networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, May 21, 2016

Malaysia - Arab Jalin Kerjasama Program Latihan Penerbangan Awam..syabas @NajibRazak @LiowTiongLai


Malaysia sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi..kali ini dua negara berkenaan akan menjalani program Latihan Penerbangan Awam..

Semua ini termeterai apabila DS Liow Tiong Lai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) ketika lawatan sempena Perhimpunan Agung Arab Civil Aviation Commission’s (ACAC) ke-23..

Menurut DS Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media berkata "kami yakin bahawa perkongsian yang saling menguntungkan ini akan membuka jalan bagi kerjasama dalam penerbangan awam, yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan"

Kerjasama ini akan mengalakkan perkongsian pengetahuan di kalangan negara-negara di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)...

"Dari kepakaran teknikal untuk pembangunan kemahiran yang diperlukan ditetapkan, khusus MTCP dijalankan oleh Akademi Penerbangan Malaysia (MAVA) akam menawarkan peserta di lokasi, termasuk pensijilan padang terbang, keselamatan landasan dan keselamatan penerbangan." kata Liow lagi..

Lawatan ini dikira sebagai lawatan yang membuahkan hasil apabila perbincangan bersama Menteri Pengangkutan Arab Sulaiman Al-Hamdan untuk menhukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya dalam sektor kereta api dan penerbangan...

Kerjasama Malaysia dan Arab sejak kebelakangan ini semakin baik selain urusan Haji, Malaysia turut diberi kepercayaan untuk mengendali perkhidmatan kereta api dan terkini untuk program latihan penerbangan awam...

Biarpun ramai penyokong pembangkang mengutuk Arab kerana pemberian dana sebanyak 2.6 billion ia tidak sedikitpun menjejaskan hubungan baik dua kerajaan...sama-sama kita mengharapkan kerjasama dua negara ini akan terus kekal terjalin...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA