networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, May 11, 2016

Nabil Rosli Pekerja OKU McDonald's Berjiwa Besar..Suara Hasrat Bertemu Awie & Meminati JDT dan Messi...


Sejak beberapa hari ini, heboh kisah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bekerja di McDonald's Puncak Alam, Selangor..nama Crew berkenaan ialah Muhammad Nabil Bin Rosli dengan nama panggilan Nabil..

Melihat gambar-gambar yang tersiar di lama sosial membuatkan kami ingin mengetahui dengan lebih dekat insan istimewa berjiwa besar ini..Nabil sebenarnya bukan orang OKU yang kebiasaan kita lihat...dia berjiwa besar dan sungguh luar biasa..itu kata-kata pertama kami bila mengetahui ceritanya..

Nabil mengidap penyakit Cerebral Palsy, namun disebalik penyakit yang dihidapinya dia seorang yang aktif dalam sukan..bola sepak, futsal dan lumba lari antara sukan kegemarannya..menurut pengurus Nabil, dia seperti lipas kudung dan kuat stamina..bila bermain futsal, orang lain sudah bersilih ganti bermain Nabil tetap steady..

Kami mengucapkan syabas kepada Restoran McDonald's kerana menerima orang seperti Nabil menjadi sebahagian keluarga besar McDonald's..mengikut data, McDonald's mempunyai seramai 90-100 orang pekerja OKU yang mana 70% bekerja separuh masa dan 30% sepenuh masa di seluruh negara..McDonald's turut menjalankan kerjasam bersama beberapa organisasi untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU antaranya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) – Selangor dan Kuala Lumpur di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysian Care Training Centre, Cheras, United Voice, Petaling Jaya, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), PERKESO menerusi program Return to Work (RTW) dan Job Coach Network Malaysia.

Golongan OKU seperti Nabil seharusnya diberi tempat dalam pasaran pekerjaan supaya mereka ini tidak terus terpinggir oleh masyarakat..bagi kami Nabil seorang yang hebat kerana dia mampu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat..sikapnya yang peramah dan pembersih membuatkan restoran McDonald's cawangan Puncak Alam mempunyai tarikan tersendiri...

Nabil meminati penyanyi rock tanah air Awie dan berhajat benar untuk menemui penyanyi itu satu hari nanti...diharapkan permintaan Nabil ini mendapat perhatian Awie..kami yakin penyanyi rock tanah air itu akan menemui Nabil suatu hari nanti..disamping itu, Nabil turut meminat pasukan Juara Piala AFC iaitu JDT dan pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi..

Bawah ini kami kongsikan beberapa keping gambar Nabil :












No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA