networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, May 5, 2016

Sindiket Tonto Kepanasan! DS @LiowTiongLai Laung Amaran Banteras Habis-Habisan...


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melaungkan perang habis-habisan terhadap sindiket tonto yang semakin berani melindungi lori-lori yang menyalahi undang-undang jalan raya...

Sebagai langkah untuk menangani sindiket ini, Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan Unit Kongsi Gelap (D7) telah diwujudkan bagi membanteras sindiket ini...

Hasilnya, mereka berjaya memberkas 16 orang disyaki tonto dalam satu Operasi Cantas Khas Tonto 26 April lalu...sindiket tonto ini harus ditangani sehabis-habisnya kerana ia melibatkan kerugian pendapatan kepada negara..

Tonto akan mengawal laluan lori-lori yang menyalahi undang-undang dalam jarak yang selamat..jikalau terdapat  sekatan jalan raya, tonto  akan memberitahu lori-lori agar berhenti..ini yang menyebabkan kerugian kepada negara dari segi cukai barang...


Menurut DS Liow..antara kesalahan yang dilakukan lori yang dilindungi tonto adalah membawa lebihan muatan, membawa muatan merbahaya, tidak mempunyai cukai jalan, merosakkan kenderaan awam, membuli, menyerang, serta cubaan memberi suapan kepada anggota pihak berkuasa..

Langkah mewujudkan unit PTK JPJ ini amat dialu-alukan kerana tonto akan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri mereka sehingga sanggup mengancam nyawa pasukan keselamatan..dengan kerjasama bersama unit Kongsi Gelap D7 pastinya tonto-tonto ini berasa tidak selesa...

Apa yang kami harapkan kedua-dua pihak (PTK JPJ & JPJ) perlu bertindak setiap masa bukannya sekadar ikut musim...kegiatan haram ini sentiasa berlaku memandangkan ia menjamin keuntungan yang berlipat ganda jadi pemantauan kenalah berterusan...

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk mempastikan tiada yang dapat lari dari menjalani tanggungjawab membayar cukai kepada negara..cumanya orang kita sahaja yang tak nampak usaha yang dilakukan kerajaan..yang mereka canang JPJ zalim kerana saman pesalah penguna jalan raya...

Keupayaan JPJ apabila membuat sekatan jalan raya memang tidak boleh disangkal..ini diakui ramai orang...sekatan oleh pihak trafik tidaklah setegas JPJ..

Dipihak kami mengharapkan sindiket tonto ini dihapuskan secepat yang boleh..semakin lama tidak bertindak semakin ramai tonto yang berani melakukan kerja-kerja haram!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA