networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, May 21, 2016

@SPADChannel Jalankan Panel Inkuiri Siasat Kes Kemalangan Tren KTMB!!!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengotakan janji mereka apabila akan menjalankan panel inkuiri terhadap insiden yang melibatkan tren Elektric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bahru yang berlaku pada 7 Mei lalu...

Hasil siasatan sebelum ini terhadap ujian air kencing mendapati pemandu tren bebas daripada pengaruh dadah...panel ini ditubuhkan bagi menyiasat punca boleh berlakunya kemalangan tersebut..

Dalam kejadian tersebut, seramai 10 penumpang cedera dalam kejadian melibat dua tren milik KTMB bertembung sesama sendiri selepas melalui Stesen Batang Kali..

Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur dan tren ETS enam gerabak dari ibu negara menuju ke Ipoh, Perak...

Kedua-dua tren dan kereta api berkenaan membawa seramai 510 penumpang..mujul tiada kemalangan melibatkan nyawa terkorban berlaku..kejadian seperti ini mengejutkan semua pihak lebih-lebih lagi KTMB kerana melibatkan 2 tren mereka..

Untuk makluman, Panel Inkuiri tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institusi Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik...

Hasil laporan siasatan awal oleh KTM Berhad akan dibentangkan..Panel Inkuiri akan mengenal pasti punca insiden itu berlaku...kebarangkalian kemungkinan kesilapan untuk mengikut prosedur merupakan elemen yang akan diberi tumpuan..

Panel tersebut turut akan menyemak tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan yang akan dikenalpasti ketika inkuiri dijalankan..semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak akan diminta untuk hadir memberi keterangan.....

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD)..Mengikut pengalaman SPAD, siasatan untuk kes seperti ini akan mengambil tempoh masa selama tiga bulan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA