networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 20, 2016

McDonald's Beri Biasiswa Kepada Pelajar Sekolah Salah Satu Khidmat Sosial Mulia!


Ramai yang tidak mengetahui bahawa McDonald's ada memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah dalam usaha mereka memberi khidmat sosial..

Dalam entry kami sebelum ini, telah kami kongsikan betapa McDonald's menitik beratkan kebajikan sosial untuk golongan kanak-kanak...menyediakan rumah Kebajikan Ronald McDonald House Charities (RMHC) kepada keluarga dari luar Kuala Lumpur untuk rawatan anak mereka di Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan UKM dengan kadar RM 5.00 semalam..melalui RMHC juga, McDonald's menaja kos rawatan sumbing bagi anak-anak terpilih untuk mengembalikan senyuman mereka...

RMHC turut menawarkan program "Ronald McDonald's Sensory Room (RMSR)" untuk kanak-kanak yang mengalami kelembapan fikiran..

Susah kita hendak mencari sebuah organisasi berorientasikan keuntungan memberi bantuan khidmat sosial kepada masyarakat khususnya kanak-kanak..apa yang menariknta mengenai biasiswa RMHC ini, ialah mereka akan memberi biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang..menurut sumber, pada tahun 2016, McDonald's akan memilih 6 orang pelajar sekolah disetiap negeri untuk diberi biasiswa...

Biasiswa RMHC Tunas Wawasan peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 2001 dimana mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia...

Program Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar pintar dari keluarga berpendapatan rendah...dengan pemberian biasiswa ini kesempitan kewangan dapat diringankan serta menggalakkan mereka cemerlang dalam pelajaran.pemberian biasiswa ini meliputi bantuan seperti buku-buku atau bahan bacaan, pakaian seragam, alat tulis serta lain-lain keperluan..

Pemberian biasiswa ini dibahagika kepada tiga kategori yang mana anda boleh rujuk sepertimana gambar di bawah:


Pemberian biasiswa ini tidak dilakukan suka-suka..terdapat kriteria yang harus dipenuhi sebelum seseorang pelajar itu layak ditawarkan biasiswa..berikut adalah kriteria-kriterianya :
  1. Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016. Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
  2. Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  3. Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
  4. Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
  5. Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
  6. Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.
Apa yang menariknya mengenai program pemberian biasiswa RMHC ini, setiap peajar tajaan RMHC McDonald's ini perlu mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh pihak McDonald's..semua pelajar tajaan akan dijemput untuk menghadiri perjumpaan bersama di restoran McDonald's terpilih..disamping itu, mereka akan dibawa mengikuti pengalaman langsung dibelakang kaunter restoran McDonald's..pelajar-pelajar ini dari awal lagi telah didedahkan dengan suasana belakang tabir restoran..

Baru-baru ini McDonald's turut menawarkan biasiswa kepada pelajar yang kehilangan kedua belah kakinya akibat terlibat kemalangan selepas pulang sekolah...boleh rujuk artikel kami di SINI

Syabas kami ucapkan kepada pihak McDonald's atas inisiatif mulia ini...semoga pemberian biasiswa ini akan diteruskan...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA