networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, May 8, 2016

Calon Pilihan DS @LiowTiongLai, Dr Sim Kui Hian Tumbangkan Calon DAP Di Dun Batu Kawah N14 #PRNSarawak Dengan Bergaya!!!


Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional telah mendapat mandat penuh semangat oleh rakyat Sarawak apabila memenangi PRN Sarawak ke-11 dengan penuh bergaya..Barisan Nasional telah memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan...10 kerusi yang tumpas memihak kepada DAP 7 dan PKR 3..satu lagi sahabat Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara ibarat bertandang ke Sarawak makan angin apabila tidak ada seorang calon pun yang menang..parti PAN yang baru ditubuh awal-awal lagi telah mereput di Sarawak...


Dalam PRN kali ini, DAP mencatatkan kemerosotan mendadak apabila kehilangan 5 kerusi dan rata-rata kerusi yang dimenangi mereka turut mencatatkan kemerosotan jumlah majoriti..dalam keputusan tersebut apa yang menarik ingin kami kongsikan ialah Calon bagi Dun Batu Kawah, Datuk Dr Sim Kui Hian..

Dr Sim merupakan calon pilihan DS Liow Tiong Lai dari awal lagi..ketika tempoh berkempen lagi DS Liow awal-awal lagi mengatakan Dr Sim merupakan calon yang harus diberi peluang kerana sumbangannya mencadang Pusat Jantung sehingga tertubuh Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Kota Samarahan.

Cadangan itu dibuat ketika DS Liow menjawat jawatan Menteri Kesihatan..menurut DS Liow ketika berkempen untuk Dr Sim:
"Semasa saya menjadi menteri kesihatan, beliau (Dr Sim) mencadangkan kepada saya mengenai penubuhan pusat jantung itu. Hasil cadangan beliau, rakyat Sarawak kini tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan jantung.
"Oleh itu, Batu Kawah memerlukan wakil rakyat yang komited dalam membantu rakyat seperti Dr Sim," katanya . 
Hasilnya, rakyat Sarawak telah menterjemahkan sokongan padu kepada Dr Sim yang mana telah mengalahkan calon DAP, Christina Chew Wang See dengan majoriti 2,085 undi..ini barulah wakil rakyat, mempunyai jasa kepada rakyat setempat..bukannya datang ke tempat orang cuba bawa politik kebencian ke Sarawak...

Strategi Sarawak ternyata satu kesilapan besar..Sarawak untuk Sarawak..Syabas Team Adenan!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA