakaian seperti tok kadi ataupun hanya bercelana oren...aku tak berminat nak serang PAS sangat manalah tahu kalau ditakdirkan bersatu dengan UMNO suatu hari nanti..

Yang penting hancur PAN PKR DAP!!!!




Friday, May 27, 2016

Kluang Man Ditahan Kerana Hina TMJ...Agen DAP Rupanya...

0 comments

Kluan Man yang mencetuskan kontroversi apabila menghina TMJ sebagai 'babi' yang sudah pandai pakai topi dan memegang garfu ditahan polis ekoran mesej berunsur menghina TMJ...patutlah benci sangat dengan institusi beraja..DAP punya orang rupanya...bawah berita lanjut...

Johor Bahru: Polis Johor manahan seorang lelaki yang menggunakan identiti Kluang Man@The Kluang Man atau nama sebenarnya Muhammad Masyhur Bin Abdullah selepas mengeluarkan mesej bertujuan menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi laman sosial Twitter pada 23 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, berikutan perkataan yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim, suspek ditahan di Jalan Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada jam 10.50 pagi.

Katanya, suspek didapati memuatnaik penghantaran mesej terbabit dalam akaun Twitter dan di bawa ke Johor Bahru untuk siasatan lanjut.

"Tindakan menahan suspek susulan laporan polis dibuat ekoran penghantaran mesej berbentuk jelik pada jam 10.30 pagi 23 Mei lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, turut dirampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim.

Suspek yang juga Penolong Setiausaha DAP Bukit Bintang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, suspek akan direman pagi ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan.

"Polis Johor ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menghantar mesej jelik yang menyusahkan dan menyakiti orang," katanya - JohorKini

TMJ Terima Jemputan Hadiri Persidangan 'World Football Summit 2016' Satu Pengiktirafan Buat Kelab JDT & Malaysia..

0 comments

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor telah menerima jemputan untuk menghadiri persidangan antarabangsa 'World Football Summit 2016' bagi membincangkan perkara-perkara mengenai industri bolasepak yang akan diadakan di Madrid, Sepanyol pada 27hb dan 28hb Oktober 2016. Seminar tersebut disertai oleh kelab-kelab utama gergasi bolasepak serata dunia seperti Juventus, Real Madrid, Barcelona CF, Bayern Munich, Manchester United, AC Milan dan lain-lain lagi. Ini satu sejarah dan penghormatan terhadap kelab Johor Darul Ta'zim menerima jemputan, berjumpa dan berbincang mengenai industri bolasepak bersama-sama kelab ternama dunia.

Berikut adalah antara isi kandungan surat jemputan tersebut: 

"Sebagai Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, ia merupakan satu penghormatan besar buat kami sekiranya anda dapat menyertai kami semasa sidang 'World Football Summit 2016' kerana kami yakin kehadiran anda pasti akan meningkatkan lagi kualiti acara kami dan membantu pembangunan bola sepak di Malaysia dan Asia." 

----- 

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR RECEIVES HIGHEST RECOGNITION BY GETTING INVITED TO ATTEND WORLD FOOTBALL SUMMIT 2016 HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, has been invited to attend the World Football Summit 2016 to discuss matters related to the football in Madrid, Spain on October 27th & 28th 2016. The conference will also be attended by football giants around the world such as Juventus, Real Madrid, Barcelona CF, Bayern Munich, Manchester United, AC Milan and many more. It is historic and a huge honour for Johor Darul Ta'zim FC to be invited, meet and discuss football matters with world-famous clubs. 

Here's an excerpt from the invitation letter: 

"As the Owner of Johor Darul Ta'zim Football Club (FC), we would consider it a great honor if you could join us during the World Football Summit 2016 as we are certain your presence will enhance the quality of our event and help football development in both Malaysia and Asia."

Usaha Murni McDonald's Terhadap Golongan Kanak-Kanak, Guru dan Masyarakat Tidak Boleh Disangkal Lagi!

0 comments

Pada entry kali ini, kami ingin kongsikan sebahagian daripada sumbangan McDonald's kepada masyarakat di Malaysia..ia menidakkan bahawa McDonald's Malaysia menyalurkan sumbangan mereka kepada negara Israel..itu jelas fitnah bagi menjatuhkan kredibiliti McDonald's yang selama ini memberi khidmat sosial kepada masyarakat di negara kita...

Serangan terhadapa McDonald's di Malaysia dilakukan pihak bertanggungjawab dari segala aspek..baik dari segi keuntungan disalurkan ke Israel sehinggala status halal restoran itu yang memberi tanggapan yang salah kepada penggemar restoran di seluruh negara..

Tujuan pihak yang tidak bertanggungjawab ini hanya menjadikan McDonald's Malaysia sebagai kambing hitam untuk menghalalkan niat mereka sebagai menunjukkan kemarahan kepada Israel..dari awal lagi kami pihak kami berpegang bahawa tuduhan tersebut tidak tepat dan telah banyak dijawab oleh kami sebelum ini berkaitn McDonald's di SINI yang mana kami telah labelkan dalam label MCDONALD'S...

Kami amat sedih bilamana masyarakat lebih mempercayai fitnah dan rekaan cerita kerana perasaan marah terhadap serangan Israel terhadap Palestin...dipihak kami memang sepatutnya kita memarahi serangan Israel terhadap bumi Islam Palestin..tetapi menuduh McDonald's sebagai banker yang melancarkan serangan kepada Palestin adalah tidak tepat...

Daripada jenama McDonald's dunia sehinggalah rangkaian McDonald's Malaysia, mereka tidak pernah menyalurkan kewangan untuk tujuan menyerang Palestin..cabaran kami jika benar McDonald's menyumbang kepada bantuan ketenteraan Israel sila lampirkan carta kewangan yang diakui bahawa McDonald's menyalurkan kewangan mereka untuk tujuan ketenteraan...

Sehingga ke hari ini, pihak berkenaan tidak melampirkan satupun audit daripada McDonald's yang mengesahkan sejumlah wang disalurkan kepada ketenteraan Israel..serangan terhadap McDonald's bukan perkara baru..ia telah dilakukan sekian lama..ia menjadi hangat bilamana setiap kali Israel menyerang Palestin..

Di negara kita, McDonald's Malaysia menyalurkan kewangan mereka untuk pengurusan..Disamping itu, tidak sesekali McDonald's turut memberikan bantuan khidmat komuniti mereka untuk rakyat Malaysia..dalam erti kata lain, keuntungan turut dirasai oleh rakyat Malaysia..

Banyak bantuan telah diberikan McDonald's kepada rakyat...melalui Rumah Kebajikan Ronald, McDonald's menjalankan khimat mereka untuk mengembalikan senyuman kepada kanak-kanak yang istimewa dan bantuan biasiswa kepada pelajar yang layak turut diberikan...selain itu, McDonald's turut menjalankan khidmat komuniti kepada masyarakat melalui penajaan ceramah agama, mengagihkan keuntungan kepada zakat dan memberi bantuan kepada masyarakat yang ditimpa bencana...

Bulan Mei ini, bulan meraikan peranan dan menghargai jasa Guru..bersempena hari guru tahun ini yang disambut di Sabah peringkat Kebangsaan, Malaysia turut terlibat dalam menghargai jasa guru..menyediakan 2,000 set McChicken dan Orange bowl sempena hari guru..lebih menarik tahun ini, McDonald's Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan tokoh motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk mengadakan seminar khusus untuk para guru..

Seminar motivasi ini telah mendapat kerjasama daripada JPN dan PPD terpilih..Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah akan menyampaikan ceramah beremakan "Memperkasakan Guru sebagai Inspirasi Kecemerlangan Pelajar" bakal menyuntih roh pendidik kepada guru untuk terus bersemangan..Ceramah ini akan dilaksanakan di Johor Bahru, Kuala Terengganu, Seberang Prai, Shah Alam dan Ampang...

Sebagai sebuah restoran keluarga, McDonald's akan terus berbakti kepada masyarakat..susah kita nak cari restoran yang melaksanakan usaha-usaha bakti sosial di negara kita..terima kasih McDonald's...

Di bawah ini kami kongsikan, sebahagian penglibatan McDonald's dalam memberi khidmat komuniti kepada masyarakat...












Thursday, May 26, 2016

Calon SPM Kerja Sambilan Di McDonald's Untuk Bantu Keluarga..Tahniah Sabil!!

0 comments

Setiap pagi Muhammad Nur Sabilillah Bin Kaharudin atau nama singkatan Sabil akan ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain..tahun ini Sabil akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..Jadi Sabil perlu belajar lebih kuat..pelajar SMK Dato' Onn, Batu Pahat ini tidak seperti rakan-rakannya yang lain..kudrat anak muda ini perlu dikerah lebih berbanding rakan-rakan...

Tepat jam 2.00 petang Sabil balik sekolah..waktu tengah hari ini kebiasaannya pelajar-pelajar akan mengambil masa untuk tidur bagi mengembalikan tenaga yang telah keluar pada waktu sekolah..namun tidak pada Sabil..waktu balik sekolah merupakan peluangnya untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah...

Selepas Asar Sabil sudah bersiap-siap untuk pergi kerja..tatkala rakan-rakan yang lain bermain bola dan beriadah, anak muda ini mengerah kudrat untuk bekerja..

Restoran McDonald's di Batu Pahat merupakan tempat Sabil mencari rezeki untuk membantu keluarga..bayangkan seorang pemuda baru berusia 17 tahun sudah memikirkan untuk membantu keluarga...kadang Sabil bekerja membuat burger..kadang membersihkan sisa kotoran..itu semua pengalaman yang mematangkannya...

Kami bertanya kepada Sabil, mengapa memilih McDonald's untuk kerja sambilan..jawapannya McDonald's merupakan sebuah organisasi yang sangat fleksibel..mereka memahami keadaan seorang pelajar sekolah..pihak pengurusan McDonald's membuatkannya selesa untuk bekerja..

Setiap sesi persekolahan baru akan bermula, Sabil akan membawa adiknya ke kedai baju sekolah untuk menyediakan kelengkapan untuk adiknya...Sabil seronok dapat membelikan adiknya pakaian sekolah dan membantu keluarga..bapanya mebuay kerja-kerja kampung dan ibu nya mengambil upah menjaga anak membuatkan anak muda ini lebih beddikari..

Anak kedua daripada tiga beradik ini amat bertanggungjawab..bekerja untuk membantu keluarga..prinsip hidupnya membuatkan kami rasa bangga...di waktu lapang, Sabil menghabiskan waktu dengan sukan memanah...dia berguru dengan Cikgu Khatam iaitu guru sekolah rendahnya di SK Gambut...

Setelah 7 bulan bekerja di McDonald's, Sabil pernah terlibat dengan khidmat sosial yang dijalankan McDonald's yang mana memberi minuman kepada masyarakat di kawasan rekreasi Tasik Y...Sabil mengemari aktiviti khidmat sosial seperti ini, pada bulan April lalu McDonald's ada membuat 'outing' ke Sunway membersihkan Rumah Orang Tua..tetapi Sabil tidak boleh sertai kerana belum cukup 6 bulan bekerja..

Bila ditanya apakah McDonald's menjadi peluang masa depan kepadanya, Sabil menjawab ya dan tidak kisah bekerja asalkan rezeki yang halal...siapa tahu suatu hari nanti Sabil akan menjadi orang penting dalam organisasi McDonald's...itu semua takdir Allah SWT..jika Allah hendak katakan jadi maka jadilah...

Tahniah Sabil..nasihat kami, seimbangkan pelajaran dan kerjaya...berikut beberapa keping gambar Sabil ketika berkhdimat di McDonald's...





Ketua DAP Johor 'Otak Udang' Report Jalan Rosak Di Facebook?

0 comments

Inilah level pemikiran pemimpin DAP Johor dari Kluang..nampak jalan rosak buat aduan di Facebook..jika beginilah level perangai wakil rakyat lebih elok suruh saja mat gian jadi wakil rakyat...

Sekurang-kurangnya mat gian ambil cangkul tambak tanah...macam ini punya level pun boleh jadi wakil rakyat..kononnya satu tarikan baru grafiti di atas jalan...

Soalnya kenapa sakit hati sangat DAP dengan hasil kreatif anak tempatan membuat lukisan di dinding sekita Kluang?apakah DAP ada kaitan dengan kes vandalisme yang merosakkan hasil grafiti di Kluanh..kita nak tuduh pun tiada bukti...

Seeloknya Chin Tong jangan memalukan diri sendiri...dia lebih tahu bagaimana saluran yang betul untuk membaiki infrastruktur...setakat YB Facebook baik letak jawatan sahaja!!!



Disaat Tun M Menyerang @NajibRazak dan BN, Pakatan Tak Semena-Mena Pula Yang Mereput...Rahmat Disebalik Ujian Allah SWT...

1 comments

Sejak keputusan PRN Sarawak, malang buat Pakatan bertimpa-timpa..Rafizi baru-baru ini mendedahkan bahawa salah laku dan rasuah seks menjadi-jadi dalam parti politik itu..kita tunggu sahaja berani kah Rafizi untuk mendedahkan perkara-perkara curang yang berlaku dalam kepimpinan pakatan pembangkang...

Bagi kami ianya hanya modal untuk mengugut sahaja..mereka tidak akan berani mendedahkan..betul atau tidak habuan seks itu hal no dua...cumanya jika berlaku Rafizi ditendang Pakatan janganlah BN menagih harapan kepada Rafizi kononnya dia mempunyai senjata sulit menjahanamkan pakatan..belajarlah daripada kes Ezam..berapa juta kotak rahsia yang dia telah dedahkan?kita ditipu bulat-bulat sahaja..

Belum pun reda dengan kes rasuah seks...Anwar pula dari penjara memberi signal amaran buat pemimpin PKR agar tidak mudah terpedaya dengan mainan Tun Mahathir...Anwar ternyata berang dengan sikap pemimpin pembangkang yang lebih mengagungkan Tun M berbanding dirinya sendiri...

Biarpun Tun makin galak menyerang Najib dan BN..dalam kita tak sedar pakatan pula yang mereput...apakah sebenarnya ini salah satu langkah menyelamatkan negara daripada pakatan...itu hanya andaian...sepatutnya berlaku, bila Tun menyerang Najib dan BN...pakatan akan lebih kuat dan BN akan mereput..tetapi sebaliknya pula berlaku...

PRK yang akan menyusul tidak lama lagi sudah membuktikan betapa pakatan sekarang makin rosak...PAN yang berusia setahun jagung hendak menyekolahkan PAS yang jauh lebih senior dari mereka..dalam sinitron ini, DAP kita lihat tak ada pula mahu campur tangan..mereka tahu, dalam kalangan mereka ada pemimpin sampah yang merosakkan perjuangan pakatan...menghina pemimpin PKR...mengutuk PAS...

Dalam pada itu BN kita lihat semakin kukuh...biarpun TUN M dan Muhyiddin berkempen untuk menjatuhkan Najib..sebenarnya dalam ujian ALLAH SWT telah memberi rahmat buat BN...kemenangan besar di Sarawak bukti betapa kedudukan BN semakin kukuh menjelang PRU 14...

Andailah terjadinya penyatuan PAS dan BN..sure Pakatan akan retak menunggu belah..

Saturday, May 21, 2016

@SPADChannel Jalankan Panel Inkuiri Siasat Kes Kemalangan Tren KTMB!!!

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengotakan janji mereka apabila akan menjalankan panel inkuiri terhadap insiden yang melibatkan tren Elektric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bahru yang berlaku pada 7 Mei lalu...

Hasil siasatan sebelum ini terhadap ujian air kencing mendapati pemandu tren bebas daripada pengaruh dadah...panel ini ditubuhkan bagi menyiasat punca boleh berlakunya kemalangan tersebut..

Dalam kejadian tersebut, seramai 10 penumpang cedera dalam kejadian melibat dua tren milik KTMB bertembung sesama sendiri selepas melalui Stesen Batang Kali..

Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur dan tren ETS enam gerabak dari ibu negara menuju ke Ipoh, Perak...

Kedua-dua tren dan kereta api berkenaan membawa seramai 510 penumpang..mujul tiada kemalangan melibatkan nyawa terkorban berlaku..kejadian seperti ini mengejutkan semua pihak lebih-lebih lagi KTMB kerana melibatkan 2 tren mereka..

Untuk makluman, Panel Inkuiri tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institusi Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik...

Hasil laporan siasatan awal oleh KTM Berhad akan dibentangkan..Panel Inkuiri akan mengenal pasti punca insiden itu berlaku...kebarangkalian kemungkinan kesilapan untuk mengikut prosedur merupakan elemen yang akan diberi tumpuan..

Panel tersebut turut akan menyemak tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan yang akan dikenalpasti ketika inkuiri dijalankan..semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak akan diminta untuk hadir memberi keterangan.....

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD)..Mengikut pengalaman SPAD, siasatan untuk kes seperti ini akan mengambil tempoh masa selama tiga bulan...

Malaysia - Arab Jalin Kerjasama Program Latihan Penerbangan Awam..syabas @NajibRazak @LiowTiongLai

0 comments

Malaysia sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi..kali ini dua negara berkenaan akan menjalani program Latihan Penerbangan Awam..

Semua ini termeterai apabila DS Liow Tiong Lai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) ketika lawatan sempena Perhimpunan Agung Arab Civil Aviation Commission’s (ACAC) ke-23..

Menurut DS Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media berkata "kami yakin bahawa perkongsian yang saling menguntungkan ini akan membuka jalan bagi kerjasama dalam penerbangan awam, yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan"

Kerjasama ini akan mengalakkan perkongsian pengetahuan di kalangan negara-negara di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)...

"Dari kepakaran teknikal untuk pembangunan kemahiran yang diperlukan ditetapkan, khusus MTCP dijalankan oleh Akademi Penerbangan Malaysia (MAVA) akam menawarkan peserta di lokasi, termasuk pensijilan padang terbang, keselamatan landasan dan keselamatan penerbangan." kata Liow lagi..

Lawatan ini dikira sebagai lawatan yang membuahkan hasil apabila perbincangan bersama Menteri Pengangkutan Arab Sulaiman Al-Hamdan untuk menhukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya dalam sektor kereta api dan penerbangan...

Kerjasama Malaysia dan Arab sejak kebelakangan ini semakin baik selain urusan Haji, Malaysia turut diberi kepercayaan untuk mengendali perkhidmatan kereta api dan terkini untuk program latihan penerbangan awam...

Biarpun ramai penyokong pembangkang mengutuk Arab kerana pemberian dana sebanyak 2.6 billion ia tidak sedikitpun menjejaskan hubungan baik dua kerajaan...sama-sama kita mengharapkan kerjasama dua negara ini akan terus kekal terjalin...


Friday, May 20, 2016

McDonald's Beri Biasiswa Kepada Pelajar Sekolah Salah Satu Khidmat Sosial Mulia!

0 comments

Ramai yang tidak mengetahui bahawa McDonald's ada memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah dalam usaha mereka memberi khidmat sosial..

Dalam entry kami sebelum ini, telah kami kongsikan betapa McDonald's menitik beratkan kebajikan sosial untuk golongan kanak-kanak...menyediakan rumah Kebajikan Ronald McDonald House Charities (RMHC) kepada keluarga dari luar Kuala Lumpur untuk rawatan anak mereka di Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan UKM dengan kadar RM 5.00 semalam..melalui RMHC juga, McDonald's menaja kos rawatan sumbing bagi anak-anak terpilih untuk mengembalikan senyuman mereka...

RMHC turut menawarkan program "Ronald McDonald's Sensory Room (RMSR)" untuk kanak-kanak yang mengalami kelembapan fikiran..

Susah kita hendak mencari sebuah organisasi berorientasikan keuntungan memberi bantuan khidmat sosial kepada masyarakat khususnya kanak-kanak..apa yang menariknta mengenai biasiswa RMHC ini, ialah mereka akan memberi biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang..menurut sumber, pada tahun 2016, McDonald's akan memilih 6 orang pelajar sekolah disetiap negeri untuk diberi biasiswa...

Biasiswa RMHC Tunas Wawasan peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 2001 dimana mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia...

Program Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar pintar dari keluarga berpendapatan rendah...dengan pemberian biasiswa ini kesempitan kewangan dapat diringankan serta menggalakkan mereka cemerlang dalam pelajaran.pemberian biasiswa ini meliputi bantuan seperti buku-buku atau bahan bacaan, pakaian seragam, alat tulis serta lain-lain keperluan..

Pemberian biasiswa ini dibahagika kepada tiga kategori yang mana anda boleh rujuk sepertimana gambar di bawah:


Pemberian biasiswa ini tidak dilakukan suka-suka..terdapat kriteria yang harus dipenuhi sebelum seseorang pelajar itu layak ditawarkan biasiswa..berikut adalah kriteria-kriterianya :
  1. Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016. Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
  2. Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  3. Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
  4. Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
  5. Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
  6. Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.
Apa yang menariknya mengenai program pemberian biasiswa RMHC ini, setiap peajar tajaan RMHC McDonald's ini perlu mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh pihak McDonald's..semua pelajar tajaan akan dijemput untuk menghadiri perjumpaan bersama di restoran McDonald's terpilih..disamping itu, mereka akan dibawa mengikuti pengalaman langsung dibelakang kaunter restoran McDonald's..pelajar-pelajar ini dari awal lagi telah didedahkan dengan suasana belakang tabir restoran..

Baru-baru ini McDonald's turut menawarkan biasiswa kepada pelajar yang kehilangan kedua belah kakinya akibat terlibat kemalangan selepas pulang sekolah...boleh rujuk artikel kami di SINI

Syabas kami ucapkan kepada pihak McDonald's atas inisiatif mulia ini...semoga pemberian biasiswa ini akan diteruskan...


#KVMRT Sungai Buloh - Kajang (SBK) Bakal Jadi Pilihan Pengangkutan Pelajar 17 Buah Sekolah Setiap Hari!!!

0 comments

Kami ingin kongsikan satu berita menarik berkaitan pengangkutan awam MRT yang dibina oleh MMC-GAMUDA..sekarang ini pembinaan MRT untuk laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) dalam fasa ujian dimana pihak GAMUDA meletakkan beg pasir didalam MRT tersebut untuk memastikan kualiti pembinaan selamat dan mencapai tahap yang diinginkan..

Jika telah siap nanti, projek MRT laluan SBK ini mampu membawa penumpang seramai 1,200 dalam satu-satu masa dan mampu beroperasi selama 120 jam tanpa henti..mengenai laluan Sg Buloh - Kajang (SBK) ini, apa yang menarik perhatian kami ialah laluan yang dibina akan melalui 17 buah sekolah..ia pastinya akan menjadi salah satu pengangkutan awam pilihan pelajar di laluan berkenaan...

17 buah sekolah tersebut ialah :
1) SJK (T) Saraswathy
2) Sri KDU International School
3) SMK Bandar Utama Damansaea (4)
4) Sekolah Menengah Stella Maris
5) SJK (C) Jalan Davidson
6) SMJK (C) Confucian
7) Victoria Institution
8) SMK Cochrane Perkasa
9) SMK Cochrane
10) SMK Yaacob Latig
11) SK Yaacob Latif 1 & 2
12) SMK Convent Jalan Peel
13) SK Seri Cheras
14) SK Convent
15) SM Convent
16) SK Jalan Bukit 1
17) SMK Jalan Bukit



Sepanjang laluan Sg Buloh - Kajang, MRT tersebut akan melalui lapan hentian iaitu Sg Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Merdeka, Cochrane, Maluri, Stadium Kajang dan Kajang...

Apa yang pasti kemudahan ini akan memudahkan pergerakan pelajar untuk ke sekolah tanpa perlu menghadapi kesesakan teruk lalu lintas setiap pagi...ibu bapa pastinya dapat menghela sedikit nafas lega berikutan pembinaan projek ini kerana mereka boleh menjimat masa pagi mereka daripada menghadapi kesesakan untuk menghantar anak..disebalik itu, keselamatan pelajar juga akan lebih terjamin dengan menggunakan pengangkutan awam seperti ini berbanding menunggang motosikal...

Pastinya pembinaan kemudahan awam seperti ini dinanti-nantikan rakyat kerana mampu meningkatkan kualiti kehidupan mereka..syabas!!!

Malaysia Jadi Perintis 'ASEAN International Eco-City' & Projek Islamik 'Jendela ASEAN' Halal Hub Di China!! Syabas @WeeKaSiongMP!!!

0 comments
Pengurusan Kumpulan Farlim China mengambil gambar bersama dengan rombongan perdagangan PKS dari Malaysia. (5 dari kiri) Hamidon Hamzah (Pengurus Besar HDC), Liu JiXi (Setiausaha Parti Daerah QiHe), Ir. Lawrence Low (Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong), dan Lim Chuan Boon (Pengurus Besar Farlim Group China)
Malaysia menjadi perintis negara ASEAN bagi satu projek mega yang mana akan dibina di sebuah kawasan berkeluasan 10 ribu KM persegi di daerah QiHe, Bandar Satelit Jinan, Shandong, China..Projek ini dinamakan sebagai ASEAN International Eco-City..

Apa yang menarik mengenai projek ini ialah, tokoh perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Lim Giat Tong telah melabur sebanyak RM 9 billion untuk projek ini..ia adalah satu pelaburan yang amt berani yang melbatkan pelaburan yang amat besar..namun sehingga setakat ini, projek ini telah menarik ramai konglomerat dari negara ASEAN yang lain..

Mengikut perancangan, projek 'ASEAN International Eco-City' berlandaskan kepada budaya-budaya 10 negara ASEAN..Kemudahan yang terdapat di bandar ini akan meliputi Pusat Antarabangsa Kebudayaan Negara ASEAN, hotel resort spa bertaraf lima bintang, pusat persidangan, kemudahan perubatan dan penjagaan kesihatan, pusat penjagaan warga emas, zon perdagangan bersepadu ASEAN, perumahan kondominium mewah serta taman sukan dan rekreasi..

Projek ini turut membangunkan pembangunan yang menggabungkan perumahan, hiburan, rekreasi dan penjagaan kesihatan di bawah satu bumbung..kiranya akan ada satu bandar ASEAN di negara China, betapa bijaknya perancangan ini..dengan hanya pergi ke bandar 'ASEAN International Eco-City, QiHe anda seolah-olah berada di 10 buah negara ASEAN..semuanya ada di sini..

Untuk perancangan awal ini, projek mega ini akan dimulkan ditanah keluasan 17.3 hektar dan jumlah kawasan pembinaan lebih daripada 470,000 meter persegi yang dinamakan projek "Jendela ASEAN"..projek permulaan ini akan dianggarkan sebanyak RM 1.5 billion..

'Jendela ASEAN' ini akan mengkhususkan kepada pusat Hab Halal (Halal Hab)..menurut Lim, orang Islam merupakan populasi terbesar di kawasan tersebut dan jumlah masyarakat Islam di kawasan itu melebihi jumlah umat Islam di negara Malaysia..jadi adalah amat tepat perancangan 'Jendela ASEAN' ini mengkhususkan projek Halal Hub dibawah projek besar 'ASEAN International Eco-City'..

Inilah template yang dikatakan Dr Wee sebelum ini yang mana akan mengumpulkan IKS tempatan untuk membuka perniagaan halal hub di negara China..dengan permintaan yang besar pastinya projek Halal Hub ini akan berjaya dibawah projek 'ASEAN International Eco-City'..dengan galakan dan bantuan kerajaan China, ia memudahkan perancangan membina empire baru ASEAN dan Halal Hub di negara tembok besar China itu...

Syabas kami ucapkan!!!

Berinteraksi dengan rombongan perdagangan dari Malaysia. No.2 dari kiri: Chew Kian Seng (Penasihat Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs SAME), Hamidon Hamzah (Pengurus Besar HDC), Ir. Lawrence Low (Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong), Liu JiXi (Setiausaha Parti Daerah QiHe) dan Lim Chuan Boon (Pengurus Besar Farlim Group China).

Wednesday, May 18, 2016

Penumpang Tidak Dibenarkan Naik & Turun Disepanjang Laluan Jalan Tun Tan Cheng Lock / Jalan Tun Sambanthan!! @SpadChannel @AduanSPAD

0 comments

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Tun Sambanthan berhampiran Stesen LRT Pasar Seni, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan larangan kepada pemandu-pemandu bas yang kerap menurunkan dan mengambil penumpang dilaluan tersebut berkuatkuasa 7 Mei 2016..

Larangan ini dikhususkan kepada syarikat-syarikat iaitu : 
1) Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur Sdn. Bhd.
2) Suasana Edaran Sdn. Bhd
3) North South Speed Sdn. Bhd.
4) Syarikat Kenderaan Bahau Sdn. Bhd.

Walaupun pengumuman ini memberi sedikit kesukaran kepada penumpang tetapi sedarlah bahawa antara faktor laluan berkenaan sesak teruk ialah aktiviti naik dan turun penumpang di laluan berkenaan terlalu kerap...memandangkan jalan berhampiran kawasan Pasar Seni tersebut hanya 2 lorong, jika bas berhenti kesesakan laluan trafik akan berlaku dan ia menyukarkan pengguna-pengguna lain..

SPAD telah menetapkan aktiviti menurunkan penumpang mestilah ditempat yang sesuai dan selesa serta tidak mengganggu laluan trafik iaitu di Pudu Sentral yang mana keselamatan penumpang lebih terjamin...

Mungkin ada yang tidak selesa dengan pengumuman ini namun hakikatnya keputusan dibuat menjaga kepentingan dan keselamatan semua pihak..

Berikut ialah kenyataan rasmi oleh SPAD berkenaan hal ini:


Benarkah Surat @AnwarIbrahim Yang Menunjukkan Kekesalan Kerjasama PKR Dengan Mahathir?

0 comments

Beberapa hari lepas, tersebar satu tulisan tangan yang didakwa daripada Anwar Ibrahim yang memaparkan kerisauan terhadap pemimpin-pemimpin PKR..ramai pemimpin PKR kini memuja kewibawaan Tun M kononnya mahu bersama menyelamatkan Malaysia..

Dengan sokongan untuk menjatuhkan DS Najib Razak, Tun M sanggup melakukan apa sahaja sehingga meminta pertolongan daripada musuh-musuhnya sebelum ini..jikalau benar surat tersebut dari Anwar, ini menunjukkan bertapa Anwar lebih konsisten dengan pendiriannya tidak sebulu dengan Tun M sejak dipecat lagi...

Kem PKR pastinya tengah berkecamuk sama ada mahu meneruskan sokongan kepada Anwar atau beralih kepada Mahathir...


Monday, May 16, 2016

Tema Hari Guru #RockOoo Viral..Terbaik Guru SMK Aminuddin Baki!!!SMK Gunung Rapat Pula Dapat Nama?!!!

1 comments

Dalam banyak-banyak tema hari guru yang kami lihat di media maya, tema Rock Ooo menarik perhatian banyak pihak..banyak facebooker memviralkan gambar-gambar guru berpakaian rock di hari guru...

Namun kami mendapati ada sedikit kesilapan apabila facebook menulis kumpulan guru berpakaian tema Rock Ooo itu dari SMK Gunung Rapat..yang sebenarnya bukan di SMK Gunung Rapat tetapi SMK Aminuddin Baki, Johor Baru..

Kami menjalankan penelitian dan mendapati akaun instagram @SAB_JB memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis hari guru siang tadi..harap media memperbetulkan alamat sekolah tersebut kepada SMK Aminuddin Baki Johor Bahru...

Kami memuji guru-guru di sekolah tersebut apabila tampil dengan cara unik diluar kotak fikiran seorang guru biasa..

Itulah guru, gayanya menjadinjenaka membuatkan pelajar rasa mesra...

SELAMAT HARI GURU!!!



Sunday, May 15, 2016

#PRKSgBesar : MCA Suara Kesediaan Bantu Kempen UMNO...

0 comments

MCA berjanji akan membantu kempen calon UMNO di PRK Sungai Besar bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kerusi yang dimenangi Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon pada PRU 13 lalu...

Itu jaminan yang diutarakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi membantu mengekalkan penguasaan BN..Kerusi Parlimen Sg Besar diisytiharkan kosong kerana kematian penyandang selepas helikopter yang dinaiki arwah terhempas di Sarawak ketika Datuk Norian membantu kempen PRN yang lalu...

DS Liow berkata "Kami telah mengadakan mesyuarat mengenai PRK Sungai Besar dan akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon daripada UMNO"

"Kami akan turun padang mendapatkan sokonhan rakyat bagi memastikan masa depam dan pembangunan untuk negara"kata DS Liow lagi..

Daripada apa yang disuarakan Liow menunjukkan betapa MCA mempunyai semangat setiakawan yang kuat untuk membantu parti UMNO..ia menunjukkan ukhuwah yang terjalin sejak merdeka dulu kekal mantap sehingga kini..

Benar kata orang musuh dari pakatan tidak sebahaya musuh dalam selimut sendiri...ia benar-benar terjadi kepada UMNO ketika ini yang menyambut ulang tahun ke-70 tahun ini..lihat sahaja betapa tindak tanduk bekas presiden UMNO Tun M yang cuba menghancurkan UMNO dari dalam...

Biarpun Tun sudah keluar parti tetapi cara serangannya seolah-olah mahu memupuskan UMNO dimuka bumi ini...alasan menjatuhkan Najib memang tidak masuk akal tidak menjejaskan UMNO..itu hanya alasan menghalalkan cara...

Sepatutnya semua anggota dan pemimpin UMNO terutamanya Pro Tun bersatu untuk memenangkan BN sebagaimana dilakukan MCA yang lebih bersungguh-sungguh daripada pemimpin UMNO Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal..mereka bertiga harus rasa malu dengan sikap mereka yang masih lagi blurr dengan status 1MDB..

SPR menetapkan penamaaan calon pada 5 Jun manakala pengundian awal 14 Jun..untuk rekod, pada PRU 13, Allahyarhamah berjaya menewaskan calon PAS, Mohammed Salleh M Hussin denhan majoriti 399..

Syabas MCA atas semangat setiakawan ini!

Saturday, May 14, 2016

TERKINI!!!Sultan Titah JDT Cuti Jika Menang Piala FA...

0 comments

Akhirnya Sultan Johor mengumumkan besok JDT cuti jikalau memenangi Piala FA malam ini..terdahulu KSU mengumumkan tiada cuti tetapi pandagan berbeza disuarakan oleh Sultan Johor...terima kasih Tuanku!!!

Sumber BH :
Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada esok jika pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini. Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi. "Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti). "Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengejutkan!!!Tiada Cuti Jika JDT Juara Piala FA...

0 comments

Cakap-cakap orang ramai mahukan cuti jikalau JDT menang Piala FA malam ini namun pengumuman yang baru di buat oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim mengejutkan ramai apabila mengumumkan tiada sebarang cuti diumumkan...

Penyokong di stadium dinasihatkan pulang berhati-hati kerana esok tetap kerja..dipihak kami, kami berasa kasihan kepada semua penyokong yang bertandang ke Stadium Shah Alam dari Johor..

Sepatutnya cuti perlu diberikan kerana faktor keselamatan dan jauh untuk ke Shah Alam...harap ada perubahan akan berlaku selepas tamat perlawanan nanti!sama-sama kita berdoa...

Macai Tun M Sasau Merosakkan Mood Final Piala FA Kempen Sokong tun M...

0 comments

Masih tak ubah-ubah perangai puak macai sasauan Tun M ni..sehinggakan ke Stadium pun mahu mempolitikkan perjuangan Tun M yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri...sudah-sudahlah nak jadi pencacai untuk situa Tun tu...

Tindakan ini hanya menghancurkan BN dan bukan membuatkan BN semakin kuat..penyokong situa Tun M selama ini hanya dimain-mainkan sahaja oleh Parti Pakatan konon mahu sokong tukar YAB PM Najib Razak dari Perdana Menteti..

Tapi tahukah anda perjuang DAP bukan hanya mahu menukar PM tetapi mahu tukar kerajaan...Tun dah tua..dia dah tak ada apa mahu dikejar lagi..semua dah ada...nanti bila DAP berkuasa jangan pula menyesal dikemudian hari...

Friday, May 13, 2016

Sistem Maybank Tergendala 14 & 15 Mei Ini...

0 comments

Maybank memaklum segala perkhidmatan berkaitan ATM akan tergendala pada 14 dan 15 Mei ini berikutan penyelenggaraan sistem oleh Maybank...di sebabkan hal ini semua pelanggan dinasihatkan menyelesaikan urusan sebelum tarikh berkenaan...

Serpihan #MH370 Dijumpai, Satu Perkembangan Positif Kepada Usaha Pencarian Pesawat Malang...@NajibRazak @LiowTiongLai

0 comments

Tanda tanya mengenai misteri kehilangan pesawat malang MH370 hampir terungkai apabila Pasukan Penyiasat Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia membuat kesimpulan bahawa penemuan dua keping serpihan yang dijumpai di Afrika Selatan dan pulau Mauritius di Rodrigues adalah konsisten dengan panel pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 (MH370)..

Rumusan mengenai penemuan ini mengukuhkan laporan awal yang di umum YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak iaitu pesawat malang itu berakhir di lautan hindi...sejak dua tahun kehilangan pesawat tersebut, banyak negara telah memberi bantuan bagi mengesan bangkai pesawat malang itu namun tiada penemuan dicatatkan..

Dengan penemuan ini setidak-tidaknya telah meredakan keadaan dan menjawab bermacam spekulasi yang mendakwa ianya disembunyikan oleh Amerika..pengesahan mengenai penemuan enjin cowling dengan separa logo Rolls-Royce dan sekeping panel dalaman dari kabin pesawat telah dilakukan oleh pakar antarabangsa di Australia..


Ini bermakna penemuan ini seragam dengan laporan penemuan serpihan di Mozambique pada Mac lalu...laporan ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai..dalam satu kenyataan media sebelum ini, Liow mengumumkan Malaysia tidak akan putus asa menjalankan misi pencarian sehingga pesawat malang tersebut dijumpai..

Setakat ini lebih daripada 105,000 kilometer persegi kawasan pencarian telah diliputi oleh pasukan pencarian yang mana Malaysia mendapat kerjasama erat negara Australia dan China dalam usaha pencarian ini..

Biarpun pasawat sebenar belum ditemui, namun dengan penemuan ini kita dapat menghela sedikit kesyukuran bahawa ada tanda-tanda pesawat itu akan ditemui..dalam kenyataan media tersebut, Liow menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Geosains Australia dan Boeing dalam menjalankan misi mengesan MH370...

Sama-sama kita berdoa agar MH 370 dijumpai sedikit masa lagi..setidak-tidaknya dengan pengumuman ini ia akan memberi sedikit kelegaan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat...



Wednesday, May 11, 2016

Nabil Rosli Pekerja OKU McDonald's Berjiwa Besar..Suara Hasrat Bertemu Awie & Meminati JDT dan Messi...

0 comments

Sejak beberapa hari ini, heboh kisah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bekerja di McDonald's Puncak Alam, Selangor..nama Crew berkenaan ialah Muhammad Nabil Bin Rosli dengan nama panggilan Nabil..

Melihat gambar-gambar yang tersiar di lama sosial membuatkan kami ingin mengetahui dengan lebih dekat insan istimewa berjiwa besar ini..Nabil sebenarnya bukan orang OKU yang kebiasaan kita lihat...dia berjiwa besar dan sungguh luar biasa..itu kata-kata pertama kami bila mengetahui ceritanya..

Nabil mengidap penyakit Cerebral Palsy, namun disebalik penyakit yang dihidapinya dia seorang yang aktif dalam sukan..bola sepak, futsal dan lumba lari antara sukan kegemarannya..menurut pengurus Nabil, dia seperti lipas kudung dan kuat stamina..bila bermain futsal, orang lain sudah bersilih ganti bermain Nabil tetap steady..

Kami mengucapkan syabas kepada Restoran McDonald's kerana menerima orang seperti Nabil menjadi sebahagian keluarga besar McDonald's..mengikut data, McDonald's mempunyai seramai 90-100 orang pekerja OKU yang mana 70% bekerja separuh masa dan 30% sepenuh masa di seluruh negara..McDonald's turut menjalankan kerjasam bersama beberapa organisasi untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU antaranya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) – Selangor dan Kuala Lumpur di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysian Care Training Centre, Cheras, United Voice, Petaling Jaya, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), PERKESO menerusi program Return to Work (RTW) dan Job Coach Network Malaysia.

Golongan OKU seperti Nabil seharusnya diberi tempat dalam pasaran pekerjaan supaya mereka ini tidak terus terpinggir oleh masyarakat..bagi kami Nabil seorang yang hebat kerana dia mampu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat..sikapnya yang peramah dan pembersih membuatkan restoran McDonald's cawangan Puncak Alam mempunyai tarikan tersendiri...

Nabil meminati penyanyi rock tanah air Awie dan berhajat benar untuk menemui penyanyi itu satu hari nanti...diharapkan permintaan Nabil ini mendapat perhatian Awie..kami yakin penyanyi rock tanah air itu akan menemui Nabil suatu hari nanti..disamping itu, Nabil turut meminat pasukan Juara Piala AFC iaitu JDT dan pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi..

Bawah ini kami kongsikan beberapa keping gambar Nabil :












ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA