networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, May 8, 2016

#ISBSF Pelan Bantuan Pengangkutan Awam Terbaik Demi Rakyat Marhaen!!!Ia Perlu Dikekalkan @NajibRazak @SPADChannel @AduanSPAD


Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita pengumuman syarikat bas Transnasional melalui anak syarikat mereka Cityliner yang mengambil keputusan menghentikan operasi bas henti-henti di 19 laluan di Kelantan atas alasan tidak menguntungkan dan kos operasi yang semakin meningkat..

Isu pengendali bas tidak untung dan kos meningkat sudah lama kita dengar berkumandang, oleh sebab itulah kerajaan kepimpinan DS Najib Razak telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi kepada pengendali bas agar perkhidmatan bas henti-henti ini terus beroperasi..program ini diwujudkan di bawah satu inisiatif di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang dipanggil Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) yang mana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah diberi kepercayaai mengendalikan perkhidmatan ini..

Apa yang dilakukan kerajaan ketika mengambil keputusan melaksanakan ISBSF adalah atas tujuan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna biarpun tidak menguntungkan..kerajaan pimpinan Najib sudah kita sedia maklum akan memberi bantuan kepada golongan pendapatan bawah RM3,000 atau bahasa mudah keperluan ekonomi gololongan yang memerlukan...lihat sahaja bantuan BR1M, BB1M dan Bantuan Awal Persekolah dan akan datang kenaikan gaji untuk tentera dan kakitagan awam...semua itu diberikan atas dasar mahu memberi bantuan kepada golongan yang lebih memerlukan biarpun keputusan ini mendapat kecaman pro pakatan..

Jika dilihat kepada keuntungan, pemberian bantuan-bantuan tersebut tidak memberi apa-apa keuntungan wang ringgit pun kepada rakyat tetapi atas sebab mahu meringankan beban ianya tetap dilaksanakan tambahan pula kos harga barang semakin meningkat..jadi ianya perlu...malah jumlah bantuan BR1M turut dinaikkan dari tahun ke tahun..analogi seumpama ini sama sepertimana pemberian bantuan ISBSF oleh kerajaan kepada masyarakat...

Bas henti-henti ini kebiasaannya dinaikki oleh golongan kebanyakan yang mahu menjimatkan perbelanjaan harian mereka..malah ada juga yang menggunakan bas henti-henti sebagai pengangkutan utama..biarpun jumlah ini tidak ramai tetapi nikmat bas henti-henti amat dirasai oleh golongan yang tiada kenderaan utama yang mahu ke kawasan yang diingini..

Untuk informasi berkenaan ISBSF ini, tujuan utama pelaksanaannya adalah untuk membantu pengendali bas henti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan yang kurang menguntungkan..Ini sekaligus mengatasi masalah tiada perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan-kawasan yang jarang mempunyai kenderaan awam..

Sejak 3 Januari 2012, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM 470 juta untuk membantu pengendali bas henti-henti untuk terus meneruskan operasi mereka dilaluan yang tidak menguntungkan...SPAD terus membiayai pengendali bas ini menggunakan dana yang disediakan pada 2015..diharapkan bantuan seumpama ini terus disalurkan oleh kerajaan bagi mempastikan operasi Bas henti-henti ini terus dapat dijalankan..

Kami khuatir, jikalau kerajaan menghentikan operasi ISBSF, banyak masalah lain akan timbul..antaranya ialah kos pengangkutan awam untuk laluan tidak popular akan meningkat berkali ganda kerana tiada persaingan..pemandu teksi dan kereta sapu yang tiada lesen PSV akan mengambil kesempatan atas kesempitan yang dilalui rakyat..bukan semua pemandu teksi zalim tetapi yang segelintir yang tidak menggunakana meter inilah merosakkan imej pemandu teksi di Malaysia...

Kami mengharapkan kerajaan pimpinan PM DS Najib Razak akan meneruskan usaha murni ISBSF bagi membantu rakyat marhaen sepertimana bantuan yang diberikan oleh kerajaan BR1M, BB1M, Bantuan Awal Persekolahan...bantuan seperti ini memang tidak menguntungkan pendapatan negara tetapi ianya perlu bagi membantu golongan yang memerlukan..

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA