networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 20, 2016

Malaysia Jadi Perintis 'ASEAN International Eco-City' & Projek Islamik 'Jendela ASEAN' Halal Hub Di China!! Syabas @WeeKaSiongMP!!!

Pengurusan Kumpulan Farlim China mengambil gambar bersama dengan rombongan perdagangan PKS dari Malaysia. (5 dari kiri) Hamidon Hamzah (Pengurus Besar HDC), Liu JiXi (Setiausaha Parti Daerah QiHe), Ir. Lawrence Low (Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong), dan Lim Chuan Boon (Pengurus Besar Farlim Group China)
Malaysia menjadi perintis negara ASEAN bagi satu projek mega yang mana akan dibina di sebuah kawasan berkeluasan 10 ribu KM persegi di daerah QiHe, Bandar Satelit Jinan, Shandong, China..Projek ini dinamakan sebagai ASEAN International Eco-City..

Apa yang menarik mengenai projek ini ialah, tokoh perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Lim Giat Tong telah melabur sebanyak RM 9 billion untuk projek ini..ia adalah satu pelaburan yang amt berani yang melbatkan pelaburan yang amat besar..namun sehingga setakat ini, projek ini telah menarik ramai konglomerat dari negara ASEAN yang lain..

Mengikut perancangan, projek 'ASEAN International Eco-City' berlandaskan kepada budaya-budaya 10 negara ASEAN..Kemudahan yang terdapat di bandar ini akan meliputi Pusat Antarabangsa Kebudayaan Negara ASEAN, hotel resort spa bertaraf lima bintang, pusat persidangan, kemudahan perubatan dan penjagaan kesihatan, pusat penjagaan warga emas, zon perdagangan bersepadu ASEAN, perumahan kondominium mewah serta taman sukan dan rekreasi..

Projek ini turut membangunkan pembangunan yang menggabungkan perumahan, hiburan, rekreasi dan penjagaan kesihatan di bawah satu bumbung..kiranya akan ada satu bandar ASEAN di negara China, betapa bijaknya perancangan ini..dengan hanya pergi ke bandar 'ASEAN International Eco-City, QiHe anda seolah-olah berada di 10 buah negara ASEAN..semuanya ada di sini..

Untuk perancangan awal ini, projek mega ini akan dimulkan ditanah keluasan 17.3 hektar dan jumlah kawasan pembinaan lebih daripada 470,000 meter persegi yang dinamakan projek "Jendela ASEAN"..projek permulaan ini akan dianggarkan sebanyak RM 1.5 billion..

'Jendela ASEAN' ini akan mengkhususkan kepada pusat Hab Halal (Halal Hab)..menurut Lim, orang Islam merupakan populasi terbesar di kawasan tersebut dan jumlah masyarakat Islam di kawasan itu melebihi jumlah umat Islam di negara Malaysia..jadi adalah amat tepat perancangan 'Jendela ASEAN' ini mengkhususkan projek Halal Hub dibawah projek besar 'ASEAN International Eco-City'..

Inilah template yang dikatakan Dr Wee sebelum ini yang mana akan mengumpulkan IKS tempatan untuk membuka perniagaan halal hub di negara China..dengan permintaan yang besar pastinya projek Halal Hub ini akan berjaya dibawah projek 'ASEAN International Eco-City'..dengan galakan dan bantuan kerajaan China, ia memudahkan perancangan membina empire baru ASEAN dan Halal Hub di negara tembok besar China itu...

Syabas kami ucapkan!!!

Berinteraksi dengan rombongan perdagangan dari Malaysia. No.2 dari kiri: Chew Kian Seng (Penasihat Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs SAME), Hamidon Hamzah (Pengurus Besar HDC), Ir. Lawrence Low (Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong), Liu JiXi (Setiausaha Parti Daerah QiHe) dan Lim Chuan Boon (Pengurus Besar Farlim Group China).

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA