networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 13, 2016

Serpihan #MH370 Dijumpai, Satu Perkembangan Positif Kepada Usaha Pencarian Pesawat Malang...@NajibRazak @LiowTiongLai


Tanda tanya mengenai misteri kehilangan pesawat malang MH370 hampir terungkai apabila Pasukan Penyiasat Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia membuat kesimpulan bahawa penemuan dua keping serpihan yang dijumpai di Afrika Selatan dan pulau Mauritius di Rodrigues adalah konsisten dengan panel pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 (MH370)..

Rumusan mengenai penemuan ini mengukuhkan laporan awal yang di umum YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak iaitu pesawat malang itu berakhir di lautan hindi...sejak dua tahun kehilangan pesawat tersebut, banyak negara telah memberi bantuan bagi mengesan bangkai pesawat malang itu namun tiada penemuan dicatatkan..

Dengan penemuan ini setidak-tidaknya telah meredakan keadaan dan menjawab bermacam spekulasi yang mendakwa ianya disembunyikan oleh Amerika..pengesahan mengenai penemuan enjin cowling dengan separa logo Rolls-Royce dan sekeping panel dalaman dari kabin pesawat telah dilakukan oleh pakar antarabangsa di Australia..


Ini bermakna penemuan ini seragam dengan laporan penemuan serpihan di Mozambique pada Mac lalu...laporan ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai..dalam satu kenyataan media sebelum ini, Liow mengumumkan Malaysia tidak akan putus asa menjalankan misi pencarian sehingga pesawat malang tersebut dijumpai..

Setakat ini lebih daripada 105,000 kilometer persegi kawasan pencarian telah diliputi oleh pasukan pencarian yang mana Malaysia mendapat kerjasama erat negara Australia dan China dalam usaha pencarian ini..

Biarpun pasawat sebenar belum ditemui, namun dengan penemuan ini kita dapat menghela sedikit kesyukuran bahawa ada tanda-tanda pesawat itu akan ditemui..dalam kenyataan media tersebut, Liow menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Geosains Australia dan Boeing dalam menjalankan misi mengesan MH370...

Sama-sama kita berdoa agar MH 370 dijumpai sedikit masa lagi..setidak-tidaknya dengan pengumuman ini ia akan memberi sedikit kelegaan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA