networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 1, 2016

Akhirnya PAS Mengaku Jadi Kuda Tunggangan DAP PKR..Mahu Ambil Semula Kerusi Yang Dipinjamkan!!!


Selama PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Pembangkang, kita sedia maklum yang mereka hanya jadi kuda tungangan kepada dua parti tersebut..

PAS membuat pengakuan tersebut ketika muktamar melalui anak Nik Aziz, Nik Abduh...dari dulu lagi kira sudah sudah syak yang PAS hanya diperalatkan..masa bekerjasama PAS tidak mengaku..dan kini mereka mendedahkan yang selama ini mereka hanya diperalatkan...

Syabas PAS kerana anda berjaya lari dari jerung-jerung tak guna tersebut...kini PAS bergerak bersendirian..dan kami menanti akan adanya kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO demi Islam dan Melayu...

KOTA BHARU: PAS mahukan kembali kerusi-kerusi yang "dipinjamkan" kepada sekutu pembangkang seperti PKR dan DAP semasa pilihan raya umum yang lepas. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata pengalaman lalu ketika PAS masih bekerjasama dalam pakatan pembangkang harus dijadikan pengajaran agar anggota PAS tidak lagi dijadikan "kuda tunggangan" parti-parti lain.  
"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga anggota kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan 'dipergunakan' oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.  
"Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberikan ikrar dan janji, akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.  
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 yang dirasmikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sini hari ini. Beliau berkata, Pemuda PAS berharap agar pimpinan tertinggi parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi PAS dalam PRU14 akan datang. Nik Mohamad Abduh juga menggesa seluruh Pemuda PAS mempertahankan gagasan kepimpinan ulama yang telah dirintis oleh pimpinan terdahulu.  
"Gagasan ini bukanlah gagasan yang bermusim, ia merupakan tunjang yang menjaga dasar perjuangan PAS selama ini dan menentukan hala tuju serta prospek masa depan PAS. "Kepimpinan PAS adalah DNA yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang unik dan istimewa dibandingkan gerakan Islam yang lain pada mata para pengkaji hari ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA