networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, May 26, 2016

Calon SPM Kerja Sambilan Di McDonald's Untuk Bantu Keluarga..Tahniah Sabil!!


Setiap pagi Muhammad Nur Sabilillah Bin Kaharudin atau nama singkatan Sabil akan ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain..tahun ini Sabil akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..Jadi Sabil perlu belajar lebih kuat..pelajar SMK Dato' Onn, Batu Pahat ini tidak seperti rakan-rakannya yang lain..kudrat anak muda ini perlu dikerah lebih berbanding rakan-rakan...

Tepat jam 2.00 petang Sabil balik sekolah..waktu tengah hari ini kebiasaannya pelajar-pelajar akan mengambil masa untuk tidur bagi mengembalikan tenaga yang telah keluar pada waktu sekolah..namun tidak pada Sabil..waktu balik sekolah merupakan peluangnya untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah...

Selepas Asar Sabil sudah bersiap-siap untuk pergi kerja..tatkala rakan-rakan yang lain bermain bola dan beriadah, anak muda ini mengerah kudrat untuk bekerja..

Restoran McDonald's di Batu Pahat merupakan tempat Sabil mencari rezeki untuk membantu keluarga..bayangkan seorang pemuda baru berusia 17 tahun sudah memikirkan untuk membantu keluarga...kadang Sabil bekerja membuat burger..kadang membersihkan sisa kotoran..itu semua pengalaman yang mematangkannya...

Kami bertanya kepada Sabil, mengapa memilih McDonald's untuk kerja sambilan..jawapannya McDonald's merupakan sebuah organisasi yang sangat fleksibel..mereka memahami keadaan seorang pelajar sekolah..pihak pengurusan McDonald's membuatkannya selesa untuk bekerja..

Setiap sesi persekolahan baru akan bermula, Sabil akan membawa adiknya ke kedai baju sekolah untuk menyediakan kelengkapan untuk adiknya...Sabil seronok dapat membelikan adiknya pakaian sekolah dan membantu keluarga..bapanya mebuay kerja-kerja kampung dan ibu nya mengambil upah menjaga anak membuatkan anak muda ini lebih beddikari..

Anak kedua daripada tiga beradik ini amat bertanggungjawab..bekerja untuk membantu keluarga..prinsip hidupnya membuatkan kami rasa bangga...di waktu lapang, Sabil menghabiskan waktu dengan sukan memanah...dia berguru dengan Cikgu Khatam iaitu guru sekolah rendahnya di SK Gambut...

Setelah 7 bulan bekerja di McDonald's, Sabil pernah terlibat dengan khidmat sosial yang dijalankan McDonald's yang mana memberi minuman kepada masyarakat di kawasan rekreasi Tasik Y...Sabil mengemari aktiviti khidmat sosial seperti ini, pada bulan April lalu McDonald's ada membuat 'outing' ke Sunway membersihkan Rumah Orang Tua..tetapi Sabil tidak boleh sertai kerana belum cukup 6 bulan bekerja..

Bila ditanya apakah McDonald's menjadi peluang masa depan kepadanya, Sabil menjawab ya dan tidak kisah bekerja asalkan rezeki yang halal...siapa tahu suatu hari nanti Sabil akan menjadi orang penting dalam organisasi McDonald's...itu semua takdir Allah SWT..jika Allah hendak katakan jadi maka jadilah...

Tahniah Sabil..nasihat kami, seimbangkan pelajaran dan kerjaya...berikut beberapa keping gambar Sabil ketika berkhdimat di McDonald's...





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA