networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, May 18, 2016

Penumpang Tidak Dibenarkan Naik & Turun Disepanjang Laluan Jalan Tun Tan Cheng Lock / Jalan Tun Sambanthan!! @SpadChannel @AduanSPAD


Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Tun Sambanthan berhampiran Stesen LRT Pasar Seni, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan larangan kepada pemandu-pemandu bas yang kerap menurunkan dan mengambil penumpang dilaluan tersebut berkuatkuasa 7 Mei 2016..

Larangan ini dikhususkan kepada syarikat-syarikat iaitu : 
1) Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur Sdn. Bhd.
2) Suasana Edaran Sdn. Bhd
3) North South Speed Sdn. Bhd.
4) Syarikat Kenderaan Bahau Sdn. Bhd.

Walaupun pengumuman ini memberi sedikit kesukaran kepada penumpang tetapi sedarlah bahawa antara faktor laluan berkenaan sesak teruk ialah aktiviti naik dan turun penumpang di laluan berkenaan terlalu kerap...memandangkan jalan berhampiran kawasan Pasar Seni tersebut hanya 2 lorong, jika bas berhenti kesesakan laluan trafik akan berlaku dan ia menyukarkan pengguna-pengguna lain..

SPAD telah menetapkan aktiviti menurunkan penumpang mestilah ditempat yang sesuai dan selesa serta tidak mengganggu laluan trafik iaitu di Pudu Sentral yang mana keselamatan penumpang lebih terjamin...

Mungkin ada yang tidak selesa dengan pengumuman ini namun hakikatnya keputusan dibuat menjaga kepentingan dan keselamatan semua pihak..

Berikut ialah kenyataan rasmi oleh SPAD berkenaan hal ini:


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA