networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 27, 2016

Usaha Murni McDonald's Terhadap Golongan Kanak-Kanak, Guru dan Masyarakat Tidak Boleh Disangkal Lagi!


Pada entry kali ini, kami ingin kongsikan sebahagian daripada sumbangan McDonald's kepada masyarakat di Malaysia..ia menidakkan bahawa McDonald's Malaysia menyalurkan sumbangan mereka kepada negara Israel..itu jelas fitnah bagi menjatuhkan kredibiliti McDonald's yang selama ini memberi khidmat sosial kepada masyarakat di negara kita...

Serangan terhadapa McDonald's di Malaysia dilakukan pihak bertanggungjawab dari segala aspek..baik dari segi keuntungan disalurkan ke Israel sehinggala status halal restoran itu yang memberi tanggapan yang salah kepada penggemar restoran di seluruh negara..

Tujuan pihak yang tidak bertanggungjawab ini hanya menjadikan McDonald's Malaysia sebagai kambing hitam untuk menghalalkan niat mereka sebagai menunjukkan kemarahan kepada Israel..dari awal lagi kami pihak kami berpegang bahawa tuduhan tersebut tidak tepat dan telah banyak dijawab oleh kami sebelum ini berkaitn McDonald's di SINI yang mana kami telah labelkan dalam label MCDONALD'S...

Kami amat sedih bilamana masyarakat lebih mempercayai fitnah dan rekaan cerita kerana perasaan marah terhadap serangan Israel terhadap Palestin...dipihak kami memang sepatutnya kita memarahi serangan Israel terhadap bumi Islam Palestin..tetapi menuduh McDonald's sebagai banker yang melancarkan serangan kepada Palestin adalah tidak tepat...

Daripada jenama McDonald's dunia sehinggalah rangkaian McDonald's Malaysia, mereka tidak pernah menyalurkan kewangan untuk tujuan menyerang Palestin..cabaran kami jika benar McDonald's menyumbang kepada bantuan ketenteraan Israel sila lampirkan carta kewangan yang diakui bahawa McDonald's menyalurkan kewangan mereka untuk tujuan ketenteraan...

Sehingga ke hari ini, pihak berkenaan tidak melampirkan satupun audit daripada McDonald's yang mengesahkan sejumlah wang disalurkan kepada ketenteraan Israel..serangan terhadap McDonald's bukan perkara baru..ia telah dilakukan sekian lama..ia menjadi hangat bilamana setiap kali Israel menyerang Palestin..

Di negara kita, McDonald's Malaysia menyalurkan kewangan mereka untuk pengurusan..Disamping itu, tidak sesekali McDonald's turut memberikan bantuan khidmat komuniti mereka untuk rakyat Malaysia..dalam erti kata lain, keuntungan turut dirasai oleh rakyat Malaysia..

Banyak bantuan telah diberikan McDonald's kepada rakyat...melalui Rumah Kebajikan Ronald, McDonald's menjalankan khimat mereka untuk mengembalikan senyuman kepada kanak-kanak yang istimewa dan bantuan biasiswa kepada pelajar yang layak turut diberikan...selain itu, McDonald's turut menjalankan khidmat komuniti kepada masyarakat melalui penajaan ceramah agama, mengagihkan keuntungan kepada zakat dan memberi bantuan kepada masyarakat yang ditimpa bencana...

Bulan Mei ini, bulan meraikan peranan dan menghargai jasa Guru..bersempena hari guru tahun ini yang disambut di Sabah peringkat Kebangsaan, Malaysia turut terlibat dalam menghargai jasa guru..menyediakan 2,000 set McChicken dan Orange bowl sempena hari guru..lebih menarik tahun ini, McDonald's Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan tokoh motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk mengadakan seminar khusus untuk para guru..

Seminar motivasi ini telah mendapat kerjasama daripada JPN dan PPD terpilih..Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah akan menyampaikan ceramah beremakan "Memperkasakan Guru sebagai Inspirasi Kecemerlangan Pelajar" bakal menyuntih roh pendidik kepada guru untuk terus bersemangan..Ceramah ini akan dilaksanakan di Johor Bahru, Kuala Terengganu, Seberang Prai, Shah Alam dan Ampang...

Sebagai sebuah restoran keluarga, McDonald's akan terus berbakti kepada masyarakat..susah kita nak cari restoran yang melaksanakan usaha-usaha bakti sosial di negara kita..terima kasih McDonald's...

Di bawah ini kami kongsikan, sebahagian penglibatan McDonald's dalam memberi khidmat komuniti kepada masyarakat...












No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA