networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, May 15, 2016

#PRKSgBesar : MCA Suara Kesediaan Bantu Kempen UMNO...


MCA berjanji akan membantu kempen calon UMNO di PRK Sungai Besar bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kerusi yang dimenangi Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon pada PRU 13 lalu...

Itu jaminan yang diutarakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi membantu mengekalkan penguasaan BN..Kerusi Parlimen Sg Besar diisytiharkan kosong kerana kematian penyandang selepas helikopter yang dinaiki arwah terhempas di Sarawak ketika Datuk Norian membantu kempen PRN yang lalu...

DS Liow berkata "Kami telah mengadakan mesyuarat mengenai PRK Sungai Besar dan akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon daripada UMNO"

"Kami akan turun padang mendapatkan sokonhan rakyat bagi memastikan masa depam dan pembangunan untuk negara"kata DS Liow lagi..

Daripada apa yang disuarakan Liow menunjukkan betapa MCA mempunyai semangat setiakawan yang kuat untuk membantu parti UMNO..ia menunjukkan ukhuwah yang terjalin sejak merdeka dulu kekal mantap sehingga kini..

Benar kata orang musuh dari pakatan tidak sebahaya musuh dalam selimut sendiri...ia benar-benar terjadi kepada UMNO ketika ini yang menyambut ulang tahun ke-70 tahun ini..lihat sahaja betapa tindak tanduk bekas presiden UMNO Tun M yang cuba menghancurkan UMNO dari dalam...

Biarpun Tun sudah keluar parti tetapi cara serangannya seolah-olah mahu memupuskan UMNO dimuka bumi ini...alasan menjatuhkan Najib memang tidak masuk akal tidak menjejaskan UMNO..itu hanya alasan menghalalkan cara...

Sepatutnya semua anggota dan pemimpin UMNO terutamanya Pro Tun bersatu untuk memenangkan BN sebagaimana dilakukan MCA yang lebih bersungguh-sungguh daripada pemimpin UMNO Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal..mereka bertiga harus rasa malu dengan sikap mereka yang masih lagi blurr dengan status 1MDB..

SPR menetapkan penamaaan calon pada 5 Jun manakala pengundian awal 14 Jun..untuk rekod, pada PRU 13, Allahyarhamah berjaya menewaskan calon PAS, Mohammed Salleh M Hussin denhan majoriti 399..

Syabas MCA atas semangat setiakawan ini!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA